Musim tengkujuh yang datang kali ini benar-benar meruntun jiwa.Saat berita Kuantan ditenggelami air dan semua aktiviti bandar Kuantan lumpuh menjadikan hati tini sayu. Tini antara yang sempat melihat dan terperangkap dalam banjir di Kuantan semasa perjalanan balik ke Besut 2 hari lepas.
Perjalanan tini bermula pukul 9pagi dari KL dan tiba di Lebuhraya Jabor-Terengganu pada pukul 3 petang lagi tapi terpaksa berpatah semuala ke Kuantan kerana Lebuhraya ditutup apabila jalan dinaiki air. Namun, suasana bandar Kuantan juga agak suram kerana bandar Kuantan saat itu sudah dinaiki air maka kami berpatah menuju jalan Gebeng.Tapi masih juga tersekat di separuh perjalanan kerana ada sebahagian jalan sudah dinaiki air.
Akhir sekali kami bertawakal sekali lagi menuju jalan pelabuhan lama untuk ke Terengganu melalui Kemaman.Kami bernasib baik kerana jalan tersebut masih boleh dilalui kerana dinaiki sedikit air sahaja tetapi masih mengizinkan kami untuk meneruskan perjalanan. Jalan yang sehala bertukar menjadi dua hala kerana jalan sebelah kiri sudah ditenggelami air.Jalan raya sesak dan masing-masing berlumba-lumba untuk tiba ke destinasi dengan segera.
Di sebatang jalan yang kami lalui ada sebatang pokok besar yang tumbang betul-betul di atas lori minyak Petronas.Kami benar-benar bersyukur kerana pokok tersebut jatuh atas lori, dan saya yakin pemandunya selamat melihatkan pokok itu tumbang di bahagian tengah lori. Nasib baik juga pokok tumbang atas lori, sekurang-kurangnya membantu kami yang berkereta kecil untuk melalui jalan tersebut.Kalau jalan tersebut tertutup dek kerana pokok besar tu, maknanya kami memang tidak ada ikhtiar lain lagi untuk bergerak menuju Kemaman.
Alhamdulillah, kami tiba di Kemaman dan solat di Masjid Sultan Mizan pada pukul 7.30 malam dengan keadaan di luar masih hujan renyai-renyai.Hanya doa mengiringi perjalanan kami kerana perjalanan Kemaman-Kuala Terengganu memakan masa 3jam lagi.Hujan mencurah-curah sepanjang perjalanan.
11.45 malam kami tiba ke Setiu selepas hampir 12jam dalam kereta. Esoknya bilam kami bangun, kami dapat tahu Bandar Kuantan sudah dilimpahi banjir besar dan Kemaman juga sudah dinaiki air. Ya Allah terasa benar-benar bersyukur kerana kami dapat melepasi Kemaman malam sebelumnya.
Doa tini semoga banjir besar yang melanda akan cepat-cepat surut dan semoga bantuan seawajarnya kepada mangsa banjir dipercepatkan.
# tini jusoh
# Shaklee ID:971615
# sms/whatsapp: 013 9924660

No comments:
Post a Comment