Wednesday, 11 December 2013

Day 3: perkara yang paling best yang saya paling ingat

Assalamualaikum..

Selamat malam semua..Malam ni tini nak share cter yang syahdu sket..Perkara paling best dalam hidup ialah apabila sama-sama ngan mak dan ayah ke mekah untuk sama-sama buat umrah.

Mak memang dah lama teringin g mekah sekali lagi pas 7tahun tunaikan haji.Dia kata rindu sangat nak jenguk baitul haram. Jadi kebetulan Allah permudahkan impian mak bila saya dan kakak sama-sama teringin nak ke mekah juga.Bila saling berkongsi rasa baru la kami plan nak ke Mekah sama-sama.

So bermula la perancangan kami nak ke Mekah pada Disember 2009. Urusan pemilihan travel agency, pasport, suntikan vaksin dan macam-macam benda lagi yang berkaitan perlu diselesaikan segera. Selepas tu, kami dapat tahu kami antara jemaah terawal yang mendaftar jadi kami layak mendapat tempoh yang lebih panjang di Mekah.Asalnya kami cuma diberi 7hari tapi pihak agency sanggup menaja lagi 3 hari untuk penginapan kami di Mekah.Alhamdulillah, dah rezeki kami kan.

Akhirnya kami bertolak ke Mekah Mac 2010 dengan penerbangan Saudi Airlines. Yang seronoknya  bila kita pergi satu famili ni kita rasa semua perlu saling bergantung antara satu sama lain.Maklum la mak dan ayah pun memang dah tua masa tu.Memang kami betul-betul saling menjaga sebab kebetulan masa tu orang sangat ramai sebab bulan Dis 2009 tu orang ramai tak dapat buat umrah disebabkan masalah visa dengan Arab Saudi.

Alhamdulillah..macam-macam pengalaman yang kami rasa, kami tempuhi sampailah hari terakhir kami di Madinah.Rasa sayu yang amat nak tinggalkan Kota Suci Mekah dan Madinah.Semoga Allah lapangkan rezeki tini untuk kembali lagi ke sana.

Selepas 5bulan ke Mekah, menunaikan impian mak, mak dijemput Ilahi pada hari raya aidilfitri iautu raya kedua tahun yang sama.Patutla mak beria sangat nak ke Mekah rupanya dia tak sabar nak dijemput Allah..huhu

Semoga Allah limpahkan rahmat untuk ibu bapa tini dan kita semua kan.See u lagi dalam next episod.ok, selamat malam

TINI JUSOH
SHAKLEE ID-0971615
013 9924660

No comments:

Post a Comment