Bismillahirrohmanirrohim..
Ramadhan mulia dah masuk hari ke 17, membuatkan tini sayu dan rindu untuk berterawih ramai-ramai. Boleh berselawat beramai-ramai. Tadarus sama-sama dan moreh bersama-sama.Sejak ada anak kecil ni, rasa rindu pulak dengan suasana terawih beramai-ramai. Tapi insyaAllah, semoga dengan menjaga anak kecil ni akan memberikan tini peluang pahala seolah-olah berterawih beramai-ramai. Malam ni tini nak sharekan cara nak solat terawih sendirian.
Alhamdulillah, jika berkesempatan, tini gagahkan juga diri untuk solat terawih sendirian. Sementara anak tidur lena di sisi, tini berusaha menghabiskan 8 rakaat solat sunat terawih. Walaupun dilakukan bersendirian, sekurang-kurangnya dapat juga tini berterawih di bulan mulia ni. Kalau diikutkan penat badan boleh je tini tidur terus kan, tapi terasa sayang sebab ramadhan hanya sebulan kan..
BAGAIMANA NAK SOLAT TERAWIH SENDIRIAN DI RUMAH?
Sebenarnya solat terawih sendirian di rumah bukanlah terlalu susah. 1. Apa yang penting niat solat tu mesti untuk solat terawih. Dah tau macam mana niat untuk solat terawih?Ok, tini share kan ye
"Sahaja aku solat terawih dua rakaat kerana Allah Taala"
Selepas takbir dan niat boleh terus solat seperti biasa.
2. Bacaan dalam rakaat
NAK BACA APA SETIAP RAKAAT?
Sebenarnya kita boleh baca seperti dalam solat sunat yang lain jugak. Contohnya; rakaat pertama baca surah Al Fatihah dan Surah Al-Kafiruun
Manakala rakaat kedua boleh baca surah Al Fatihah dan Al-Ikhlas. Kemudian, selesaikan solat seperti biasa.
3. Selepas salam, boleh teruskan solat terawih untuk menggenapkan rakaat sebanyak 8 rakaat, 16 rakaat dan 20 rakaat.
PERLU KE BACAAN SELAWAT JIKA SOLAT BERSENDIRIAN?
Sebenarnya boleh je selawat sendiri. Tetapi kalau tak nak baca selawat selepas setiap kali solat terawih pun tak apa.Bukan suatu tuntutan pun.
4. Salam dan doa. Doa tu boleh je baca doa masing-masing tak payah hafal doa yang panjang.Jiamtkan space memory.,hihi.
Ok, kan dah selesai?senang je kan. Cuma kita je mampu ke tak mampu nak habiskan solat terawih sehingga ke minggu terakhir.
BADAN PENAT DAN LETIH SAMPAI TAK BOLEH TERAWIH?
Biasanya kalau customer tini menghadapi masalah seperti di atas, tini akan consult customer untuk dapatkan b kompleks, vitalea dan Ostematrix..
InsyaAllah masalah penat tu akan segera diatasi..InsyaAllah.
Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa tinggalkan komen anda
KARTINI BINTI JUSOH
971615
myself140383@yahoo.com




No comments:
Post a Comment