Thursday, 2 July 2015

Bagaimana nak solat bila anak kecil menangis?

Selalu saya dengar kawan- kawan yang bercerita susah nak solat bila anak kecil mereka menangis.Saya tahu mereka bukan merungut, tapi biasa lah perempuan ni mesti nak share perasaan dengan kawan-kawan.I know lah..perempuakan.hihi.Tapi betul ke susah nak bersolat bila anak kecil menangis? Nak berhenti solat ke? Nak teruskan je dan biarkan anak kecil menangis ke? mmmh..tapi saya tahu, hati ibu memang mudah tersentuh tambah2 plak bab anak nangis ni.
Tahu tak kita ada kemudahan yang diberi Allah untuk bersolat apabila anak kecil kita menangis.

Comel tak baby yang ada dalam dukungan ibunya tu?Tu ialah gambar di mana ibu bayi ni sebenarnya tengah solat tau.Walaupun sedang memangku bayi, tapi kita masih dalam solat.

BAGAIMANA NAK SOLAT BILA ANAK KECIL KITA MENANGIS?

Abu Qatadah Al Ansari r.a menyampaikan hadis nabi Muhammad s.a.w

 Pada suatu hari aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjadi imam kepada orang ramai sambil mendukung Umamah binti Abu al-‘Ash di atas bahu beliau. Umamah ialah cucu beliau, anak kepada Zainab. Apabila beliau rukuk maka beliau meletakkan bayi itu, dan apabila beliau bangun dari sujud beliau mengembalikannya (di tempat asal ia didukung).” Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim. Hadis seumpama ini juga dilaporkan oleh Imam al-Bukhari dan al-Nasa'i.

Bermakna ada hadis yang menyatakan kemudahan yang boleh diambil oleh ibu-ibu untuk solt dengan cara mendukung anak kecil supaya anak kecil berhenti menangis.

PENERANGAN:-
Anak kecil yang menangis sewaktu kita solat menyebabkan kita dalam dilema sama ada meneruskan solat atau berhenti solat untuk menenangkan anak kecil kita. Sebenarnya ibu boleh megambil anak untuk berada dalam dukungan apabila anak kecil mula menangis.Apabila kita berada dalam keadaan qiam, anak akan berada dalam dukungan kita.Apabila kita mahu sujud, anak kecil itu mesti diletakkan dahulu.

Berikut adalah panduan yang lebih mudah untuk difahami.

 Selamat beramal ye ibu-ibu. InsyaAllah selepas ini akan dimudahkan anak-anak kita pulak untuk rajin solat.


Ada yang perlukan vitamin penambah tenaga?
Jom roger sama2 ye

KARTINI JUSOH
971615
013 9924660

No comments:

Post a Comment