Thursday, 30 April 2015

cara menghadapi pelajar malas belajar

Sebagai guru, tini tak dapat lari dari menghadapi masalah pelajar yang malas belajar.Baru semalam, terasa kecewa dengan pelajar kelas sendiri yang tidak hadir ke kelas tambahan.

Menghadapi pelajar yang malas belajar bermakna kita berdepan dengan pelajar yang datang ke sekolah tetapi tidak membawa buku teks dan buku tulis ke sekolah, hadir ke kelas tetapi tidak membawa alat tulis ke sekolah. Bahkan ada yang hadir ke sekolah tetapi hanya datang untuk berkawan dan bermain dengan rakan-rakan. Sebagai guru, pastinya kita mengharap pelajar yang berada di hadapan kita untuk mnyiapkan kerja rumah, membawa buku dan bersedia untuk belajar serta memberi perhatian semasa kita mengajar. Saya sangat stress bila dengar pelajar saya yang tak bawa buku dan alat tulis.Hua!!!.bukan takat stress tp sangat stress.

APA SAYA SELALU BUAT BILA MASUK KELAS MEREKA

Dulu bila stress saya suka makan.hihi.tpi bila memikirkan tahap metabolisme yang makin menurun sejak penambahan usia ni tini rasa perlu ada satu cara lebih berkesan untuk menghadapi pelajar saya yang malas belajar.

1. saya dah biasakan diri untuk tidak meletakkan harapan sangat tinggi pada mereka. cobtohnya bila saya bagi sepuluh soalan sebagai kerja rumah, jika mereka jawab untuk beberapa soalan dah dikira baik.

2. saya sediakan alat tulis untuk mereka sekurang- kurangnya sekotak pensel, gam dan pemadam.sekotak pensel? ye, dan saya pastikan mereka pulangkan balik selepas digunakan.

3. saya sediakan fotostat soalan daripada buku kepada mereka. jadi mereka tak perlu salin banyak- banyak untuk menjawab soalan.

4. saya mengelakkan diri dari stress dengan cara- cara di atas. lagipun saya tak mampu nak ubah sikap pelajar saya 100%, tetapi saya berusaha mendidik mereka sebaik mungkin dan dalam masa yang sama saya tidak mahu menjadikan diri saya stress.

5. namun demikian, tini stress jugak bila kadang-kadang bila ada sesuatu yang unexpected berlaku kan. tapi tini bersyukur rakan- rakan di sini memang saling menyokong.

Dalam marah, jelingan tetap terselit doa agar pelajar2 tini akan terus gigih berusaha.Itulah doa tini dalam marah- marah sayang pada pelajar-pelajar kita..

Oh ye kalau tini stress, tini selalu amalkan b kompleks.Kalau ada kawan- kawan yang nak cuba b kompleks boleh hubungi tini ye.






KARTINI JUSOH
0139924660










Tuesday, 28 April 2015

Cara Mengatasi kebas kaki dan tangan

Kebas atau sebanarnya satu keadaan di mana seseorang merasa kurang selesa pada bahagian-bahagian tertentu sehingga kadang-kadang pesakit boleh merasa menyucuk-nyucuk pada bahgian tersebut.
Menurut Doktor Salmiah Mohd Sharif dari Myhealth Care menyatakan kebas bermakna seseorang mengalami kurang 'rasa' pada bahagian- bahagian tertentu.

PUNCA RASA KEBAS PADA BAHAGIAN BADAN

1. Kecederaan pada saraf akibat pada kemalangan
2. Jangkitan pada saraf periferi
3. Pesakit juga menghadapi masalah kencing manis, strok, epilepsi dan hipotiroid.
4. Kekeurangan vitamin dan nutrien seperti Vitamin B12
5. Kesan sampingan ubat-ubatan

Jika seseorang menghadapi masalah dan gangguan pada urat saraf, maka kesan kebas akan dirasai. Contohnya, jika anda tertidur di atas lengan sendiri dalam tempoh yang agak lama maka kawasan saraf tersebut akan terganggu dan kita akan merasa kebas apabila terjaga dari tidur.

Selain daripada itu, ada sesetengah pesakit yang mengamalkan gaya hidup kurang sihat di mana amalan mereka menyebabkan penyempitan salur darah akibat pengambilan makanan manis, maknaan berkolesterol tinggi dan sebagainya.

Oleh itu, Shaklee menawarkan beberapa rangkaian produk yang membantu mengatasi masalah kebas.

1. Ostematrix- bertindak sebagai pembekal utama kalsium dan berkesan membantu pengecutan otot dan saraf
2. Omega - berfungsi untuk mengatasi anti radang pada sendi dan saraf
3. B-kompleks - lengkap dengan kesemua kumpulan B yang membantu merawat sistem saraf dan pembentukan sel darah merah

Saya juga mengesyorkan anda untuk mengambil Vitalea iaitu multivitamin terbaik sebagai tambahan untuk melengkapkan keperluan nutrien dalam badan memandangkan masalah saraf juga berpunca daripada kekurangan zat dan nutrien dalam badan.


Untuk maklumat lanjut, jangan segan untuk hubungi tini seperti biasa ye. Kita stori2 panjang lebar. Konsultasi percuma untuk semua pelanggan tini ye.

KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140


Monday, 27 April 2015

Cara Mengatasi Senggugut Yang sangat Teruk

Senggugut biasanya dialami oleh wanita yang sedang haid di mana dia akan merasai kesakitan yang amat sangat di perut.

Ada seorang kawan tini masa di sekolah menengah dulu memang akan selalu sakit bila period. Dia akan terbaring sambil membengkokkan tubuhnya sehingga ke malam dan memang tak dapat nak buat apa-apa kerja akibat sakit senggugut yang amat kuat. Saya mungkin beruntung kerana tak pernah merasai senggugut. Tapi berbeza dengan kaan-kawan yang menghadapi masalah senggugut pastinya tak nak pusingan haid mereka datang kerana mengingatkan kesakitan yang terpaksa ditanggung. Saya sememangnya sangat bersimpati dengan mereka dan berharap dapat membantu meringankan kesakitan yang mereka tanggung.

Dalam Shaklee, kami menawarkan satu produk yang dapat menstabilkan hormon yang berada dalam badan wanita sekaligus mengatasi gejala PMS dan mengurangkan senggugut, 

Selain berfungsi mengawal keseimbangan hormon, Fungsi lain GLA adalah seperti berikut:-

Fungsi GLA:
1. membantu mengawal dan mengatur kitar haid
2. membantu meningkatkan kesuburan
3. Melegakan PMS (Sindrom Pra-haid)
4. Membantu menangani masalah Menopaus
5. menjadikan kulit lebih sihat dan berseri
6. memperlahankan proses penuaan
7. menguatkan kuku dan rambut

Untuk mengatasi senggugut secara tradisional, kakak saya selalu nasihatkan adik-adik yang senggugut untuk rajinkan diri bertungku. Kalau tak nak bertungku secara tradisional yang guna batu tungku tu, boleh letakkan air panas dalambotol mineral kecil tu dan golek-golekkan di atas perut.Insya Allah sakit perut boleh berkurang.

Satu lagi yang kakak tini nasihatkan, selalu urutkan betis dan tapak kaki bila senggugut insyaAllah sakit tu boleh berkurang.
Selamat mencuba ye..

Seperti biasa, jangan segan ye untuk hubungi tini bagi mendapatkan maklumat lanjut. Bulan April ni pembelian 2 botol GLA boleh melayakkan anda mendapat 5% diskaun daripaa harga asal.


KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140


Thursday, 23 April 2015

Cara Mengatasi Darah Rendah semasa Hamil

Fasa pertama kehamilan atau trimester pertama dilalui dengan pelbagai dugaan apabila diselangi dnegan 'morning sickness' yang teruk. Loya dan muntah yang berterusan, letih dan lesu sepanjang hari serta hilang selera makan pada semua jenis makanan. Diikuti dengan fasa kedua iaitu trimester kedua di mana keadaan kandungan yang sudah stabil tetapi memerlukan penjagaan rapi ibu mengandung terhadap masalah kawalan gula untuk kencing manis dan tekanan darah rendah. Darah rendah semasa hamil adalah normal berlaku kerana keadaan salur darah yang kembang dan ini mempengaruhi bacaan darah pada ibu hamil.

Pengalaman tini sendiri semasa hamil, menjelang usia kandungan 26 minggu tekanan darah tini dah jadi tak stabil dan menjadi rendah sekitar 10 dan ke atas.Alhamdulillah, tekanan darah tak pernah lagi kurang daripada 10.Itu pun memang tini jaga betul-betul pemakanan tini.Kita study sikit ye antara tanda-tanda darah rendah.



TANDA ATAU GEJALA DARAH RENDAH SEMASA HAMIL

1. Mudah merasa pening dan dan berpinar-berpinar
2. Mudah pitam jika berdiri lama atau melakukan sesuatu dengan aktif
3. Juga mengalami pening dan mudah penat jika duduk terlalu lama

Berikut adalah saranan daripada Dr. Zubaidi apabila anda mengalami situasi di atas.

CARA MENANGANI DAN MENGATASI DARAH RENDAH SEMASA HAMIL

1. Sentiasa bertenang dan elakkan stress
2. Duduk atau baring apabila mula berasa pening dan berpinar-pinar
3. Elakkan melakukan aktiviti yang terlalu cergas
4. Mengubah posisi kedudukan secara perlahan-lahan
5. Amalkan berbaring dan mengiring ke arah kanan kerana itu akan membantu peredaran darah ke jantung

CADANGAN SHAKLEE UNTUK DARAH RENDAH SEMASA HAMIL:

1. Vitalea
2. B kompleks
3. Vitamin C



Seperti biasa, tini berharap anda jangan segan utnuk menghubungi tini jika mempunyai sebarang pertanyaan atau teringin memiliki produk ini sendiri. Konsultasi adalah percuma untuk semua pelanggan tini.

KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Wednesday, 22 April 2015

Cara Mengecutkan Fibroid Dengan Shaklee

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim wanita. Ketumbuhan yang berlaku mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau lebih dikenali sebagai tisu penyambung.

Fibroid sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan wanita atau kegagalan wanita untuk melahirkan zuriat. Namun demikian, fibroid tidaklah menyebabkan sebarang masalah kesihatan kepada wanita.



PUNCA KEBERADAAN FIBROID.

Ketidakseimbangan hormon

Wanita mempunyai dua jenis hormon iaiutu hormon estrogen dan hormon progesteron. Wanita yang baru sahaja habis tempoh haidnya akan mengalami kenaikan paras estrogen manakala hormon progesteron akan meningkat naik apabila wanita mengalami proses pengovulan, iaitu satu proses di mana ovum matang dibebaskan dari ovari. Ketidakseimbangan antara kedua hormon ini dikatakan penyebab kepada berlakunya ketumbuhan pada dinding rahim/ dinding uterus.

Bagaimana ketidakseimbangan hormon berlaku?
Soalan ini sebenarnya sangat sukar dijawab kerana penghasilan hormon dikawal oleh fungsi otak. Keadaan persekitaran serta tekanan sekeliling akan mempengaruhi keberhasilan kedua-dua hormon.

TANDA-TANDA KEBERADAAN FIBROID

Jika fibroid adalah kecil, anda sebenarnya tidak akan mengalami sedikit pun tanda kerana kehadiran fibroid tidak akan memberi apa-apa kesan kepada anda. Namun demikian, ada beberapa cadangan daripada Dr Zubaidi untuk mengenal tanda-tanda keberadaan fibroid:

1. mengalami pendarahan yang banyak dan berpanjangan semasa haid

2. mengalami senggugut yang amat teruk

3. mengalami sakit dalam perut semasa melakukan hubungan bersama suami

4. mengalami keguguran yang sangat kerap

5. menghadapi masalah sembelit yang sangat teruk akibat ketumbuhan menekan pada salur najis.

Namun demikian, tanda-tanda di atas bukanlah menjadi faktor terkuat untuk menandakan anda mempunyai fibroid. Apa yang perlu anda sedar, jika anda memang mempunyai tanda di atas, anda perlu segera untuk mendapatkan ujian pengesahan daripada doktor sendiri.

CARA MENGECUTKAN FIBROID DENGAN SHAKLEE

Jika anda berminat untuk berikhtiar dengan produk Shaklee, tini sangat mencadangkan anda untuk mencuba sendiri GLA. GLA sebenarnya membantu menyeimbangkan hormon dalaman di mana paras hormon estrogen dan progesteron dapat dikawal.



Selain daripada itu, tini juga mencadangkan beberapa produk tambahan yang mempunyai antioksidan di mana fungsi antioksidan adalah untuk mematikan pertumbuhan sel. Ini akan mengelakkan sel baru tumbuh selepas fibroid mengecut.

1. CARATOMAX
2. VITAMIN C
3. VITAMIN E



Jangan lupa untuk menghubungi tini untuk sebafang pertanyaan. Jika anda berminat untuk mencuba, dapatkan konsultasi eksklusif daripada tini untuk anda sebagai pelanggan tini.

KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140











Bagaimana Nak jadi Ahli Keluarga Shaklee

Anda pengguna Shaklee? Selalu order produk Shaklee untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan? Jika ya, tini sangat mengalukan diri anda agar anda segera mendaftar sebagai ahli keluarga Shaklee.

Sebenarnya kesihatan adalah sangat penting untuk kemaslihatan kita kan? Bayangkan bagaimana jika kita berdepan dengan pelbagai penyakit menyebabkan kualiti hidup kita terjejas. Sebab itu, jika anda sememangnya seorang yang sangat mementingkan kesihatan serta percaya dengan produk semulajadi seperti Shaklee adalah tidak rugi untuk anda mendaftar sebagai ahli.


Perlu ke mendaftar jadi ahli?Saya cuma nak beli makan sendiri.

Ya, tini galakkan anda mendaftar sebagai ahli. Ini kerana anda akan jimat sehingga 25% harga produk apabila mendaftar sebagai ahli.25% bukan satu nilai kecil ye. Bayangkan jika harga produk ialah rm 100, anda boleh jimat sehingga rm25 tau. Banyak tu rm 25, macam-macam dah boleh guna duit tu.

Saya selalu beli Shaklee guna ID kawan saya. Perlu ke saya daftar sebagai ahli?

Jika itu soalannya, tini tetap kata ya. Kanapa? Apabila anda sudah mendaftar sebagai ahli Shaklee, secara automatik anda layak untuk mengumpul mata dan mendapat bonus jika mata dikumpul setiap bulan mencapai nilai tertentu. Nilai mata terendah yang melayakkan anda untuk mendapat bonus ialah sebanyak 150 mata..Katakan anda sedang berpantang dan membeli satu set berpantang dan set kurus selepas bersalin yang terdiri daripada ESP, vitamin C, ostematrix, alfalfa(botol besar), B kompleks dan vitalea, zink dan lecithin anda sememang sudah layak mendapat bonus.Memang betul, anda sudah mendapat harga ahli apabila menggunakan ID kawan anda tetapi agak merugikan jika bonus yang sepatutnya milik anda menjadi milik orang lain hanya kerana anda bukan ahli keluarga Shaklee.

Bagaimana saya boleh menjadi ahli ye?


Untuk menjadi ahli keluarga Shaklee anda boleh melaui 2 cara iaitu;

1. mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan bayaran rm 75 sahaja
Pendaftaran ini hanya sekali umpama keahlian seumur hidup.Setiap kali anda membeli produk Shaklee, mata akan dikredit terus ke dalam akaun anda untuk dikumpul dan memastikan anda layak atau tidak untuk menerima bonus bulanan.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memberikan beberapa details anda untuk saya bantu uruskan pendaftaran anda sebagai ahli Shaklee.
Antara details yang saya perlukan untuk daftarkan anda sebagai ahli ialah:
  • Nama Penuh Anda
  • No IC
  • Nama Pasangan
  • No IC Pasangan
  • Alamat Surat Menyurat
  • Alamat Emel
  • No Telefon
Selepas pembayaran, anda boleh hubungi saya untuk memberikan details di atas dan saya akan segera mendaftarkan anda sebagai ahli Shaklee.

2. Manakala cara yang kedua, jika anda membuat pembelian sehingga rm 700 atau dengan mata terkumpul 200, maka anda layak untuk mendapat keahlian secara percuma.
Dengan cara yang sama seperti di atas, selepas anda membuat pembayaran, berikan saya maklumat seperti di atas dan saya akan mendaftarkan anda dengan segera.Jika berminat untuk mendapat keahlian percuma, usahakan untuk kumpul order dari kawan-kawan dan keluarga InsyaAllaah tini akan uruskan pendaftaran anda sebagai ahli.

Akhir sekali, jika anda berminat untuk berniaga, ayuh sertai kumpulan tini dan kita sama-sama menggembleng tenaga, buah fikiran dan  ilmu untuk sama-sama berjaya dalam bisnes kita.

Jadi jangan bertangguh lagi untuk menjadi ahli keluarga Shaklee.Tini akan sentiasa membantu anda


KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140



Monday, 20 April 2015

CARA MENGATASI RAMBUT GUGUR: RAMBUT LEBAT, HITAM BERSINAR

Masalah keguguran rambut melanda setiap orang tanpa mengira jantina, bangsa mahu pun warna kulit. Keguguran rambut boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Untuk mengetahui cara mengatasi rambut gugur, adalah penting untuk kita mengetahui dan mengenali punca-punca berlakunya masalah keguguran rambut.

PUNCA KEGUGURAN RAMBUT

1. Kekurangan nutrisi lengkap terutamanya Zink.
Masalah keguguran rambut selalu dikaitkan berlaku kerana kekurangan mineral Zink. Namun demikian, keguguran boleh berlaku akibat pengambilan diet harian yang tidak seimbang sehingga menyebabkan kekurangan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh badan.



2. Hormon
Wanita sering dikaitkan dengan masalah hormon iaitu sama ada semasa mengandung, selepas melahirkan mahu pun menghampiri menopaus. Keadaan hormon yang tidak stabil ini mengganggu keupayaan rambut untuk bertahan. 

3. Ubat-ubatan
Bagi lelaki pengambilan ubat-ubatan seperti anti depression, ubat pencair darah dan sebagainya menyumbang kepada keguguran rambut. Manakala bagi wanita yang mengamalkan pil perancang masalah keguguran rambut berlaku akibat ketidakstabilan hormon.

4. Tekanan
Bagi anda yang terdedah dengan persekitaran yang huru hara, kesibukan yang melampau, beban tugas yang bertimbun menyebabkan anda berdepan dengan masalah tekanan daripada persekitaran. Tekanan yang melampau juga boleh menyumbang kepada masalah keguguran rambut yang teruk.

CARA MENGATASI RAMBUT GUGUR

1. Pati santan
- sediakan air perahan kelapa daripada air suam.Agak-agak je supaya santan yang diperolehi pekat atau kita panggil sebagi pati santan.
- Ketika mandi, basahkan rambut. Kemudian ratakan pati santan tadi ke seluruh kulit kepala.
- tutup kepala dengan tuala kering selama 30 minit.
- Bilas rambut dengan air suam selepas 30 minit
- Ulangi kaedah ini sebnayak 3-4 kali seminggu


2. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya.
- Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. 
- Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. 



3. Produk Shaklee

  i.  Zink kompleks- menguatkan rambut sehingga ke akar
ii.   ESP- rambut kita dibina daripada protein. Pengambilan ESP membantu membina sel baru bagi rambut yang lebih cantik
iii.  Revitalizing shampoo - diformulasi daripada humectants dan protein yang menjadikan rambut lebih kuat dan rambut sentiasa kelihatan lembap.
iv.  Lightweight Conditioner- menguatkan kekuatan rambut dan menjadikan rambut berkilat serta menjadikan rambut lebih tebal.
v.  Nourishing scalp treatment- mengandungi serum yang mudah diserap oleh kulit kepala.Melancarkan peredaran darah pada bahagian kulit kepala, menentang faktor persekitaran dan membekalkan nutrisi yang terbaik untuk kulit kepala anda.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi tini seperti di bawah ye.

KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140