Wednesday, 11 December 2013

Day 4: Ini kisah tentang ibu bapa saya

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni tini ambil masa tuk sahut cabaran hari keempat Cabaran Menulis Blog oleh Master Azrin.

Nak cerita tentang ibu bapa pulak ok. Ibu bapa tini asalnya memang dari Besut, Terengganu.Kampung pun sebelah-sebelah je. Orang dekat-dekat.Jadi kami memang tak ada masalah nak balik kampung time raya.Boleh je melangkah dalam masa 1jam dah sampai umah keluarga sebelah ayah.

Tapi tini ni sebenarnya tak sempat pun jumpa atok atau nenek sebelah mak. Atok sebelah ayah pun xsempat jumpa jugak.Masa kecik-kecik dulu sempat jugak la jumpa arwah tok sebelah ayah.Tu pun yang tini ingat dia memang dah sangat tua dan sakit-sakit.

Ayah tini jenis yang pendiam sikit.Kalau nak bercakap atau bercerita susah sikit.Kita yang kena pandai-pandai bercerita, lama-lama baru dia boleh share citer dia lak.Muka pun nampak serius je.Tapi kami kecik-kecik dulu belajar ngaji ngan ayah je.Walaupun pendiam tini rasa dia tetap sabar ajar kami mengaji.Tak ada pulak dia pernah marah-marah atau pegang rotan masa ajar kami.Tapi yang tini rasa ayah ni pendiam pun tapi tetap penyayang dan sensitif.

Masa arwah adik meninggal, ayah la orang yang paling teruk keadaannya.Sedih dan termenung memanjang.Cuma dah memang sikap lelaki macho Melayu kut susah sket nak tunjuk sikap penyayang kat anak-anak.Hehe

Mak pulak dah meninggal dua tahun lepas.Sakit tua je.Masa tu kami tengah sambut hari raya kedua Aidilfitri.Alhamdulillah, mak pergi pun masa kami berkumpul kat rumah sebab sambut raya.Mak pula jenis yang mudah sangat kasihan ngan anak-anak.Bukan jenis yang suka susahkan anak-anak.Tapi tini rasa semua mak atas dunia ni pun memang camni kan?Tini pun memang lebih rapat ngan mak berbanding ayah.Maklumla ayah kan pendiam sket.


Ok, kita stop dulu untuk cerita hari ni.InsyaAllah kita sambung dengan tajuk baru esok ye..Jaga diri ok.Yang nak tanyakan tentang shaklee jangan segan-segan.Konsultasi percuma untuk anda semua ye.

TINI JUSOH
SHAKLEE DISTRIBUTOR- 013 9924660.


No comments:

Post a Comment