Assalamualaikum dan salam sejahteta semua.
Hari ini dah 24 April ye.Hanya ada seminggu sahaja lagi promosi ostematrix bakal berakhir.rugi tau kalau tak grab laju2 promo ni.telan 4 biji ostematrix setiap malam, memang berbaloi!!!percaya lah..
OK, hari ni x mo cerita tentang shaklee tapi nak cerita sikit tentang anak2 pelajar tini.Sejak berpindah ke Jerantut dari Sarawak tini memang berharap dapat mengajar anak-anak kampung je.Kalau boleh tini nak bantu setakat yang mampu pelajar-pelajar kita supaya belajar dan jadi orang berguna.
Tini ni peringkat awal mengenali pelajar memang tini didik mereka dengan tegas sikit dan agak keras jugak.Tapi perlahan-lahan tini akan berlembut dengan mereka.Bukan apa, tini nak mereka tau tentang disiplin dan tanggungjawab.Then baru kita bina hubungan baik dengan mereka.Sebab tini percaya, disiplin dan tanggungjawab adalah kunci pada kejayaan setiap orang.
Sangat menyedihkan bila kita tengok pelajar kita sendiri yang tak menghormati guru, bercakap biadap dengan rakan-rakan dan yang paling tak best bila kita tenok pelajar kita bergeselan je tanpa mengira jantina. Terasa rendahnya nilai moral pelajar kita zaman sekarang.
Beberapa kes yang berlaku di sekolah semenjak dua menjak ni membuktikan betapa rapuhnya pegangan agama pelajar kita.Doa tini semoga mereka cepat-cepat insaf dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pelajar, anak dan hamba Allah dengan baik.
Ok, tini stop di sini dulu untuk malam ni.Entry malam ni pun hanya sekadar luahan rasa akibat rasa kecewa dengan beberapa kes pelajar dan remaja kita hari ini.
Tapi bagi mereka yang nak order Shaklee, terus hubungi tini ye..-0139924660
No comments:
Post a Comment