Sehari selepas dilahirkan, saya terus dibenarkan keluar dari hospital memandangkan anakanda saya tidak mempunyai apa-apa masalah. Kali pertama juga saya diajar menyusukan anak, pastikan latching yang betul untuk anak menyusu dan memegang anak sepanjang perjalanan balik dari hospital ke Besut untuk berpantang. Terasa seperti baru je berlaku semalam. Betullah kata orang, bila dah ada bayi, kita mesti nak cium dan cium mereka. Itu jugak yang saya selalu buat.Kenapa ye, bau harum bayi saya dan bayi anda selalu buat kita sebagai ibu menjadi tenang? Agaknya betul lah kata orang, bau bayi tu berasal dari syurga. Sangat menyenangkan.
Bermula pantang di Besut, saya dah mula berjaga malam. Menyusu tak kira masa. Bila dia tersedar je, saya suakan susu badan sebab saya rasa dia asyik nak susu je.hihi. :)
Bermula episod masa tidur saya yang tak menentu. Azra pun memang nak dipeluk je masa tu.Mungkin suasana dunia yang sangat berbeza berbanding alam perut sahaja. Yang lagi best, nak pegang bayi pun masih kekok. Nak ambil bayi mesti dari tangan kanan je. Kalau sua bayi tangan kiri kompem tak berambik Azra ni.
Bila saya mula mandikan anak pertama saya? Selepas 2 bulan Azra lahir. 2 bulan sebelum tu, kakak saya akan mandikan. bayi pun memang kecil dan nak pegang sendiri terasa nya kekok.Itu belum cerita kalau Azra lapar ke, mengantuk ke..semua diberitahu melalui tangisan. So saya memang kena kenal bunyi-bunyi yang anak saya lagukan..Hihi.Semuanya merupakan satu proses pembelajaran dan pengalaman yang tak ternilai untuk kita.
Setiap hari, tiada hari yang berlalu tanpa bauan harum anak syurga saya. Dan setiap hari saya makin yakin untuk mempelbagaikan posisi saya semasa mendukung Azra. Perlahan-lahan juga saya cuba memahami Azra untuk setiap tangisan dan gerak balas badannya. Miracle..
ni antara gambar yang menjadi rujukan saya semasa berpantang. Senang nak agak bayi saya cukup susu atau tak. Alhamdulillah, berpantang di zaman moden ni memang best. Semua maklumat di hujung jari je. Alhamdulillah, sekarang Azra dah makin membesar dengan sihatnya.tak larat dah nak dukung dik..
Untuk anda yang sedang berpantang dan mencari supliment yang sesuai untuk mereka yang berpantang sama ada nak cari penyelesaian masalah sembelit, penat, tak cukup tidur, tambah susu badan, boleh pm terus dengan ti ni ye.
KARTINI JUSOH
971615
013 9924660


No comments:
Post a Comment