Sempena berbuka puasa hari keempat, tini dah set untuk menu Puteri Mandi ni. So dah pesan awal-awal dengan suami untuk belikan kelapa parut kat kedai. Kelapa muda sikit dan mesti dimesin cantik-cantik. Demand pulak kan?hihi.
Alaa..tak pernah dengar kuih Puteri Mandi ye? Famili kami panggil kuih Teri mandi je..keh2..unik kan?
Cantik tak kuih Puteri Mandi?Hehe..Jangan tertipu, itu gambar download dari Encik Google ye. Yang tini masak biasa-biasa je.Janji dapat suap ke mulut je..haha.
RESIPI PUTERI MANDI
untuk buat puteri ( biji)
1. tepung pulut - 2 cawan
2. tepung beras - 1/4 cawan
3. air
4. pewarna
untuk isi kelapa
1. kelapa parut
2. gula
3. gula melaka (nisan)
4. garam
5. air
6. daun pandan
CARA MEMBUAT
1. Untuk mebuat kuihnya. Mula-mula masukkan tepung pulut ke dalam satu bekas. Kemudian tuang tepung beras ke dalam bekas yang sama. Gaul sekata.(saya lebih suka guna tangan)
2. Masukkan air masak sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung sambil menggaul adunan sehingga adunan tidak melekat ke tangan.Agak-agak ye sayang2. sebab tak boleh cair sangat nanti susah kita nak gentel.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(jika nak letak kaler yang berwarna warni. saya buat satu kaler je.So xpayah nak asing adunan). Masukkan pewarna yang anda sukai.
4. Kemudian, gentel bulat-bulat dan comel kemudian picit bahagian tengah supaya kuih kita dalam bentuk dwicekung. (eh betul ke bentuk tu nmanya cenggitu)..hehe
5. Rebus air dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan gentelan anda tadi ke dalam periuk. Apabila kuih anda timbul di permukaan air, maknanya puteri anda dah sedia untuk diangkat.
6. Angkat menggunakan penapis santan atau penapis teh(atau apa-apa lah yang boleh keluarkan air) dan masukkan dalam semangkuk air sejuk supaya kuih puteri anda tak melekat antara satu sama lain
CARA MEMBUAT KELAPA
1. masukkan kelapa parut(kelapa jangan tua tau) ke dalam periuk yang berisi sedikit air, gula melaka dan gula. Kemudian campak sehelai atau dua helai daun pandan untuk membangkitkan bau yang best.Daun pandan ni simpul la dulu ye sebelum masuk dalam periuk. Gula Melaka tini masukkan 1 je. Kemudian tini tambah sikit je gula untuk bagi rasa manis sikit-sikit je. Kemudian tini tambah secubit je garam.
2. Kacau-kacau sehingga sebati dan kelapa nampak layu.
3. Tini sejatkan kuih puteri tadi dan masukkan ke dalam kelapa parut yang dah sedia masak..
Taraa..ni lah kuih yang tini masak. Guna pinky kaler gitu. Tapi tak cantik la sebab malas nak buat kaler yang bagai-bagai tu..hihi
Selamat mencuba..
Nak dapatkan produk Shaklee?? jom hubungi tini untuk harga menarik dan spesel tau
KARTINI JUSOH
971615
013 9924660


No comments:
Post a Comment