Bahkan sepanjang proses kelahiran anak yang melalui jalan bawah ibu menyebabkan bahagian tersebut mengalami luka yang amat teruk. Apatah lagi jika proses kelahiran adalah melalui 'scissor' pastinya meninggalkan kesan luka yang amat besar dan dalam. Oleh itu, saya sangat teruja untuk berkongsi tip-tips cegas sepanjang berpantang.
MENGAPA PERLU BERPANTANG?
Setelah melalui proses melahirkan anak, seorang ibu akan menjadi sangat letih, penat bahkan buat ibu-ibu muda proses kali pertama mungkin menyebabkan mereka mengalami trauma. Oleh itu, tempoh berpantang adalah satu tempoh masa bagi ibu untuk memulihkan kembali semangat mereka, menjana kembali tenaga mereka serta memberi ruang untuk ibu memulihkan luka akibat melahirkan sekaligus memberi lebih ruang untuk ibu bersama bayi mereka.
Namun demikian, ramai ibu moden begitu memandang enteng atau mengambil mudah semasa melalui proses berpantang.
TIPS YANG BOLEH DIAMALKAN SEMASA BERPANTANG UNTUK LEBIH CERGAS
1. Mandi herba
Selepas melahirkan, biasanya ibu-ibu akan diberi mandi air rebusan beberapa herba terpilih seperti daun serai wangi, daun pandan, bunga melur dan pelbagai lagi jenis herba dan wangian. Ini bertujuan untuk membersihkan badan ibu serta menghilangkan hanyir tubuh akibat darah semasa proses melahirkan. Bahkan mandian herba ini juga memberikan rasa segar tubuh yang berpanjangan.
2. Bertungku
Amalan bertungku sangat penting untuk mengecutkan kembali peranakan ibu serta melancarkan kembali peredaran darah ke seluruh badan akibat proses kelahiran sebelumnya. Ini sekaligus mempercepatkan proses pemulihan badan dan menjadikan badan sangat segar dan kuat.
3. Bengkung
Berbengkung membantu mengetatkan bahagian badan yang sudah longgar dan menggeleber terutamanya bahagian perut dan pinggul. Pengamalan bengkung yang konsisten membantu mengatasi perut buncit selepas proses kelahiran.
4. Berurut
Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
5. Pemakanan
Sepanjang berpantang, segala jenis makanan yang sejuk dan berangin adalah dilarang sama sekali. Untuk mengelakkan kekurangan nutrisi, ibu-ibu digalakkan untuk mengambil suplimen atau makanan tambahan bagi mencukupkan keprluan nutrisi oleh tubuh.
1. ESP - sumber protein terbaik yang mana membekalkan tenaga serta mampu memperbanyakkan susu badan, Bahkan pengambilan ESP yang berterusan membantu memperbaiki dan membina sel-sel yang baru bagi menggantikan sel yang rosak.
2. VITALEA- merupakan multivitamin terbaik untuk mencukupkan keperluan nutrisi oleh badan.
3.B-KOMPLEKS - membekalkan tenaga segera kepada tubuh sekaligus mempercepatkan proses pemulihan semangat dan tenaga
4. VITAMIN C- pembentukan kolagen baru untuk memberikan kesegaran tubuh serta menjadikan wajah berseri
5. OSTEMATRIKS- membekalkan sumber kalsium yang tinggi yang mana dapat menguatkan gigi dan tulang serta melawaskan pembuangan bahan kumuh
6. ZINK - vitamin paling penting ialah Zink kerana ia membantu memulihkan luka serta menyembuhkan luka dalaman dan luaran.
Bagi ibu-ibu yang sedang mencari set berpantang anda tak perlu teragak-agak untuk mencuba set berpantang Shaklee.
KARTINI JUSOH
971615
0139924660( SMS/WHATSAPP)
http://cikgudanvitamin.blogspot.com/
https://www.facebook.com/tini.kartini.140

No comments:
Post a Comment