Saturday, 18 April 2015

CARA MENGATASI PENAT DAN STRESS SETIAP HARI


Stress atau tekanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sama ada anda seorang pelajar, pekerja, ibu, isteri, individu perseorangan, anak atau saudara kepada sesiapa sahaja. Tekanan boleh memberi kesan positif dan negatif kepada kita. Jika stress yang boleh dikawal, stress mampu meningkatkan motivasi kerja sehingga kita sanggup dan mampu berusaha lebih gigih untuk meningkatkan pencapaian. Namun, jika stress yang menyebabkan kita cemburu, irihati sehingga sanggup melakukan perkara negatif, itu akan menyumbang kepada masalah jiwa yang lebih serius. Stress sebenarnya menuntut kita untuk menggunakan tenaga sedia ada melebihi had sepatutnya sehingga kita tidak mampu lagi menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sekaligus menjadikan kita gagal menguasai diri serta menyeimbangkan diri kita. Jika tidak dikawal, stress memang boleh membawa kesan negatif pada diri bahkan ada yang sanggup membunuh diri kerana gagal menangani stress dengan bijak. Bagaimana cara yang boleh mengatasi penat dan stress setiap hari?



CARA MENGATASI PENAT DAN STRESS SETIAP HARI

1. Paling penting, anda perlu tahu, apakah punca stress anda? Jika ia berkaitan dengan pekerjaan, anda perlu segera menilai kembali cara kerja sehingga boleh menyebabkan anda stress.Adakah anda jenis yang suka bertangguh kerja? Adakah anda jenis yang sangat cerewet kerja sehingga tidak sanggup bekerjasama dengan kawan-kawan? Hanya anda yang boleh mengenalpasti punca stress anda.

2. Benarkan diri anda berehat jika anda sudah melalui hari bekerja yang panjang. Izinkan otak dan badan anda berehat di waktu tengah hari dengan mendapatkan makanan tengah hari yang seimbang, solat Zohor dan berbual bersam rakan-rakan.

3. Perbincangan dan diskusi bersama rakan-rakan sekerja tentang urusan kerja harian dapat membantu kita mencari jalan terbaik utnuk membahagikan masa untuk kerja, keluarga, suami dan anak-anak. Rakan-rakan sekerja kita pastinya menghadapi  situasi yang hampir sama dengan kita. Maka perkongsian dan perbincangan bersama rakan akan dapat membantu kita menguruskan masa dengan bijak

4. Perbanyakkan zikir dan mengingati Allah. Zikir adalah ubat penenang jiwa yang paling murah namun sangat sukar dilakukan. Kita selalu beranggapan zikir perlu dilakukan dalam masa tertentu sahaja, sedangkan zikir bebas dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

5. Luahkan masalah kepada rakan anda atau cuba luahkan melaui penulisan atau mengadulah dengan Allah. Cara ini dapat membantu anda mengurangkan stress dan kepenatan setiap hari

6. Ubah cara berfikir agar setiap tindakan kita disertai dengan pemikiran positif dan hadapi setiap masalah dengan fikiran positif setiap hari.

Selain itu, Shaklee turut memperkenalkan set vitamin yang membantu mengatasi masalah penat dan stress setiap hari. 



Tiga vitamin yang saling melengkapi ini terdiri daripada Vitamin B, Vitalea dan Ostematrix.

1. Vitalea- merupakan multivitamin yang mengandungi semua keperluan vitamin untuk tubuh. Penat selalunya berlaku akibat kekurangan nutrien dalam badan. Kekurangan nutrisi ini meyebabkan badan mudah penat bahkan menyebabkan wajah menjadi lebih cepat tua.Vitalea akan membantu mencukupkan keperluan nutrisi dalam badan kita.

2. B-Kompleks - Merupakan sekumpulan vitamin B yang akan membantu badan memenuhi setiap fungsi vitamin B.
Vitamin B Kompleks adalah satu kelompok vitamin B yang semuanya memiliki manfaat masing-masing. Vitamin B kompleks ini terdiri daripada;
Vitamin B1(thiamine), Vitamin B2(riboflavin), Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5(pantothenic acid/asam pantotenat) , Vitamin B6(pyridoxamine) , Vitamin B9(folic acid/asam folat) , vitamin B12(cyanocob), vitamin B7(biotin) biotin, Kolin dan inositol. 

3. Ostematrix- adalah terdiri daripada kalsium, Vitamin D dan Magnesium. Magnesium dalam ostematrix membantu mengurangkan regangan dan membantu mengelakkan pembuluh darah manusia menjadi kejang.Kekejangan pembuluh darah boleh menyebabkan migrain. Kalsium sangat baik untuk tulang, gigi dan membantu menjadikan detap jantung beritma seimbang. Manakala Vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan sangat baik.

Untuk mendapatkan konsultasi percuma dan mendapatkan produk Shaklee yang sesuai untuk anda jangan segan untuk hubungi saya seperti di bawah.


KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140








No comments:

Post a Comment