Thursday, 30 April 2015

cara menghadapi pelajar malas belajar

Sebagai guru, tini tak dapat lari dari menghadapi masalah pelajar yang malas belajar.Baru semalam, terasa kecewa dengan pelajar kelas sendiri yang tidak hadir ke kelas tambahan.

Menghadapi pelajar yang malas belajar bermakna kita berdepan dengan pelajar yang datang ke sekolah tetapi tidak membawa buku teks dan buku tulis ke sekolah, hadir ke kelas tetapi tidak membawa alat tulis ke sekolah. Bahkan ada yang hadir ke sekolah tetapi hanya datang untuk berkawan dan bermain dengan rakan-rakan. Sebagai guru, pastinya kita mengharap pelajar yang berada di hadapan kita untuk mnyiapkan kerja rumah, membawa buku dan bersedia untuk belajar serta memberi perhatian semasa kita mengajar. Saya sangat stress bila dengar pelajar saya yang tak bawa buku dan alat tulis.Hua!!!.bukan takat stress tp sangat stress.

APA SAYA SELALU BUAT BILA MASUK KELAS MEREKA

Dulu bila stress saya suka makan.hihi.tpi bila memikirkan tahap metabolisme yang makin menurun sejak penambahan usia ni tini rasa perlu ada satu cara lebih berkesan untuk menghadapi pelajar saya yang malas belajar.

1. saya dah biasakan diri untuk tidak meletakkan harapan sangat tinggi pada mereka. cobtohnya bila saya bagi sepuluh soalan sebagai kerja rumah, jika mereka jawab untuk beberapa soalan dah dikira baik.

2. saya sediakan alat tulis untuk mereka sekurang- kurangnya sekotak pensel, gam dan pemadam.sekotak pensel? ye, dan saya pastikan mereka pulangkan balik selepas digunakan.

3. saya sediakan fotostat soalan daripada buku kepada mereka. jadi mereka tak perlu salin banyak- banyak untuk menjawab soalan.

4. saya mengelakkan diri dari stress dengan cara- cara di atas. lagipun saya tak mampu nak ubah sikap pelajar saya 100%, tetapi saya berusaha mendidik mereka sebaik mungkin dan dalam masa yang sama saya tidak mahu menjadikan diri saya stress.

5. namun demikian, tini stress jugak bila kadang-kadang bila ada sesuatu yang unexpected berlaku kan. tapi tini bersyukur rakan- rakan di sini memang saling menyokong.

Dalam marah, jelingan tetap terselit doa agar pelajar2 tini akan terus gigih berusaha.Itulah doa tini dalam marah- marah sayang pada pelajar-pelajar kita..

Oh ye kalau tini stress, tini selalu amalkan b kompleks.Kalau ada kawan- kawan yang nak cuba b kompleks boleh hubungi tini ye.






KARTINI JUSOH
0139924660










Tuesday, 28 April 2015

Cara Mengatasi kebas kaki dan tangan

Kebas atau sebanarnya satu keadaan di mana seseorang merasa kurang selesa pada bahagian-bahagian tertentu sehingga kadang-kadang pesakit boleh merasa menyucuk-nyucuk pada bahgian tersebut.
Menurut Doktor Salmiah Mohd Sharif dari Myhealth Care menyatakan kebas bermakna seseorang mengalami kurang 'rasa' pada bahagian- bahagian tertentu.

PUNCA RASA KEBAS PADA BAHAGIAN BADAN

1. Kecederaan pada saraf akibat pada kemalangan
2. Jangkitan pada saraf periferi
3. Pesakit juga menghadapi masalah kencing manis, strok, epilepsi dan hipotiroid.
4. Kekeurangan vitamin dan nutrien seperti Vitamin B12
5. Kesan sampingan ubat-ubatan

Jika seseorang menghadapi masalah dan gangguan pada urat saraf, maka kesan kebas akan dirasai. Contohnya, jika anda tertidur di atas lengan sendiri dalam tempoh yang agak lama maka kawasan saraf tersebut akan terganggu dan kita akan merasa kebas apabila terjaga dari tidur.

Selain daripada itu, ada sesetengah pesakit yang mengamalkan gaya hidup kurang sihat di mana amalan mereka menyebabkan penyempitan salur darah akibat pengambilan makanan manis, maknaan berkolesterol tinggi dan sebagainya.

Oleh itu, Shaklee menawarkan beberapa rangkaian produk yang membantu mengatasi masalah kebas.

1. Ostematrix- bertindak sebagai pembekal utama kalsium dan berkesan membantu pengecutan otot dan saraf
2. Omega - berfungsi untuk mengatasi anti radang pada sendi dan saraf
3. B-kompleks - lengkap dengan kesemua kumpulan B yang membantu merawat sistem saraf dan pembentukan sel darah merah

Saya juga mengesyorkan anda untuk mengambil Vitalea iaitu multivitamin terbaik sebagai tambahan untuk melengkapkan keperluan nutrien dalam badan memandangkan masalah saraf juga berpunca daripada kekurangan zat dan nutrien dalam badan.


Untuk maklumat lanjut, jangan segan untuk hubungi tini seperti biasa ye. Kita stori2 panjang lebar. Konsultasi percuma untuk semua pelanggan tini ye.

KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140


Monday, 27 April 2015

Cara Mengatasi Senggugut Yang sangat Teruk

Senggugut biasanya dialami oleh wanita yang sedang haid di mana dia akan merasai kesakitan yang amat sangat di perut.

Ada seorang kawan tini masa di sekolah menengah dulu memang akan selalu sakit bila period. Dia akan terbaring sambil membengkokkan tubuhnya sehingga ke malam dan memang tak dapat nak buat apa-apa kerja akibat sakit senggugut yang amat kuat. Saya mungkin beruntung kerana tak pernah merasai senggugut. Tapi berbeza dengan kaan-kawan yang menghadapi masalah senggugut pastinya tak nak pusingan haid mereka datang kerana mengingatkan kesakitan yang terpaksa ditanggung. Saya sememangnya sangat bersimpati dengan mereka dan berharap dapat membantu meringankan kesakitan yang mereka tanggung.

Dalam Shaklee, kami menawarkan satu produk yang dapat menstabilkan hormon yang berada dalam badan wanita sekaligus mengatasi gejala PMS dan mengurangkan senggugut, 

Selain berfungsi mengawal keseimbangan hormon, Fungsi lain GLA adalah seperti berikut:-

Fungsi GLA:
1. membantu mengawal dan mengatur kitar haid
2. membantu meningkatkan kesuburan
3. Melegakan PMS (Sindrom Pra-haid)
4. Membantu menangani masalah Menopaus
5. menjadikan kulit lebih sihat dan berseri
6. memperlahankan proses penuaan
7. menguatkan kuku dan rambut

Untuk mengatasi senggugut secara tradisional, kakak saya selalu nasihatkan adik-adik yang senggugut untuk rajinkan diri bertungku. Kalau tak nak bertungku secara tradisional yang guna batu tungku tu, boleh letakkan air panas dalambotol mineral kecil tu dan golek-golekkan di atas perut.Insya Allah sakit perut boleh berkurang.

Satu lagi yang kakak tini nasihatkan, selalu urutkan betis dan tapak kaki bila senggugut insyaAllah sakit tu boleh berkurang.
Selamat mencuba ye..

Seperti biasa, jangan segan ye untuk hubungi tini bagi mendapatkan maklumat lanjut. Bulan April ni pembelian 2 botol GLA boleh melayakkan anda mendapat 5% diskaun daripaa harga asal.


KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140


Thursday, 23 April 2015

Cara Mengatasi Darah Rendah semasa Hamil

Fasa pertama kehamilan atau trimester pertama dilalui dengan pelbagai dugaan apabila diselangi dnegan 'morning sickness' yang teruk. Loya dan muntah yang berterusan, letih dan lesu sepanjang hari serta hilang selera makan pada semua jenis makanan. Diikuti dengan fasa kedua iaitu trimester kedua di mana keadaan kandungan yang sudah stabil tetapi memerlukan penjagaan rapi ibu mengandung terhadap masalah kawalan gula untuk kencing manis dan tekanan darah rendah. Darah rendah semasa hamil adalah normal berlaku kerana keadaan salur darah yang kembang dan ini mempengaruhi bacaan darah pada ibu hamil.

Pengalaman tini sendiri semasa hamil, menjelang usia kandungan 26 minggu tekanan darah tini dah jadi tak stabil dan menjadi rendah sekitar 10 dan ke atas.Alhamdulillah, tekanan darah tak pernah lagi kurang daripada 10.Itu pun memang tini jaga betul-betul pemakanan tini.Kita study sikit ye antara tanda-tanda darah rendah.



TANDA ATAU GEJALA DARAH RENDAH SEMASA HAMIL

1. Mudah merasa pening dan dan berpinar-berpinar
2. Mudah pitam jika berdiri lama atau melakukan sesuatu dengan aktif
3. Juga mengalami pening dan mudah penat jika duduk terlalu lama

Berikut adalah saranan daripada Dr. Zubaidi apabila anda mengalami situasi di atas.

CARA MENANGANI DAN MENGATASI DARAH RENDAH SEMASA HAMIL

1. Sentiasa bertenang dan elakkan stress
2. Duduk atau baring apabila mula berasa pening dan berpinar-pinar
3. Elakkan melakukan aktiviti yang terlalu cergas
4. Mengubah posisi kedudukan secara perlahan-lahan
5. Amalkan berbaring dan mengiring ke arah kanan kerana itu akan membantu peredaran darah ke jantung

CADANGAN SHAKLEE UNTUK DARAH RENDAH SEMASA HAMIL:

1. Vitalea
2. B kompleks
3. Vitamin C



Seperti biasa, tini berharap anda jangan segan utnuk menghubungi tini jika mempunyai sebarang pertanyaan atau teringin memiliki produk ini sendiri. Konsultasi adalah percuma untuk semua pelanggan tini.

KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Wednesday, 22 April 2015

Cara Mengecutkan Fibroid Dengan Shaklee

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim wanita. Ketumbuhan yang berlaku mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau lebih dikenali sebagai tisu penyambung.

Fibroid sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan wanita atau kegagalan wanita untuk melahirkan zuriat. Namun demikian, fibroid tidaklah menyebabkan sebarang masalah kesihatan kepada wanita.



PUNCA KEBERADAAN FIBROID.

Ketidakseimbangan hormon

Wanita mempunyai dua jenis hormon iaiutu hormon estrogen dan hormon progesteron. Wanita yang baru sahaja habis tempoh haidnya akan mengalami kenaikan paras estrogen manakala hormon progesteron akan meningkat naik apabila wanita mengalami proses pengovulan, iaitu satu proses di mana ovum matang dibebaskan dari ovari. Ketidakseimbangan antara kedua hormon ini dikatakan penyebab kepada berlakunya ketumbuhan pada dinding rahim/ dinding uterus.

Bagaimana ketidakseimbangan hormon berlaku?
Soalan ini sebenarnya sangat sukar dijawab kerana penghasilan hormon dikawal oleh fungsi otak. Keadaan persekitaran serta tekanan sekeliling akan mempengaruhi keberhasilan kedua-dua hormon.

TANDA-TANDA KEBERADAAN FIBROID

Jika fibroid adalah kecil, anda sebenarnya tidak akan mengalami sedikit pun tanda kerana kehadiran fibroid tidak akan memberi apa-apa kesan kepada anda. Namun demikian, ada beberapa cadangan daripada Dr Zubaidi untuk mengenal tanda-tanda keberadaan fibroid:

1. mengalami pendarahan yang banyak dan berpanjangan semasa haid

2. mengalami senggugut yang amat teruk

3. mengalami sakit dalam perut semasa melakukan hubungan bersama suami

4. mengalami keguguran yang sangat kerap

5. menghadapi masalah sembelit yang sangat teruk akibat ketumbuhan menekan pada salur najis.

Namun demikian, tanda-tanda di atas bukanlah menjadi faktor terkuat untuk menandakan anda mempunyai fibroid. Apa yang perlu anda sedar, jika anda memang mempunyai tanda di atas, anda perlu segera untuk mendapatkan ujian pengesahan daripada doktor sendiri.

CARA MENGECUTKAN FIBROID DENGAN SHAKLEE

Jika anda berminat untuk berikhtiar dengan produk Shaklee, tini sangat mencadangkan anda untuk mencuba sendiri GLA. GLA sebenarnya membantu menyeimbangkan hormon dalaman di mana paras hormon estrogen dan progesteron dapat dikawal.



Selain daripada itu, tini juga mencadangkan beberapa produk tambahan yang mempunyai antioksidan di mana fungsi antioksidan adalah untuk mematikan pertumbuhan sel. Ini akan mengelakkan sel baru tumbuh selepas fibroid mengecut.

1. CARATOMAX
2. VITAMIN C
3. VITAMIN E



Jangan lupa untuk menghubungi tini untuk sebafang pertanyaan. Jika anda berminat untuk mencuba, dapatkan konsultasi eksklusif daripada tini untuk anda sebagai pelanggan tini.

KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140











Bagaimana Nak jadi Ahli Keluarga Shaklee

Anda pengguna Shaklee? Selalu order produk Shaklee untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan? Jika ya, tini sangat mengalukan diri anda agar anda segera mendaftar sebagai ahli keluarga Shaklee.

Sebenarnya kesihatan adalah sangat penting untuk kemaslihatan kita kan? Bayangkan bagaimana jika kita berdepan dengan pelbagai penyakit menyebabkan kualiti hidup kita terjejas. Sebab itu, jika anda sememangnya seorang yang sangat mementingkan kesihatan serta percaya dengan produk semulajadi seperti Shaklee adalah tidak rugi untuk anda mendaftar sebagai ahli.


Perlu ke mendaftar jadi ahli?Saya cuma nak beli makan sendiri.

Ya, tini galakkan anda mendaftar sebagai ahli. Ini kerana anda akan jimat sehingga 25% harga produk apabila mendaftar sebagai ahli.25% bukan satu nilai kecil ye. Bayangkan jika harga produk ialah rm 100, anda boleh jimat sehingga rm25 tau. Banyak tu rm 25, macam-macam dah boleh guna duit tu.

Saya selalu beli Shaklee guna ID kawan saya. Perlu ke saya daftar sebagai ahli?

Jika itu soalannya, tini tetap kata ya. Kanapa? Apabila anda sudah mendaftar sebagai ahli Shaklee, secara automatik anda layak untuk mengumpul mata dan mendapat bonus jika mata dikumpul setiap bulan mencapai nilai tertentu. Nilai mata terendah yang melayakkan anda untuk mendapat bonus ialah sebanyak 150 mata..Katakan anda sedang berpantang dan membeli satu set berpantang dan set kurus selepas bersalin yang terdiri daripada ESP, vitamin C, ostematrix, alfalfa(botol besar), B kompleks dan vitalea, zink dan lecithin anda sememang sudah layak mendapat bonus.Memang betul, anda sudah mendapat harga ahli apabila menggunakan ID kawan anda tetapi agak merugikan jika bonus yang sepatutnya milik anda menjadi milik orang lain hanya kerana anda bukan ahli keluarga Shaklee.

Bagaimana saya boleh menjadi ahli ye?


Untuk menjadi ahli keluarga Shaklee anda boleh melaui 2 cara iaitu;

1. mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan bayaran rm 75 sahaja
Pendaftaran ini hanya sekali umpama keahlian seumur hidup.Setiap kali anda membeli produk Shaklee, mata akan dikredit terus ke dalam akaun anda untuk dikumpul dan memastikan anda layak atau tidak untuk menerima bonus bulanan.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memberikan beberapa details anda untuk saya bantu uruskan pendaftaran anda sebagai ahli Shaklee.
Antara details yang saya perlukan untuk daftarkan anda sebagai ahli ialah:
  • Nama Penuh Anda
  • No IC
  • Nama Pasangan
  • No IC Pasangan
  • Alamat Surat Menyurat
  • Alamat Emel
  • No Telefon
Selepas pembayaran, anda boleh hubungi saya untuk memberikan details di atas dan saya akan segera mendaftarkan anda sebagai ahli Shaklee.

2. Manakala cara yang kedua, jika anda membuat pembelian sehingga rm 700 atau dengan mata terkumpul 200, maka anda layak untuk mendapat keahlian secara percuma.
Dengan cara yang sama seperti di atas, selepas anda membuat pembayaran, berikan saya maklumat seperti di atas dan saya akan mendaftarkan anda dengan segera.Jika berminat untuk mendapat keahlian percuma, usahakan untuk kumpul order dari kawan-kawan dan keluarga InsyaAllaah tini akan uruskan pendaftaran anda sebagai ahli.

Akhir sekali, jika anda berminat untuk berniaga, ayuh sertai kumpulan tini dan kita sama-sama menggembleng tenaga, buah fikiran dan  ilmu untuk sama-sama berjaya dalam bisnes kita.

Jadi jangan bertangguh lagi untuk menjadi ahli keluarga Shaklee.Tini akan sentiasa membantu anda


KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140



Monday, 20 April 2015

CARA MENGATASI RAMBUT GUGUR: RAMBUT LEBAT, HITAM BERSINAR

Masalah keguguran rambut melanda setiap orang tanpa mengira jantina, bangsa mahu pun warna kulit. Keguguran rambut boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Untuk mengetahui cara mengatasi rambut gugur, adalah penting untuk kita mengetahui dan mengenali punca-punca berlakunya masalah keguguran rambut.

PUNCA KEGUGURAN RAMBUT

1. Kekurangan nutrisi lengkap terutamanya Zink.
Masalah keguguran rambut selalu dikaitkan berlaku kerana kekurangan mineral Zink. Namun demikian, keguguran boleh berlaku akibat pengambilan diet harian yang tidak seimbang sehingga menyebabkan kekurangan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh badan.



2. Hormon
Wanita sering dikaitkan dengan masalah hormon iaitu sama ada semasa mengandung, selepas melahirkan mahu pun menghampiri menopaus. Keadaan hormon yang tidak stabil ini mengganggu keupayaan rambut untuk bertahan. 

3. Ubat-ubatan
Bagi lelaki pengambilan ubat-ubatan seperti anti depression, ubat pencair darah dan sebagainya menyumbang kepada keguguran rambut. Manakala bagi wanita yang mengamalkan pil perancang masalah keguguran rambut berlaku akibat ketidakstabilan hormon.

4. Tekanan
Bagi anda yang terdedah dengan persekitaran yang huru hara, kesibukan yang melampau, beban tugas yang bertimbun menyebabkan anda berdepan dengan masalah tekanan daripada persekitaran. Tekanan yang melampau juga boleh menyumbang kepada masalah keguguran rambut yang teruk.

CARA MENGATASI RAMBUT GUGUR

1. Pati santan
- sediakan air perahan kelapa daripada air suam.Agak-agak je supaya santan yang diperolehi pekat atau kita panggil sebagi pati santan.
- Ketika mandi, basahkan rambut. Kemudian ratakan pati santan tadi ke seluruh kulit kepala.
- tutup kepala dengan tuala kering selama 30 minit.
- Bilas rambut dengan air suam selepas 30 minit
- Ulangi kaedah ini sebnayak 3-4 kali seminggu


2. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya.
- Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. 
- Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. 



3. Produk Shaklee

  i.  Zink kompleks- menguatkan rambut sehingga ke akar
ii.   ESP- rambut kita dibina daripada protein. Pengambilan ESP membantu membina sel baru bagi rambut yang lebih cantik
iii.  Revitalizing shampoo - diformulasi daripada humectants dan protein yang menjadikan rambut lebih kuat dan rambut sentiasa kelihatan lembap.
iv.  Lightweight Conditioner- menguatkan kekuatan rambut dan menjadikan rambut berkilat serta menjadikan rambut lebih tebal.
v.  Nourishing scalp treatment- mengandungi serum yang mudah diserap oleh kulit kepala.Melancarkan peredaran darah pada bahagian kulit kepala, menentang faktor persekitaran dan membekalkan nutrisi yang terbaik untuk kulit kepala anda.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi tini seperti di bawah ye.

KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Sunday, 19 April 2015

Set Kurus Yang Boleh Buat Anda Bangga dengan diri Anda Sendiri

Obesiti atau masalah kegemukan adalah satu masalah besar di kalangan rakyat Malaysia. Lebih 60% rakyat Malaysia menghadapi masalah obesiti kerana fenomena di Malaysia yang sangat mudah dan kaya dengan makanan. Oleh sebab itu, penyakit yang biasa dihadapi oleh rakyat Malaysia adalah penyakit yang disebabkan oleh makanan. Penyakit jantung, penyakit kencing manis, strok, Gout dan pelbagai jenis penyakit lagi yang berlaku disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang.

PUNCA MASALAH KEGEMUKAN

1. Amalan pengambilan makanan yang tidak sihat
Berdasarkan piramid makanan, adalah sangat perlu untuk kita mengutamakan kesemua kelas makanan dalam pengambilan diet kita seharian. 
  

Kelas makanan yang berada ke atas perlu diambil dalam kuantiti yang sangat kecil. Tingkat piramid ini menentukan kadar pengambilan yang baik untuk diet yang seimbang.

2. Kurangnya Aktiviti Fizikal
Jika anda diberi pilihan untuk menaiki tangga atau menaiki lif, yang manakah yang akan anda pilih? Jika anda diberi sebuah basikal atau sebuah kereta untuk ke suatu tempat yang agak jau, yang manakah pilihan anda? Jika saya, saya memilih untuk menaiki kereta. Nah, ini bukti bahawa rakyat kita sudah terlalu malas untuk bersukan atau melakukan aktivit fizikal. Kurangnya aktiviti cergas menyebabkan pembakaran lemak tidak berlaku dalam tubuh kiita.

3. Tekanan dan kepenatan
Masalah di tempat kerja, masalah dengan rakan-rakan, jiran dan orang di sekeliling kita menyebabkan kita sangat mudah terkesan dan akhirnya menyebabkan anda tertekan atau stress. Keadaan stress tidak terkawal menyebabkan selera makan boleh bertambah dengan tujuan untuk menghilangkan stress.

4. Genetik
Punca masalah kegemukan daripada masalah genetik ini hanya dapat diatasi jika anda benar-benar berazam untuk menurunkan berat badan. Hanya kesungguhan yang kuat dapat mengembalikan tubuh yang asal.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengenali punca dan sebab yang menyebabkan masalah kegemukan.


SET KURUS SHAKLEE

Dalam set kurus Shaklee, anda dinasihatkan untuk mengamalkan beberapa produk Shaklee iaitu:-
  • Alfalfa
  • Herb lax
  • omega
  • lecithin
  • ESP/ Cinch dengan tiga perisa berbeza.

Dalam set Kurus Shaklee, yang paling penting adalah minda yang positif. Diikuti dengan mengamalkan vitamin Shaklee secara istiqamah, rajin dan tiada alasan.

Produk Kurus Shaklee terbahagi kepada tiga bahagian yang berbeza iaitu Produk pembakar lemak, produk penyahtoksin dan Pembina otot.

  a) Produk Pembakar Lemak terdiri daripada Lecithin dan Omega
Kedua-duanya berfungsi membakar lemak. Lecithin membakar lemak yang terkumpul di bawah kulit dan Omega membakar lemak di sekeliling jantung, salur darah dan hati.

  b) Produk Menyahtoksin terdiri daripada Alfalfa dan Herblax.  Alfalfa adalah penyingkir toksin yang sangat baik dan boleh diamalkan setiap hari, Maanakala Herblax akan 'meyental' bahagian usus atau kerak-kerak di usus untuk 3 hari atau 4 hari sekali. Toksin yang terkumpul dalam badan akan disingkirkan umpama 'flush' yang sedang mencuci tandas kita.

c) Akhir sekali produk yang dapat membina otot ialah set protein terdiri daripada ESP atau Cinch Shake. ESP adalah terdiri daripada soya dengan kandungan bersihnya ialah 30 kg. Manakala Cinch shake terdiri daripada protein yang didatangkan dengan tiga perisa iaitu coklat, vanila dan latte.

Hubungi tini untuk tempahan set kurus anda hari ini. Semua pelanggan tini layak untuk menerima konsulatsi percuma. Sebarang pertanya sila hubungi tini untuk tindakan selanjutnya.


KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Saturday, 18 April 2015

CARA MENGATASI PENAT DAN STRESS SETIAP HARI


Stress atau tekanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sama ada anda seorang pelajar, pekerja, ibu, isteri, individu perseorangan, anak atau saudara kepada sesiapa sahaja. Tekanan boleh memberi kesan positif dan negatif kepada kita. Jika stress yang boleh dikawal, stress mampu meningkatkan motivasi kerja sehingga kita sanggup dan mampu berusaha lebih gigih untuk meningkatkan pencapaian. Namun, jika stress yang menyebabkan kita cemburu, irihati sehingga sanggup melakukan perkara negatif, itu akan menyumbang kepada masalah jiwa yang lebih serius. Stress sebenarnya menuntut kita untuk menggunakan tenaga sedia ada melebihi had sepatutnya sehingga kita tidak mampu lagi menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sekaligus menjadikan kita gagal menguasai diri serta menyeimbangkan diri kita. Jika tidak dikawal, stress memang boleh membawa kesan negatif pada diri bahkan ada yang sanggup membunuh diri kerana gagal menangani stress dengan bijak. Bagaimana cara yang boleh mengatasi penat dan stress setiap hari?



CARA MENGATASI PENAT DAN STRESS SETIAP HARI

1. Paling penting, anda perlu tahu, apakah punca stress anda? Jika ia berkaitan dengan pekerjaan, anda perlu segera menilai kembali cara kerja sehingga boleh menyebabkan anda stress.Adakah anda jenis yang suka bertangguh kerja? Adakah anda jenis yang sangat cerewet kerja sehingga tidak sanggup bekerjasama dengan kawan-kawan? Hanya anda yang boleh mengenalpasti punca stress anda.

2. Benarkan diri anda berehat jika anda sudah melalui hari bekerja yang panjang. Izinkan otak dan badan anda berehat di waktu tengah hari dengan mendapatkan makanan tengah hari yang seimbang, solat Zohor dan berbual bersam rakan-rakan.

3. Perbincangan dan diskusi bersama rakan-rakan sekerja tentang urusan kerja harian dapat membantu kita mencari jalan terbaik utnuk membahagikan masa untuk kerja, keluarga, suami dan anak-anak. Rakan-rakan sekerja kita pastinya menghadapi  situasi yang hampir sama dengan kita. Maka perkongsian dan perbincangan bersama rakan akan dapat membantu kita menguruskan masa dengan bijak

4. Perbanyakkan zikir dan mengingati Allah. Zikir adalah ubat penenang jiwa yang paling murah namun sangat sukar dilakukan. Kita selalu beranggapan zikir perlu dilakukan dalam masa tertentu sahaja, sedangkan zikir bebas dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

5. Luahkan masalah kepada rakan anda atau cuba luahkan melaui penulisan atau mengadulah dengan Allah. Cara ini dapat membantu anda mengurangkan stress dan kepenatan setiap hari

6. Ubah cara berfikir agar setiap tindakan kita disertai dengan pemikiran positif dan hadapi setiap masalah dengan fikiran positif setiap hari.

Selain itu, Shaklee turut memperkenalkan set vitamin yang membantu mengatasi masalah penat dan stress setiap hari. 



Tiga vitamin yang saling melengkapi ini terdiri daripada Vitamin B, Vitalea dan Ostematrix.

1. Vitalea- merupakan multivitamin yang mengandungi semua keperluan vitamin untuk tubuh. Penat selalunya berlaku akibat kekurangan nutrien dalam badan. Kekurangan nutrisi ini meyebabkan badan mudah penat bahkan menyebabkan wajah menjadi lebih cepat tua.Vitalea akan membantu mencukupkan keperluan nutrisi dalam badan kita.

2. B-Kompleks - Merupakan sekumpulan vitamin B yang akan membantu badan memenuhi setiap fungsi vitamin B.
Vitamin B Kompleks adalah satu kelompok vitamin B yang semuanya memiliki manfaat masing-masing. Vitamin B kompleks ini terdiri daripada;
Vitamin B1(thiamine), Vitamin B2(riboflavin), Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5(pantothenic acid/asam pantotenat) , Vitamin B6(pyridoxamine) , Vitamin B9(folic acid/asam folat) , vitamin B12(cyanocob), vitamin B7(biotin) biotin, Kolin dan inositol. 

3. Ostematrix- adalah terdiri daripada kalsium, Vitamin D dan Magnesium. Magnesium dalam ostematrix membantu mengurangkan regangan dan membantu mengelakkan pembuluh darah manusia menjadi kejang.Kekejangan pembuluh darah boleh menyebabkan migrain. Kalsium sangat baik untuk tulang, gigi dan membantu menjadikan detap jantung beritma seimbang. Manakala Vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan sangat baik.

Untuk mendapatkan konsultasi percuma dan mendapatkan produk Shaklee yang sesuai untuk anda jangan segan untuk hubungi saya seperti di bawah.


KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140








Friday, 17 April 2015

CARA MENGATASI MORNING SICKNESS SEMASA HAMIL

Morning sickness adalah perkara biasa yang akan dihadapi oleh hampir semua wanita hamil. Morning sickness bermakna bakal ibu menghadapi situasi loya, muntah dan pening di awal pagi atau petang. Bagi tini sendiri morning sickness tini memang berlaku awal pagi terutamanya kalau dah masuk bilik air.Kalau masuk bilik air, hanya sabun atau pencuci lemon je yang tini boleh cium. Selain dari sabun atau pencuci yang ada bau lemon, memang kepala akan terus pening. Ajaib dan pelik kan pengalaman semasa hamil. So, artikel kali ni tini terpanggil untuk berkongsi sedikit tips untuk mengatasi morning sickness semasa hamil.

PUNCA BERLAKU MORNING SICKNESS

Semasa hamil, peningkatan hormon berlaku, Hormon estrogen  dan gonadptropin menjadi tinggi dan tidak stabil dalam badan. Mungkin ketidakupayaan badan menstabilkann hormon-hormon ini menyebabkan ibu hamil sentiasa ingin muntah,

Selain itu, ibu hamil mempunyai sensitiviti menghidu yang lebih tinggi. Semasa hamil, tini tak boleh tau cium barangan yang tiada bau lemon. Dan yang paling tak tahan, tini tak boleh langsung tercium bau tumis masakan, Nasib baik lah masa tu dapat housemate yang sangat baik. Kesannya badan tini memang sangat lembik jika morning sickness berlaku.

TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS

1. Awal pagi sebaik sahaja bangun tidur, pastikan anda mengambil sedikit makanan ringan seperti biskut dan sebagain mengikut

 2. Amalkan senaman ringan sebaik sahaja bangun awal pagi. Regangan yang kita lakukan ini boleh melegakan stress pada diri kita

3. Mengelakkan makanan berminyak dan berlemak. Pengambilan makanan seimbang mengikut piramid makanan menjamin kebaikan nutrisi untuk anak,

5. Elakkan berada di tempat yang panas kerana cuaca panas boleh menyebabkan  ibu hamil mudah loya

6, Pengambilan  makanan tambahan yang boleh mengurangkan keletihan serta mencukupkan nutrisi untuk ibu dan anak.

7. Pengambilan kapsul halia atau peppermint bole mengurangkan loya ibu hamil

8. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup

9. makan makanan ringan dan berkhasiat setiap 3jam.

10.Pakai pakaian yang longgar untuk membuatkan anda se,lesa


Tempoh berlakunya morning sickness adalah bergantung kepada setiap ibu. Bagi tini,dah masuk 5bulan barulah morning sickess tu beransur hilang. InsyaAllah 5 bulan tu kejap je tau.

Bagaimanapun, Shaklee turut menawarkan satu set untuk ibu hamil,



Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi tini ye. InsyaAllah, sy akan memberikan konsultasi yang terbaik


KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Thursday, 16 April 2015

TIPS CERGAS SEPANJANG BERPANTANG

Berpantang adalah tegahan atau larangan atau pantang larang yang mesti dipatuhi. Bagi seorang wanita yang baru melahirkan anak tempoh berpantangnya bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan sehinggalah hari yang ke-44. Melahirkan anak adalah satu proses yang memenatkan di mana seorang ibu terpaksa menahan kesakitan apabila bukaan jalan bawah mula berlaku. Diikuti dengan proses 'meneran' iaitu proses memaksa anak untuk keluar dari perut ibu. Semuanya memerlukan tenaga yang sangat banyak.
Bahkan sepanjang proses kelahiran anak yang melalui jalan bawah ibu menyebabkan bahagian tersebut mengalami luka yang amat teruk. Apatah lagi jika proses kelahiran adalah melalui 'scissor' pastinya meninggalkan kesan luka yang amat besar dan dalam. Oleh itu, saya sangat teruja untuk berkongsi tip-tips cegas sepanjang berpantang.

MENGAPA PERLU BERPANTANG?

Setelah melalui proses melahirkan anak, seorang ibu akan menjadi sangat letih, penat bahkan buat ibu-ibu muda proses kali pertama mungkin menyebabkan mereka mengalami trauma. Oleh itu, tempoh berpantang adalah satu tempoh masa bagi ibu untuk memulihkan kembali semangat mereka, menjana kembali tenaga mereka serta memberi ruang untuk ibu memulihkan luka akibat melahirkan sekaligus memberi lebih ruang untuk ibu bersama bayi mereka.

Namun demikian, ramai ibu moden begitu memandang enteng atau mengambil mudah semasa melalui proses berpantang.


TIPS YANG BOLEH DIAMALKAN SEMASA BERPANTANG UNTUK LEBIH CERGAS

1. Mandi herba
     Selepas melahirkan, biasanya ibu-ibu akan diberi mandi air rebusan beberapa herba terpilih              seperti  daun serai wangi, daun pandan, bunga melur dan pelbagai lagi jenis herba dan                      wangian. Ini bertujuan    untuk membersihkan badan ibu serta menghilangkan hanyir tubuh akibat      darah semasa proses  melahirkan. Bahkan mandian herba ini juga memberikan rasa segar tubuh        yang berpanjangan.

2. Bertungku
    Amalan bertungku sangat penting untuk mengecutkan kembali peranakan ibu serta melancarkan         kembali peredaran darah ke seluruh badan akibat proses kelahiran sebelumnya. Ini sekaligus             mempercepatkan proses pemulihan badan dan menjadikan badan sangat segar dan kuat.

3. Bengkung
    Berbengkung membantu mengetatkan bahagian badan yang sudah longgar dan menggeleber               terutamanya bahagian perut dan pinggul. Pengamalan bengkung yang konsisten membantu                 mengatasi perut buncit selepas proses kelahiran.

4. Berurut
    Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin         serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat         menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.

5. Pemakanan
    Sepanjang berpantang, segala jenis makanan yang sejuk dan berangin adalah dilarang sama sekali.     Untuk mengelakkan kekurangan nutrisi, ibu-ibu digalakkan untuk mengambil suplimen atau               makanan tambahan bagi mencukupkan keprluan nutrisi oleh tubuh.

MAKANAN TAMBAHAN CADANGAN OLEH SHAKLEE



1. ESP - sumber protein terbaik yang mana membekalkan tenaga serta mampu memperbanyakkan susu badan, Bahkan pengambilan ESP yang berterusan membantu memperbaiki dan membina sel-sel yang baru bagi menggantikan sel yang rosak.

2. VITALEA- merupakan multivitamin terbaik untuk mencukupkan keperluan nutrisi oleh badan.

3.B-KOMPLEKS - membekalkan tenaga segera kepada tubuh sekaligus mempercepatkan proses pemulihan semangat dan tenaga

4. VITAMIN C- pembentukan kolagen baru untuk memberikan kesegaran tubuh serta menjadikan wajah berseri

5. OSTEMATRIKS- membekalkan sumber kalsium yang tinggi yang mana dapat menguatkan gigi dan tulang serta melawaskan pembuangan bahan kumuh

6. ZINK - vitamin paling penting ialah Zink kerana ia membantu memulihkan luka serta menyembuhkan luka dalaman dan luaran.


Bagi ibu-ibu yang sedang mencari set berpantang anda tak perlu teragak-agak untuk mencuba set berpantang Shaklee.

KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140










Wednesday, 15 April 2015

Mengapa kita mesti bersyukur

Saya sangat teringin untuk berkongsi cerita. Cerita tentang indahnya cinta dari Seberang kepada Sang Penciptanya. Beberapa hari lepas suami saya tiba-tiba sakit di bahagian pinggangnya sehingga ke peha. Orang tua kata dah tersalah urat. Mungkin kesan daripada bekas accident yang pernah berlaku semasa usia mudanya. So, risau dengan keadaan suami, saya memujuk dan sedikit memaksa suami untuk segera berurut. Bayangkan betapa terseksa saya melihat suami untuk bangun kerana sakit yang teramat sangat di bahagian peha.Selepas dua hari memaksa dan memujuk suami berurut akhirnya dia bersetuju. Mungkin kerana dah tak tahan sakitnya.

Rupanya susah jugak nak cari tukang urut lelaki. Selepas bertanya-tanya di sekitar kampung, kami berjumpa seorang lelaki Indonesia yang tinggal di kampung. Tanpa malu, suami bertanya kalau-kalau dia kenal seseorang yang boleh berurut. Alhamdulillah, mungkin dah rezeki kami dia sudi bawakan kami kepada sahabatnya yang juga seorang Indon berna Haji Ahmad. Maka Abang Indon ni kami bawa ke kereta untuk menunjuk arah rumah sahabatnya.

Lebih kurang 20 minit juga perjalanan kami dari kampung untuk berjumpa Haji Ahmad. Lebih kurang 5.30 petang, kami tiba ke rumah sahabat Abang Indon ni. Biasa lah rumah Indon kan, mereka akan berkongsi beramai-ramai dalam sebuah rumah. Macam rumah yang saya tuju ni, dalamnya ada dua pasang suami isteri dan 2 orang lelaki bujang.

Allah sahaja yang tahu betapa tidak selesanya saya di rumah Indon ni. Rumahnya cantik kerana rumahnya adalah rumah teres yang disewa dari orang Melayu di sini. Saya sangat kagum bila masuk ke dalam rumah mereka, lantainya sangat licin dan bersih. Saya memang tak rasa satu habuk pun di kaki apabila menapak ke dalamnya. Masa kami tiba, ada seorang wanita Indon bersama anaknya sedang makan nasi.

Sungguh saya memang sangat tidak selesa, Pelbagai story yang saya pernah dengar tentang sikap negatif Indon ni. Dengan anak yang berusia 8 bulan, saya menunggu di bahagian ruang tamu. Suami bersiap untuk solat Asar sementara menunggu Haji Ahmad pulang dari kerja. Allah, saya tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan saya berada bersama warga Seberang yang tidak saya kenal latar belakangnya.

Apabila Haji Ahmad dan isteri serta rakan-rakannya pulang dari kerja, rumah yang asalnya hanya ada ibu Indon dan anaknya beserta dengan Abang Indon yang menunjuk arah kepada kami kini dah berubah menjadi riuh dan ramai. Apabila Haji Ahmad tahu yang suami nak berurut , Dia cepat-cepat menukar baju dan solat Asar. Saya nampak dia solat dalam bilik yang tak tertutup rapat. Kemudian bermula lah episod mengurut suami oleh Haji Ahmad. Jadi tinggal la saya dan anak bersama dua orang wanita Indon dan saudara-saudara lelaki mereka yang seramai 4 orang.

Dua wanita Indon tadi melayan anak saya bermain dengan sangat baik.Bahkan diberinya biskut kepada anak saya untuk dimakan. Dalam hati ni saya risau juga, Ya Allah xpe ke anak aku ni makan kat sini dan macam-macam perasaan lagi lah kan.Maklum la saya sekarang berada bersama orang-orang Indon yang bukan saya kenal pun. Kemudian, isteri kepada Haji Ahmad bertanya yang saya nak solat atau tidak. Saya pun mengiyakan yang saya nak solat lagi pun mereka sudi untuk tengokkan anak saya.

Tiga lelaki Indon yang balik bersama Haji Ahmad tadi bergilir-gilir mandi dan solat Asar. Selesai mereka  solat Asar saya diajak wanita Indon yang pertama tadi untuk ke bilik air dan menunjukkan bilik untuk solat. Subhanallah, dengan bilik air kecil rumah teres dan dikongsi dengan ramai orang, bilik air mereka sangat bersih. Bahkan saya rasa bilik air mereka lagi bersih dari sesetengah rumah orang kita. Bilik untuk saya solat pula adalah bilik suami isteri.Sangat kemas dan teratur susunannya. Biarpun tiada perabot besar hanya ada perabot kayu yang mereka bina sendiri, tetapi baju mereka tersusun sangat kemas. Bedak dan alatan peribadi tersusun elok di satu ruangan. Dan di hujung satu sudut, kelihatan surah Yasin dan Al-quran terletak elok.

Hati saya tenang dan sangat selesa. Allah, terima kasih temukan saya dengan orang Indon yang baik bahkan punya pegangan yang jauh lebih kuat dari orang kita sendiri. Saya tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan dan saya tahu ada hikmah mengapa saya ditemukan dengan mereka. Ada juga story indah yang saya boleh share dengan anak-anak pelajar saya.

Saya terbayang pakaian anak muda Indon yang pulang bekerja bersama Haji Ahmad tadi. Mereka berseluar jeans yang koyak di lutut. Ada yang berambut panjang dengan pakaian yang lebih kecil.Tapi, apabila samapai ke rumah, mereka boleh mandi dan solat Asar. Saat itu terkenang anak palajar saya dari tingkatan tiga dan empat yang mengangkat tangan mengaku tidak solat Subuh atau Asar dan sebagainya apabiloa disoal tentang solat. Anak bangsa kita sendiri pun kalau ditanya tentang solat lima waktu masih ramai yang gagal utnuk ditunai selengkapnya.

Selesai mengurut, kami suami isteri melangkah pulang setelah dijamu dengan air teh O dan keropok goreng. Anak saya sendiri pun dah kenyang dengan biskut yang dikongsi bersama anak perempuan Indon tadi. Sampai di rumah, kami berehat dan menunaikan solat Maghrib. saya termenung sekejap mengenang kebaikan Orang Indon yang kami temui tadi. Saya teringat Abang Indon yang menunjuk arah pada kami menolak keras apabila suami menghulurkan duit kopi kepadanya. Bukan banyak pun, tetapi dia menolak dan menjawab saya menolong ikhlas bukan atas tujuan apa-apa.Nggak apa2, simpan aja uwangnya. Saya sekali lagi teringat orang kita, susah untuk bertemu orang kita seikhlas ini. Mungkin satu dalam sejuta. Walaupun miskin, saya sedar mereka lebih kaya dengan keyakinan dan kepercayaan pada Allah. Mereka percaya rezeki berkat itu adalah rezeki yang hanya datang dari usaha yang gigih.

Semoga saya mampu sebarkan kebaikan mereka untuk dicontohi kita semua. Salam kasih sayang dari saya.
Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, hubungi tini ye.

KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140