Saturday, 11 April 2015

Tips menghilangkan nafas berbau.

Masalah mulut dan nafas berbau memang akan membuatkan kita tak selesa. Jadi, tini rasa nak juga share ngan kawan-kawan semua tips yang boleh menghilangkan nafas berbau. Kita sama-sama kongsikan ilmu yang kita dapat dari pembacaan dan penyelidikan kita ye. Macam tini, maklumat ni tini dapat daripada pembacaan tini.So if korang ada cter lagi best untuk share, boleh la tinggalkan di ruangan komen. Menurut pendapat Pakar Bedah Pergigian, Dr. Naseem Banu Sadruddin, nafas berbau adalah disebabkan penyakit dalaman seseorang. Erm..runcing juga rupanya kalau menghidap nafas berbau ni.

Ok, sebelum kita mengetahui tips menghilangkan bau nafas, jom kita lihat punca-punca yang menyebabkan nafas berbau.

1. TINDAKAN BAKTERIA
Sesetengah orang tidak mengamalkan cara memberus gigi dengan betul sehingga menyebabkan adanya kawasan yang tidak dibersihkan dengan baik. Kawasan yang tidak dicuci bersih meninggalkan sisa makanan. Tindakan bakteria ke atas sisa makan yang terselit di celah gigi dan gusi ini menyebabkan nafan kita berbau.

2. KEADAAN GUSI DAN GIGI
Masalah gigi yang mempunyai ruang lompang, tampalan gigi yang tidak sempurna, gigi palsu yang kotor serta jangkitan bakteria pada gusi menyebabkan nafas kita berbau.  Keadaan akan bertambah buruk jika pesakit mengalami penyakit diabetis mellitus atau kencing manis di samping mempunyai masalah gigi dan gusi yang tidak sihat.

3. MASALAH KESIHATAN LAIN
Jika kita merupakan pesakit kencing manis, resdung, tonsil, demam, batuk, penyakit hati dan penyakit buah pinggang, kita akan berdepan dengan masalah nafas berbau dengan teruk.

4. PEMAKANAN
Makanan yang diambil setiap hari sebenarnya mempengaruhi nafas kita. Makanan berasaskan karbohidrat serta kebanyakan makanan berprotein yang bergoreng mempengaruhi bau nafas kita.


Sekarang, kita lihat pula apakah tips yang dapat menghilangkan nafas berbau

TIPS MENGHILANG NAFAS BERBAU

1. Gosok gigi dengan cara yang betul supaya semua bahagian mulut dibersihkan dengan baik. Pastikan tiada sisa makanan yang tertinggal pada gigi dan gusi.

2. Flos gigi selepas menggosok gigi untuk mengeluarkan sisa makanan pada celah-celah gigi.

3. Mengunyah chewing gum tanpa gula di mana tindakan mengunyah berterusan ini membantu melonggarkan sisa makanan yang terlekat di celah gigi.

4. membersihkan lidah dengan memberus lembut menggunakan berus gigi atau gunakan belakang sudu untuk menggosok permukaan lidah kita.

5. Makan makanan segar seperti pudina dan ulam-ulaman serta kurangkan makanan berminyak.

6. Berkumur dengan air garam suam dan listerine. Namun demikian,elakkan menggunakan listerine secara terus sebaik sahaja selepas menggosok gigi.


Selain tips yang saya sertakan di atas, tini juga ingin memperkenalkan set daripada Shaklee yang dapat membantu menghilangkan nafas berbau.


Kelima-lima vitamin di atas mempunya fungsi terbaik dalam menangani masalah mulut dan nafas berbau. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi tini tanpa rasa segan ye.



KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

No comments:

Post a Comment