Monday, 13 April 2015

TIPS MENGHILANGKAN JERAGAT DEGIL..

Jeragat atau pigmentasi yang muncul di wajah wanita Asia terutamanya di Malaysia bukan lah suatu perkara baru. Bahkan jeragat memang sangat sinonim dengan wajah penduduk Asia kerana keadaan iklim dan sebagainya.

APAKAH JERAGAT DEGIL?
Jeragat yang tidak dirawat dari awal menyebabkan pigmentasi ini akan makin bertambah dan akhir sekali membentuk tompokan gelap pada wajah. Jeragat yang asalnya hanya bintik-bintik hitam halus akan bertambah tebal dan menyukarkan kita untuk menghilangkannya. Inilah yang kita panggil sebagai jeragat degil. Maka, adalah penting untuk kita mengenali jeragat atau nama saintifiknya, melasma serta mengetahui tip-tips yang dapat menghilangkan jeragat degil. Adakah anda tahu punca berlakunya jeragat?



PUNCA BERLAKUNYA JERAGAT

1. IKLIM/CUACA; Wajah yang terdedah kepada pancaran sinaran matahari lebih berisiko menghadapi masalah jeragat. Tambahan pula, cuaca panas dan lembap berlaku sepanjang tahun di Malaysia.

2. KEADAAN HORMON TIDAK STABIL: Jika kitaran hormon anda selalu tidak stabil akibat pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang  juga menyumbang kepada masalah jeragat di kulit wajah anda.

3. KOSMETIK YANG TIDAK SESUAI: Sesetengah produk yang hanya ingin memutihkan kulit wajah kita sebenarnya mengandungi bahan kimia yang tinggi. Namun, jika produk tersebut dihentikan serta merta wajah anda akan ditumbuhi jeragat. Keadaan akan bertambah teruk jika jeragat yang ada dibiarkan tanpa rawatan pemulihan

4. KETURUNAN
Jika masalah jeragat berlaku pada ahli keluarga anda, bermakna jeragat pada anda mungkin disebabkan oleh faktor keturunan.

Namun, di sebalik semua punca di atas masalah jeragat tetap dapat diatasi dengan baik tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya.

TIPS  MENGHILANGKAN  JERAGAT DEGIL
Oleh itu, saya mencadangkan agar anda mengelakkan aktiviti siang hari jika anda merasakan cuaca adalah sangat panas. Pengguanan sunblock adalah digalakkan semasa anda keluar pada hari yang sangat panas. Ini menghalang sinar UV daripada terus sampai ke bahagian kulit.

MERAWAT JERAGAT
Dari segi perubatan, dua kaedah yang paling glamer ialah melibatkan kaedah pengelupasan di mana kosnya dianggarkan antara rm 500  hingga rm 700.
Manakala kaedah rawat yang kedua ialah menggunakan laser yang kesannya lebih pantas.Namun kosnya memakan sehingga ribuan ringgit.

Selain itu, Shaklee yang terkenal degan vitamin semulajadi tanpa bahan kimia mencadangkan beberapa vitamin yang akan membantu mearawat masalah jeragat yang degil, iaitu

  1. VITAMIN C
  2. GLA
  3. VITAMIN E
  4. ESP


Bagaimana Shaklee membantu menghilangkan jeragat degil anda?
  1. VITAMIN C- merangsang penghasilan kolagen yang akan membantu menjadikan kulit wajah anda menajdi tegang dan berseri
  2. GLA - berfungsi menstabilkan hormon supaya kita memiliki hormon yang stabil sekaligus mengelakkan wujudnya jeragat
  3. VITAMIN E - bersifat antioksidan yang mencegah kesan ultrviolet (UV) terhadap kulit. ada resipi masker istimewa dari vitamin E tau.Sila kontek tini untuk tahu rahsianya..:)
  4. ESP- sangat kaya dengan protein bahkan dihasilkan secara semulajadi menjadikan fungsi protein berlangsung secara optimum. Pengambilan protein membantu memperbaiki sel-sel rosak dalam badan bahkan membantu membina sel baru sekaligus memberikan kulit yang sangat cantik dan berseri.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi tini segera ye. 


KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

No comments:

Post a Comment