Wednesday, 22 April 2015

Cara Mengecutkan Fibroid Dengan Shaklee

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim wanita. Ketumbuhan yang berlaku mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau lebih dikenali sebagai tisu penyambung.

Fibroid sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan wanita atau kegagalan wanita untuk melahirkan zuriat. Namun demikian, fibroid tidaklah menyebabkan sebarang masalah kesihatan kepada wanita.



PUNCA KEBERADAAN FIBROID.

Ketidakseimbangan hormon

Wanita mempunyai dua jenis hormon iaiutu hormon estrogen dan hormon progesteron. Wanita yang baru sahaja habis tempoh haidnya akan mengalami kenaikan paras estrogen manakala hormon progesteron akan meningkat naik apabila wanita mengalami proses pengovulan, iaitu satu proses di mana ovum matang dibebaskan dari ovari. Ketidakseimbangan antara kedua hormon ini dikatakan penyebab kepada berlakunya ketumbuhan pada dinding rahim/ dinding uterus.

Bagaimana ketidakseimbangan hormon berlaku?
Soalan ini sebenarnya sangat sukar dijawab kerana penghasilan hormon dikawal oleh fungsi otak. Keadaan persekitaran serta tekanan sekeliling akan mempengaruhi keberhasilan kedua-dua hormon.

TANDA-TANDA KEBERADAAN FIBROID

Jika fibroid adalah kecil, anda sebenarnya tidak akan mengalami sedikit pun tanda kerana kehadiran fibroid tidak akan memberi apa-apa kesan kepada anda. Namun demikian, ada beberapa cadangan daripada Dr Zubaidi untuk mengenal tanda-tanda keberadaan fibroid:

1. mengalami pendarahan yang banyak dan berpanjangan semasa haid

2. mengalami senggugut yang amat teruk

3. mengalami sakit dalam perut semasa melakukan hubungan bersama suami

4. mengalami keguguran yang sangat kerap

5. menghadapi masalah sembelit yang sangat teruk akibat ketumbuhan menekan pada salur najis.

Namun demikian, tanda-tanda di atas bukanlah menjadi faktor terkuat untuk menandakan anda mempunyai fibroid. Apa yang perlu anda sedar, jika anda memang mempunyai tanda di atas, anda perlu segera untuk mendapatkan ujian pengesahan daripada doktor sendiri.

CARA MENGECUTKAN FIBROID DENGAN SHAKLEE

Jika anda berminat untuk berikhtiar dengan produk Shaklee, tini sangat mencadangkan anda untuk mencuba sendiri GLA. GLA sebenarnya membantu menyeimbangkan hormon dalaman di mana paras hormon estrogen dan progesteron dapat dikawal.



Selain daripada itu, tini juga mencadangkan beberapa produk tambahan yang mempunyai antioksidan di mana fungsi antioksidan adalah untuk mematikan pertumbuhan sel. Ini akan mengelakkan sel baru tumbuh selepas fibroid mengecut.

1. CARATOMAX
2. VITAMIN C
3. VITAMIN E



Jangan lupa untuk menghubungi tini untuk sebafang pertanyaan. Jika anda berminat untuk mencuba, dapatkan konsultasi eksklusif daripada tini untuk anda sebagai pelanggan tini.

KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140











No comments:

Post a Comment