Awal pagi lebih kurang 3.00 pagi, saya tersedar dari tidur.Mata tak boleh lelap.Badan terasa sejuk sangat.Kemudian perlahan-lahan jadi menggigil dan menggigil. Saya mula berselimut untuk hilangkan kesejukan.Cuba tidur dengan lena tapi badan terus menggigil. Entah pukul berapa saya terlena saya pun tak sedar. Saya tersedar apabila mendengar tangisan anak kecil saya yang kelaparan susu. Dalam keadaan badan yang lemah saya gagahkan membancuh susu kemudian saya tidur di sisi Azra.
Tapi saya tak tahan sejuk, akhirnya dalam selimut juga saya berlindung. Paginya selepas Subuh, badan saya dah tak menggigil tapi terasa sangat lemah. Saya dah lama tak demam.Sejak Azra lahir ni lah demam yang agak teruk saya rasa.Kemudian, bermula sesi menunggu giliran di hospital untuk mendapatkan ubat dan akhirnya terjelepek lemah di rumah.
Mujurla saya dah makin sihat menjelang tengah hari.Jadi saya mulakan aktiviti mengemas rumah, mengemop lantai, membersihkan dapur dan mencuci pakaian.Alhamdulillah saya dah mula berpeluh.Selesai memasak makan tenga hari, badan saya jadi lemah semula.Jadi, saya berehat sehinnga tertidur lena.Jam 2. 15 pm saya bergeas mengambil anak di rumah pengasuh memandangkan suami tak berkelapangan untuk mengambil anak.
Petang, selepas jam 4 petang lebih, saya mula lemah semula. Penat juga melayan anak yang makin membesar ditambah keadaan diri yang sangat lemah.Suami pun pulang dari kerja, maknanya tugas saya bertambah untuk suami pula kan. Oh, rindu rasanya demam di zaman anak dara, di mana saya boleh tidur dari awal pagi hari ini sehingga pagi esoknya.Bangun untuk solat je..hihi.Tapi tu angan-angan je la.
Petangnya, saya bertungku sekejap memandangkan saya rasa tubuh saya makin lemah.Alhamdulillah, badan jadi kuat sikit selepas bertungku. Mungkin sebab angin dalam badan dah keluar semasa bertungku. Lagi pun bertungku kan membantu kelancaran darah mengalir dalam badan.Sampai sekarang lenguh-lenguh badan dah berkurang.kalau rajin, jap lagi aku bertungku lagi.hihi.Best rupanya bertungku ni.huhu.
Mungkin satu hari nanti tini akan share kebaikan bertungku pulak kan..Ok, kita jumpa lagi akan datang ye. Rasanya dah sampai masa untuk tini kembali berehat.Selamat berbahagia semua..
Yang nak cari set vitamin terbaik Shaklee, sila hubungi tini ye,
KARTINI JUSOH
971615
0139924660( SMS/WHATSAPP)
http://cikgudanvitamin.blogspot.com/
https://www.facebook.com/tini.kartini.140

No comments:
Post a Comment