Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni tini ambil masa tuk sahut cabaran hari keempat Cabaran Menulis Blog oleh Master Azrin.
Nak cerita tentang ibu bapa pulak ok. Ibu bapa tini asalnya memang dari Besut, Terengganu.Kampung pun sebelah-sebelah je. Orang dekat-dekat.Jadi kami memang tak ada masalah nak balik kampung time raya.Boleh je melangkah dalam masa 1jam dah sampai umah keluarga sebelah ayah.
Tapi tini ni sebenarnya tak sempat pun jumpa atok atau nenek sebelah mak. Atok sebelah ayah pun xsempat jumpa jugak.Masa kecik-kecik dulu sempat jugak la jumpa arwah tok sebelah ayah.Tu pun yang tini ingat dia memang dah sangat tua dan sakit-sakit.
Ayah tini jenis yang pendiam sikit.Kalau nak bercakap atau bercerita susah sikit.Kita yang kena pandai-pandai bercerita, lama-lama baru dia boleh share citer dia lak.Muka pun nampak serius je.Tapi kami kecik-kecik dulu belajar ngaji ngan ayah je.Walaupun pendiam tini rasa dia tetap sabar ajar kami mengaji.Tak ada pulak dia pernah marah-marah atau pegang rotan masa ajar kami.Tapi yang tini rasa ayah ni pendiam pun tapi tetap penyayang dan sensitif.
Masa arwah adik meninggal, ayah la orang yang paling teruk keadaannya.Sedih dan termenung memanjang.Cuma dah memang sikap lelaki macho Melayu kut susah sket nak tunjuk sikap penyayang kat anak-anak.Hehe
Mak pulak dah meninggal dua tahun lepas.Sakit tua je.Masa tu kami tengah sambut hari raya kedua Aidilfitri.Alhamdulillah, mak pergi pun masa kami berkumpul kat rumah sebab sambut raya.Mak pula jenis yang mudah sangat kasihan ngan anak-anak.Bukan jenis yang suka susahkan anak-anak.Tapi tini rasa semua mak atas dunia ni pun memang camni kan?Tini pun memang lebih rapat ngan mak berbanding ayah.Maklumla ayah kan pendiam sket.
Ok, kita stop dulu untuk cerita hari ni.InsyaAllah kita sambung dengan tajuk baru esok ye..Jaga diri ok.Yang nak tanyakan tentang shaklee jangan segan-segan.Konsultasi percuma untuk anda semua ye.
TINI JUSOH
SHAKLEE DISTRIBUTOR- 013 9924660.
Blog ini adalah untuk berkongsi setiap kebaikan yang saya dapat dari produk Shaklee.Jika anda ingin mendapatkan set kecantikan,set pelangsing,set bersalin,set berpantang,set menyusu dan kesihatan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, jom bersama-sama saya merasai kebaikan bersama produk Shaklee
Wednesday, 11 December 2013
Day 3: perkara yang paling best yang saya paling ingat
Assalamualaikum..
Selamat malam semua..Malam ni tini nak share cter yang syahdu sket..Perkara paling best dalam hidup ialah apabila sama-sama ngan mak dan ayah ke mekah untuk sama-sama buat umrah.
Mak memang dah lama teringin g mekah sekali lagi pas 7tahun tunaikan haji.Dia kata rindu sangat nak jenguk baitul haram. Jadi kebetulan Allah permudahkan impian mak bila saya dan kakak sama-sama teringin nak ke mekah juga.Bila saling berkongsi rasa baru la kami plan nak ke Mekah sama-sama.
So bermula la perancangan kami nak ke Mekah pada Disember 2009. Urusan pemilihan travel agency, pasport, suntikan vaksin dan macam-macam benda lagi yang berkaitan perlu diselesaikan segera. Selepas tu, kami dapat tahu kami antara jemaah terawal yang mendaftar jadi kami layak mendapat tempoh yang lebih panjang di Mekah.Asalnya kami cuma diberi 7hari tapi pihak agency sanggup menaja lagi 3 hari untuk penginapan kami di Mekah.Alhamdulillah, dah rezeki kami kan.
Akhirnya kami bertolak ke Mekah Mac 2010 dengan penerbangan Saudi Airlines. Yang seronoknya bila kita pergi satu famili ni kita rasa semua perlu saling bergantung antara satu sama lain.Maklum la mak dan ayah pun memang dah tua masa tu.Memang kami betul-betul saling menjaga sebab kebetulan masa tu orang sangat ramai sebab bulan Dis 2009 tu orang ramai tak dapat buat umrah disebabkan masalah visa dengan Arab Saudi.
Alhamdulillah..macam-macam pengalaman yang kami rasa, kami tempuhi sampailah hari terakhir kami di Madinah.Rasa sayu yang amat nak tinggalkan Kota Suci Mekah dan Madinah.Semoga Allah lapangkan rezeki tini untuk kembali lagi ke sana.
Selepas 5bulan ke Mekah, menunaikan impian mak, mak dijemput Ilahi pada hari raya aidilfitri iautu raya kedua tahun yang sama.Patutla mak beria sangat nak ke Mekah rupanya dia tak sabar nak dijemput Allah..huhu
Semoga Allah limpahkan rahmat untuk ibu bapa tini dan kita semua kan.See u lagi dalam next episod.ok, selamat malam
TINI JUSOH
SHAKLEE ID-0971615
013 9924660

Tuesday, 10 December 2013
DaY 2: Makna di sebalik nama blog anda!!!
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni kita share nape sebenarnya nama blog ni teachervitalife.
Masa tini mula-mula berjinak dengan blog ni, pas betul-betul wat keputusan nak join shaklee.So pas fikir punya fikir sesuai dengan tugas tini sebgaai guru dan tini pulak nak sangat share kebaikan vitamin shaklee ni kat semua orang, tergabungla teachervitalife-kehidupan guru dan vitamin.Gitu la makna tersirat yang tini nak sampaikan..hehe
Bermula Julai 2013 tini start menulis, tapi tak la selalu sangat sebab tini pun masih 'hijau' lagi dengan blog ni.Banyak yang kena belajar lagi.Alhamdulillah sekarang dah mula aktif sket dengn blog ni sebab dah makin sayang kan.Kalau tak ada aral memang mengadap blog ni.best jugak layan blog sendiri boleh asah bakat menulis lagi..hehe.
Hajat di hati kalau boleh blog ni bukan sahaja tini kongsikan tentang kebaikan shaklee tapi nak jugak share tentang life tini dengan student-student sendiri.Kira nak share lafe sebagai cikgu gak la.hehe.Tapi sekarang ni masih dalam proses membina so banyak post-post tentang shaklee jek dulu
So, dah terjawab kan nape blog tini dinamakn teachervitalife..hehe.simple je sebenarnya maksud di sebalik nama tu.Ok, inilah dunia ku.Welcome to teachervitalife
Akhir tahun lepas sempat snap gambar comel mereka..

KARTINI JUSOH
SHAKLEE ID:971615
Monday, 9 December 2013
Day 1: Pengenalan DIri dan foto terkini
Assalamualaikum dan salam sayang semua..
Nampak tak cam pelik je tajuk kita malam ni?hehe
Ini ialah challenge dari Master Azrin yang lebih mesra kami panggil mama rin untuk kami si comel2 dalam Shaklee ni.hehe.SO tini akan perkenalkan diri dengan gambar tini.Tapi gambar kat bawah ni bukan gambar terbaru jugak.Tapi masih dalam tahun 2013 lagi ok..

Alhamdulillah, nama penuh Kartini binti Jusoh berasal dari Besut, Terengganu. Dah berkahwin dan sekarang bertugas di bumi Marudi, Miri, Sarawak sebagai guru. Sekarang dah masuk tahun 6 tahun lebih berada di Sarawak.
Mula bersama Shaklee pada Julai 2013 dan kini masih mengejar impian untuk berjaya dalam Shaklee.
Jadi pada siapa2 yang berminat untuk mendapat produk Shaklee, jangan segan untuk menghubungi tini.Biarpun tini berada jauh di Sarawak tapi penghantaran Shaklee ke seluruh negara melalui pos laju atau Gdex.Jadi jangan risau dan bimbang untuk mendapatkan produk Shaklee dengan tini ok.
Tini dah lama berkhidmat di bumi Sarawak, memang teringin nak balik mengajar di tempat sendiri tapi rezeki belum berpihak kepada tini tahun ni.Semoga ada rezeki untuk balik ke Terengganu tahun depan.Amiin..
Bertugas sebagai guru Sains di SMK Marudi, tini biasanya diamanahkan untuk mengajar pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
Ok, biarpun bidang pendidikan dan bisnes dua cabang berbeza, tapi tini yakin rezeki memang ditentukan Allah.InsyaAllah selagi terdaya kedua-dua bidang ni akan tini seimbangkan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.
Jadi, buat semua warga Besut, warga Setiu dan Warga Miri jangan tangguh-tangguh lagi untuk mendapatkan produk Shaklee dari tini.Nak set berpantang, set hamil,set kecantikan,set bakar lemak, set kesihatan lelaki dan wanita..semua nya ada.Konsultasi percuma juga untuk anda ok.
TINI JUSOH
Shaklee ID:971615
013 9924660
Sunday, 8 December 2013
Omega Guard Shaklee untuk ibu Hamil
Assalamualaikum dan selamat malam sayang2..
PROMOSI OMEGA GUARD DISEMBER OK.BELI 6 PERCUMA 1 BOTOL OMEGA
Satu kajian terbaru tentang perkaitan antara omega-3 dengan ibu mengandung telah mendedahkan pelbagai kesan baik omega-3 pada ibu-ibu hamil.Asid lemak omega-3 telah disahkan memberi 1001 kebaikan kepada bakal bayi dalam kandungan.DHA sebenarnya membantu perkembangan otak fetus.
Selain itu, asid lemak omega-3 juga sudah dibuktikan bahawa ia mampu mengelakkan anak yang dilahirkan daripada penyakit ekzema dan juga alergik.Bahkan ada juga kajain yang mengesahkan bahawa pengambilan omega-3 dalam kuantiti yang kecil bagi ibu-ibu mengandung menyebabkan kemungkinan melahirkan anak-anak kurang matang.
Bahkan satu kajian terbaru yang djalankan dan disiarkan dalam American Journal Of Clinical Nutrition, minyak ikan yang mengandungi omega-3 ini memberi kebaikan kepada anak-anak yang bakal dilahirkan iaitu mampu meningkatkan keupayaan verbal dan kemahiran psiko-motor mereka kelak
Oleh itu, menurut ahli nutrisi Lisa Guy, ibu-ibu mengandung dinasihatkan mengambil makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan sebagaimana mereka digalakkan untuk mengamalkan vitamin.Bahkan ada yang bersetuju bahawa pengambilan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan seolah-olah seperti mengambil polisi insurans untuk anak-anak mereka kerana anak-anak akan mendapat kebaikan sepenuhnya dari omega-3.
Banyak kan kelebihan omega-3 ni pada ibu-ibu hamil?Jadi untuk kebaikan ibu dan anak yang dikandung apa salahnya kita consume omega guard shaklee ni.Tambahan pulak bulan ni tengah promo kaw-kaw tau.
Jom order omega guard melalui talian tini, kerana ada harga yang istimewa menanti anda..
tini jusoh- 013 9924660
https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Saturday, 7 December 2013
OMEGA GUARD DAN JANTUNG
Assalamualaikum.Best tau nak share ngan kawan-kawan lagi bagaimana omega guard.haklee yang kaya dengan EPA dan DHA ni boleh bantu kita dalam kesihatan jantung.
Semua sudah sedia maklum bahawa omega guard shaklee terdiri daripada asid lemak omega-3 yang sangat tinggi.Peranan asid lemak omega-3 sudah pun tersohor untuk sistem kardiovaskular manusia atau pun untuk jantung manusia.
Dari segi klinikal, kita dinasihatkan memperbanyakkan mengambil makanan yang mengandungi lemak tidak tepu termasuklah asid lemak omega-3.Kajian klinikal telah dijalankan untuk melihat perkaitan antara asid lemak omega-3 dengan kesihatan jantung manusia.
Pada tahun 1999, satu kajian telah diterbitkan dalam satu jurnal perubatan berjudul 'The Lancet' yang melibatkan satu kajian terhadap 11324 pesakit jantung. Kesemua pesakit ini diberikan 1000mg omega-3 setiap hari tanpa tertinggal satu hari pun.Kajian yang dijalankan telah memberi kesimpulan atau memberikan data bahawa sebanyak 45% kadar kematian dapat dikurangkan akibat serangan sakit jantung buat kali kedua.
Kesan baik pengambilan omega-3 ini biasanya dapat dilihat setelah 3 bulan pengambilan secara berterusan. Keupayaan omega-3 dalam menurunkan paras trigliserida iaitu lemak dalam darah membantu mengurangkan kadar kematian akibat serangan sakit jantung, lemah jantung, atau pun strok. Pengambilan yang konsisten dapat meningkatkan kadar pengurangan pesakit strok akibat pembentukan plak dan masalah salur darah yang tersumbat akibat kehidiran lemak. Pengambilan yang berterusan boleh menurunkan sehingga 50% kemungkinan untuk menghidapi strok.
Tini yakin pesakit strok biasanya berasal dari pesakit jantung bukan? Kerana kedua-dua sakit ini mempunyai kaitan yang kuat melibatkan masalah salur darah tersumbat yang menghalang pengaliran darah dari jantung atau ke jantung.
Jadi sayangi jantung anda untuk kesihatan yang berterusan. Hubungi tini untuk harga menarik penuh kasih sayang sempena promosi omega guard Disember ini.
Anda yang menghubungi tini melalui talian, layak mendapat harga paling istimewa untuk anda dan keluarga anda.
-Kartini- Tini

Friday, 6 December 2013
OMEGA GUARD SHAKLEE YANG SPECIAL
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Panjatkan doa buat semua mangsa banjir di seluruh negara.Alhamdulillah yang telah menyumbang dengan penuh keikhlasan dan buat yang belum mampu, kirimkan doa buat semua, semoga kesejahteraan dan kemudahan diberikan oleh Allah untuk semua mangsa banjir. Hari ini topik tini ialah tentang omega guard shaklee ye.
Istimewanya Omega Guard Shaklee kerana ia terhasil dari ekstrak ikan laut air sejuk. Minyak ikan dari omega guard shaklee adalah dihasilkan secara semulajadi dengan kandungan EPA, DHA dan ALA yang tinggi.
Hebatnya omega guard shaklee apabila satu sajian omega mampu membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA. Pernah dengat EPA dan DHA?
APA PENTINGNYA EPA DAN DHA?
sempena promosi desember ini, hubungi tini untuk harga menarik dan untuk anda yang menghubungi saya terus ke talian, ada yang lebih spesel menanti anda!!!
KARTINI JUSOH
0139924660
http://teachervitalife.blogspot.com/

- EPA dan DHA adalah asid lemak asas yang diperlukan oleh tubuh yang terdiri daripada omega 3. Kandungan yang tinggi dalam ikan yang hidup dalam air sejuk menjadikan omega guard shaklee adalah sumber asid lemak yang terbaik untuk tubuh manusia.
- Kehadiran EPA dan DHA dapat mengekalkan kesihatan terutamanya otak dan retina mata. DHA sebenarnya terdiri dari blok dinding atau tisu pada otak dan retina mata.Kesempurnaan hadirnya omega 3 membantu penghantaran maklmumat dengan lebih cekap ke otak.
- EPA dan DHA juga sangat baik untuk sistem kardiovaskular memandangkan keupayaan EPA dan DHA ditukarkan kepada hormon contohnya prostaglandin yang dapat melancarkan regulasi aktiviti sel dan fungsi sistem kardiovaskular.
- EPA dan DHA ynag tinggi juga amat sesuai untuk perkembangan fetus.Kepekatan DHA dalam otak bayi meningkatkan 300-500% otak bayi dalam peringkat trimester akhir bagi ibu hamil.
- Manakala EPA dan HPA dalam otak orang tua dapat meningkatkan tumpuan otak pada mental dan mengembalikan keadaan normal bagi pesakit alzheimer
- Lain-lain fungsi termasuk membantu badan melawan kehilangan haba dan menghalang kulit menjadi kering serta membantu menjadi 'cushion' atau pelapik pada tisu dan organ kita.
sempena promosi desember ini, hubungi tini untuk harga menarik dan untuk anda yang menghubungi saya terus ke talian, ada yang lebih spesel menanti anda!!!
KARTINI JUSOH
0139924660
http://teachervitalife.blogspot.com/
Wednesday, 4 December 2013
HUJAN DAN BANJIR DI KUANTAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Musim tengkujuh yang datang kali ini benar-benar meruntun jiwa.Saat berita Kuantan ditenggelami air dan semua aktiviti bandar Kuantan lumpuh menjadikan hati tini sayu. Tini antara yang sempat melihat dan terperangkap dalam banjir di Kuantan semasa perjalanan balik ke Besut 2 hari lepas.
Perjalanan tini bermula pukul 9pagi dari KL dan tiba di Lebuhraya Jabor-Terengganu pada pukul 3 petang lagi tapi terpaksa berpatah semuala ke Kuantan kerana Lebuhraya ditutup apabila jalan dinaiki air. Namun, suasana bandar Kuantan juga agak suram kerana bandar Kuantan saat itu sudah dinaiki air maka kami berpatah menuju jalan Gebeng.Tapi masih juga tersekat di separuh perjalanan kerana ada sebahagian jalan sudah dinaiki air.
Akhir sekali kami bertawakal sekali lagi menuju jalan pelabuhan lama untuk ke Terengganu melalui Kemaman.Kami bernasib baik kerana jalan tersebut masih boleh dilalui kerana dinaiki sedikit air sahaja tetapi masih mengizinkan kami untuk meneruskan perjalanan. Jalan yang sehala bertukar menjadi dua hala kerana jalan sebelah kiri sudah ditenggelami air.Jalan raya sesak dan masing-masing berlumba-lumba untuk tiba ke destinasi dengan segera.
Di sebatang jalan yang kami lalui ada sebatang pokok besar yang tumbang betul-betul di atas lori minyak Petronas.Kami benar-benar bersyukur kerana pokok tersebut jatuh atas lori, dan saya yakin pemandunya selamat melihatkan pokok itu tumbang di bahagian tengah lori. Nasib baik juga pokok tumbang atas lori, sekurang-kurangnya membantu kami yang berkereta kecil untuk melalui jalan tersebut.Kalau jalan tersebut tertutup dek kerana pokok besar tu, maknanya kami memang tidak ada ikhtiar lain lagi untuk bergerak menuju Kemaman.
Alhamdulillah, kami tiba di Kemaman dan solat di Masjid Sultan Mizan pada pukul 7.30 malam dengan keadaan di luar masih hujan renyai-renyai.Hanya doa mengiringi perjalanan kami kerana perjalanan Kemaman-Kuala Terengganu memakan masa 3jam lagi.Hujan mencurah-curah sepanjang perjalanan.
11.45 malam kami tiba ke Setiu selepas hampir 12jam dalam kereta. Esoknya bilam kami bangun, kami dapat tahu Bandar Kuantan sudah dilimpahi banjir besar dan Kemaman juga sudah dinaiki air. Ya Allah terasa benar-benar bersyukur kerana kami dapat melepasi Kemaman malam sebelumnya.
Doa tini semoga banjir besar yang melanda akan cepat-cepat surut dan semoga bantuan seawajarnya kepada mangsa banjir dipercepatkan.

# tini jusoh
# Shaklee ID:971615
# sms/whatsapp: 013 9924660
RESDUNG DAN KESANNYA PADA WAJAH YANG CANTIK PART II
Alhamdulillah, selepas tertangguh beberapa hari kerana kesibukan tini ke kuala lumpur minggu lepas, baru sekarang berkesempatan sambung balik bab wajah cantik yang dinoda oleh jerawat resdung.Jeng..jeng..moh kita lihat semula tentang resdung ni.
Perhatikan gambar di bawah ok.Keadaan sinus yang tersumbat ni lah yang boleh menyumbang kepada masalah hidung tersumbat dan rasa tak best pada pesakit resdung.
berdasarkan pengalaman tini, resdung tini ni dah tini rasa masa tini di sekolah rendah lagi.Asal makan makanan laut je mesti hidung gatal-gatal kadang sampai mata dan telinga pun rasa gatal.Pastu mula la jerawat besar-besar tumbuh kat muka ni. Memang ada kajian yang mengatakan jerawat besar yang tumbuh di muka tak ada kaitan dengan resdung.Tapi bagi tini yang merasai sendiri masalah ni, memang tini nampak sangat kesannya. Dulu kalau tak pantang makan kan, memang jerawat akan tumbuh pas muka dan hidung jadi gatal-gatal.
Mungkin sistem imun yang sedia ada dalam sistem mukosa tini tak cukup kuat sebab tu bila kulat-kulat ni berada dalam sinus ia lebih mudah membiak menjadi kulat resdung. Sebab itu, tini nak share set untuk masalah resdung yang tini ambil
# SET RESDUNG
- Vitamin C - untuk sistem imun badan yang lebih kuat dan menghalang pembiakan kulat resdung
- Alfalfa - untuk mengatasi masalah kegatalan dan alergi yang teruk termasuk gatal-gatal mata, hidung dan selesema serta bersin
- B-kompleks - meredakan alahan di samping dapat mengurangkan stress dan mengatasi maslah jerawat
Resdung ni memang tak boleh nak diubati terus tapi boleh dirawat untuk mengatasinya. Jadi jangan segan untuk hubungi tini dan dapatkan set resdung dan set alergi dari tini. Tawaran harga menarik untuk semua yang menghubungi tini secara terus di talian 0139924660
# pengedar shaklee yang sah di Besut, Setiu dan seluruh malaysia
tini- 013 9924660
FB: https://www.facebook.com/tini.kartini.140
Blog: http://teachervitalife.blogspot.com/
Subscribe to:
Comments (Atom)