Ini antara makanan pertama yang saya buat untuk Azra selepas berusaha berdiskusi dengan Encik Google..hihi
Gambar hanyalah pinjaman dari Encik Google,Gambar makanan yang saya buat selalunya tak sempat snap..hihi. Alhamdulillah, Azra jenis yang tak memilih maknanan.Asal je disua ke mulut, dia telan je.Yang best nya dia tak pernah lagi sakit perut selepas makan puree umi dia ni.
Semakin bertambah hari, struktur makanan bayi saya berubah. Azra pun dah pandai memilih makanan. Azra pun dah tak nak makan makanan yang cair atau terlalu halus dikisar. Jadi saya cuma kisar nasi yang saya masak biasa bersama sayur-sayuran dicampur juga dengan kurma.
Ni salah satu resipi bubur nasi saya untuk Azra selepas usianya 7bulan lebih. Seronok dia makan sampai kadang-kadang dia menangis bila saya suapkan lambat-lambat ke mulutnya.huhu.Dah besar anakanda saya.Merajuk pun dah pandai.
Ok, kita stop sini dulu untuk malam ni.Saje bersantai-santai share pengalaman bersama semua. .Mesti masing-masing ada pengalaman manis sepanjang menyediakan makanan pertama untuk bayi masing-masing kan. Selamat berbahagia untuk semua ibu-ibu..
Jangan lupa hubungi tini untuk semua supplement Shaklee ye..
KARTINI JUSOH
971615
0139924660( SMS/WHATSAPP)
http://cikgudanvitamin.blogspot.com/
https://www.facebook.com/tini.kartini.140


No comments:
Post a Comment