Wednesday, 9 April 2014

migrain dan punca-puncanya

Assalamualaikum gojes-gojes semua..

Jam dah berdetik ke pukul 11.17 malam.Malam ni pun masih terasa panas.Tapi suasana dah sunyi sepi.Alhamdulillah, ada lagi ruang masa untuk tini berkongsi cerita di sini.

Semalam dah sentuh sikit tentang migrain. Tapi disebabkan rasa cam tak cukup puas je dengan maklumat yang tini share malam tadi tini sempat lagi menambah pengetahuan dengan melayari punca-punca utama migrain ni.Migrain atau sakit pada bahagian sebelah kepala yang sangat kuat pastinya menyebabkan kita menjadi sangat tidak selesakan?

Migrain, seperti yang dibincangkan semalam adalah kerana keadaan salur darah pada otak yang mengembang dan mengecut dengan tidak sekata.Otak akan menjadi sangat sensitif terhadap beberapa rangsangan tertentu seperti cahaya dan bau yang sangat kuat.

Satu kajian yang lebih kuat menyatakan biasanya migrain dihadapi oleh wanita.Hampir 2/3 pesakitnya terdiri daripada wanita. Laporan pakar kuat menyatakan bahawa perubahan hormon yang berlaku ke atas wanita antara punca utama sakit kepala yang sangat kuat ini. Mengikut kajian juga wanita akan mengalami migrain apabila menghadapi tempoh kematangan atau akil baligh dan semakin berkurang sehinggalah ke tempoh menopaus.

Namun demikian, antara punca-punca lain juga ialah akibat tekanan yang melampau, aturan makan yang tidak tetap sehingga menyebabkan kelaparan, perubahan pada corak tidur dan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat dan tidak seimbang.

Mungkin jika kita melakukan perunahan dengan menjalani gaya hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan, senaman dan hidup dengan tenang dan lapang boleh mengurangkan masalah migrain yang dihidapi.

Apa pun usaha yang kita lakukan, jangn lupa untuk berdoa dengan Allah agar dikurniakan kesihatan yang baik dan menjadikan hambaNya yang sihat untuk melaksanakan ibadah kepada Allah.

# hidup sihat dengan Shaklee# hubungi tini# 0139924660


No comments:

Post a Comment