Friday, 16 May 2014

hari guru dan shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sempena 16 Mei hari ini, tini nak ucapkan selamat hari guru untuk semua cikgu-cikgu seluruh Malaysia. Tahniah kerana bersabar dalam kerjaya kita sebagai guru.Semoga ada keberkatan dari Allah untuk kita atas setiap bakti yang kita tabur.

Bermula seawal pagi tini dah terima ucapan selamat hari guru dari rakan-rakan, keluarga dan pelajar. Terasa seperti satu perayaan pulak bila terima ucapan bertalu-talu, sangatt menyeronokkan. Alhamdulillah, tini pun sanagt bersyukur sebab tergolong dalam kelompok guru atau pendidik ni.

Mungkin jasa dan bakti cikgu sekarang tak lah dihargai sangat tak seperti dulu-dulu. Tapi kami warga guru tetap bersyukur kerana apabila menerima ucapan selamat hari guru dari pelajar serta pelukan dan tangisan pelajar di hari guru terasa diri dihargai.

Semoga tini dan semua cikgu akan tetap tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan sebagai guru. InsyaAllah yang baik sememangnya datang dari Allah. Untuk yang mencari-cari produk Shaklee di hari guru ini, jangan segan untuk menghubungi tini kerana khidmat kami untuk anda yang mementingkan kesihatan tanpa mengira harga sentiasa ada untuk anda.

Jika anda mencari-cari produk lesihatan, kecantikan, set penyusuan, set kehamilan dan sebagainya dari Shaklee, jangan bertangguh lagi utnuk menghubungi tini ye..luv u ols..

SELAMAT HARI GURU

kartini jusoh
971615
0139924660

Thursday, 15 May 2014

Herbal blend, krim ajaib serbaguna

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Berita gembira!!!!HERBAL BLEND KEMBALI MEMBANJIRI PASARAN!!!

sayang-sayang semua mesti dah biasa dengan masalah tumit pecah, masalah luka atau melecur, gatal-gatal kulit, ruam atau ekzema, pudarkan parut akibat campak(chicken pox) dan semua masalah berkaitan kulit.

Tini pun dah biasa dengar rungutan kawan-kawan tentang masalah yang tini sebut kat atas.Sebab itu, tini cadangkan kepada semua untuk memastikan herbal blend cream ni perlu sentiasa ada dalam rumah.Kenapa ye?sebab kita memang tak penag tahu apa yang akan berlaku setiap hari kan?luka semasa potong sayur, melecur semasa masak, anak-anak yang terjatuh semasa bermain, ruam dan gatal-gatal pada anak-anak atau pun anak-anak yang menghidapi ekzema.

Selain itu, herbal blend ni juga boleh dijadikan losyen untuk kulit kita.InsyaAllah tangan akan jadi lebih lembut.Kandungan semulajadi untuk menghasilkan herbal blend ini menjadikan ia krim yang [paling selamat digunakan tanpa mengira peringkat umur.

Nak tau bagaimana herbal blend?jom kita tengok gambar ni

jom bershaklee bersama tini ye..
tini jusoh
sms/whatsapp: 0139924660
https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Wednesday, 14 May 2014

ibu hamil dan kepentingan menjaga makan

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Hari ni tini sempat menulis awal sket kat blog ni.Sementara menunggu waktu balik, sempat la berkongsi ilmu dengan kawan-kawan semua. Hal yang tini nak sentuh ialah kepentingan makanan seimbang untuk ibu hamil.

Tini yakin ibu-ibu hamil memang dah tahu sangat bahawa pemakanan seimbang memang sangat penting bukan sahaja untuk ibu tetapi juga untuk bayi yang dikandung. Bahkan seorang wanita hamil memerlukan kandungan 300 kalori sehari berbanding sebelum mengandung.Banyak bezanya kan?

Tapi tini faham juga bila awal2 bulan kehamilan kan, kita memang tak dapat lari dari masalah alahan seperti muntah-muntah yang teruk sampai hilang selera makan.Cuma sebagai seorang ibu, kita kena usaha kan jugak supaya kita ambil makanan setiap hari walaupun dalam kuantiti kecil.

Antara yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita hamil ialah:-

  • makan semua jenis makanan yang boleh membekalkan nutrien selengkapnya pada badan.Apa yang dicadangkan ialah pengambilan 6-11 hidangan yang mengandungi bijirin, 2-4 hidangan buah, 4 hingga lebih hidangan untuk sayuran, 4 hidangan kalsium dan tiga hidangan protein
  • makan makanan yang tinggi fiber dan serat
  • minum atau makan hidangan yang tinggi kalsium antara 1000-1300mg kalsium
  • jangan lupa juga makanan yang tinggi iron ye
  • sumber vitamin C juga sangat penting ye termasuk pengambilan buah seperti oren dan sebagainya
  • jangan lupa juga untuk ambil makanan yang mengandungi asid folik kerana asid folik sanagt penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan
Berita baik untuk anda, Shaklee juga sebenarnya menawarkan satu set kehamilan yang mengandungi dan memenuhi keperluan nutrien untuk ibu-ibu hamil.
Untuk ibu yang sedang hamil juga anda boleh menambah hidangan anda dengan mealshake ye.Kenapa?Sebab mealshake adalah sumber multivitamin terbaik untuk anda yang memang mencari-cari nutrien untuk menjaga kandungan anda ye.

Jadi jangan tunggu lama2 ye.tini boleh bantu anda dengan memberikan konsultasi terbaik untuk anda sepanjang anda mengamalkan shaklee dari tini.

Selamat bershaklee
KARTINI BINTI JUSOH
0139924660

Tuesday, 13 May 2014

beranikah cuba mealshake untuk ekzema anak anda???

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Bulan April dah berlalu dengan cerianya, Rejab juga datang bersama Mei yang mengiring kita.Alhamdulillah, bulan yang penuh keberkatan ini Shaklee datang dengan promosi besar-besaran MEALSHAKES.

Promosi mealshake?ye.anda beli 6 canister mealshakes dan anda akan dapat 1 lagi canister mealshake percuma.Hoho..rugi kalau tak grab peluang ni.

Tini yang tengah mengandung ni hampir setiap hari ambil mealshakes sebab tini yakin kandungan multivitamin yang tinggi akan membantu memberi kesihatan yang baik untuk tini dan baby ni.Tapi tak nak lah cter yang tu.malam ni tini nak share tentang ekzema tau.

Ekzema atau keradangan kulit yang berlaku menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan dan ada sesetengah nya menyebabkan luka dan pedih yang berpanjangan.Kawasan kulit ekzema ini biasanya lebih gatal, kemerahan dan melepuh jika ekzemanya lebih teruk.

Kadang-kadang sedih juga tengok bayi-bayi yang menghidap ekzema kan.Rasa macam nak tolong tukar je kulit dia tu supaya tak payah lagi nak garu-garu sampai merah-merah.Ada sorang kawan tini yang pernah cerita yang anak dia ada masalah ekzema dan selalunya kat kawasan kepala,Kalau anak dia keluar rumah pakai topi dan berpeluh-peluh gerenti pastu kepala anak dia kemerah-merahan.Masa tu tini belum lagi join shaklee so tak tahu macam mana nak tolong dia.

Bila tini dah studi tentang ekzema dan shaklee ni baru tini tau ada beberapa produk shaklee yang boleh bantu atasi kerisauan ibu-ibu tentang masalah ekzema ni. Salah satu produk yang terbaik ialah mealshakes yang mana mealshakes membantu merawat kulit yang dijangkiti ekzema.

Tapi selain mealshakes, herbal blend juga adalah krim yang boleh disapu terus pada kulit anak-anak ekzema ni.Jom beranikan diri anda untuk mencuba mealshakes kepada anak-anak.Cuma satu sudu kecil je sehari tau.Boleh dicampur terus dalam botol susu anak-anak ye.Anak-anak ni memang tak kan perasan pun susu mereka dah tercampur

OK, NANTI KITA SAMBUNG SEMULA YE..

jangan segan kontek tini untuk order shaklee anda.Jika anda di Jerantut, penghantaran boleh dibuat untuk anda.

saya, SID terbaik anda,
kartini - 0139924660


Thursday, 24 April 2014

Cikgu vitamin dan pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahteta semua.
Hari ini dah 24 April ye.Hanya ada seminggu sahaja lagi promosi ostematrix bakal berakhir.rugi tau kalau tak grab laju2 promo ni.telan 4 biji ostematrix setiap malam, memang berbaloi!!!percaya lah..

OK, hari ni x mo cerita tentang shaklee tapi nak cerita sikit tentang anak2 pelajar tini.Sejak berpindah ke Jerantut dari Sarawak tini memang berharap dapat mengajar anak-anak kampung je.Kalau boleh tini nak bantu setakat yang mampu pelajar-pelajar kita supaya belajar dan jadi orang berguna.

Tini ni peringkat awal mengenali pelajar memang tini didik mereka dengan tegas sikit dan agak keras jugak.Tapi perlahan-lahan tini akan berlembut dengan mereka.Bukan apa, tini nak mereka tau tentang disiplin dan tanggungjawab.Then baru kita bina hubungan baik dengan mereka.Sebab tini percaya, disiplin dan tanggungjawab adalah kunci pada kejayaan setiap orang.

Sangat menyedihkan bila kita tengok pelajar kita sendiri yang tak menghormati guru, bercakap biadap dengan rakan-rakan dan yang paling tak best bila kita tenok pelajar kita bergeselan je tanpa mengira jantina. Terasa rendahnya nilai moral pelajar kita zaman sekarang.

Beberapa kes yang berlaku di sekolah semenjak dua menjak ni membuktikan betapa rapuhnya pegangan agama pelajar kita.Doa tini semoga mereka cepat-cepat insaf dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pelajar, anak dan hamba Allah dengan baik.

Ok, tini stop di sini dulu untuk malam ni.Entry malam ni pun hanya sekadar luahan rasa akibat rasa kecewa dengan beberapa kes pelajar dan remaja kita hari ini.

Tapi bagi mereka yang nak order Shaklee, terus hubungi tini ye..-0139924660

Wednesday, 23 April 2014

vitamin C dan kulit anda

Assalamualaikum dan selamat petang semua.Menjengah blog di petang hari sementara menunggu suami kesayangan pulang dari kerja.hihi

Pagi tadi seperti biasa rutin tini sejak mengandung ni ialah menelan sumber asid folik dan juga vitamin C. Merenung lama pada botol vitamin C menjadikan tini terfikir untuk berkongsi kebaikan vitamin C ni.Sejak tini amalkan vitamin C, esp, mealshake dan b kompleks semasa hamil ni tini memang perasan jerawat yang dulu begitu banyak di wajah sejak disahkan mengandung dah mula berkurangan.

Pernah juga dulu tini bertanya misi tentang masalah jerawat yang tak surut-surut sejak disahkan hamil.Misi cuma kata ini mungkin antara alahan yang tini hadapi dan perkara biasa juga yang berlaku pada sesetengah ibu hamil. Jadi, tini abaikan mutiara-mutiara jerawat tu menghiasi wajah sebab tini ingat ia memang perkara biasa.

Alhamdulillah, sejak kandungan empat bulan, tini dah mampu menelan semua suplement shaklee tanpa rasa loya dan tini perasan jerawat di muka berkurang. Tambah best lagi bila wajah jadi lebih cerah dan berseri!!Hehe..dah macam iklan fair & lovely pulak.

Vitamin C atau dikenali juga sebagai asid askorbik merupakan adalah antara faktor terpenting penghasilan kolagen secara semulajadi dalam badan.Pembentukan kolagen ini membantu pertumbuhan sel baru serta salur darah yang menjadikan kulit lebih sihat dan tegang!!!

Vitamin C juga merupakan sumber antioksidan yang memperlahankan tindak balas radikel bebas di mana ia dapat melambatkan proses penuaan pada kulit.WOW!!!hebat kan vitamin C.

Vitamin C Shaklee juga menawarkan fungsi yang sama di mana vitamin C dihasilkan dari sumber semulajadi yang dijamin kualiti dan keberkesanannya. Jadi kerana itu juga tini yakin dan percaya pengambilan vitamin C yang tini amalkan sejak 2 bulan lepas adalah faktor kepada kulit berseri yang tini rasa sekarang.

Jom order vitamin C sekarang!!!

kartini-971615
0139924660

konsultasi sacara percuma juga disertakan dengan setiap pembelian produk Shaklee..

Tuesday, 22 April 2014

ostematrix dan anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Tini tak nak lagi cerita semua-semua teori berkaitan osteomatrix ni sebab tini yakin semua orang dah boleh google je kan tentang osteomatrix ni.Tini cuma teringin share cerita pengalaman tini mengamalkan ostematrix.

Sejak mengandung masuk enam bulan ni, tini memang tak dapat lari dari rasa mudah mengah dan letih di bahagian kaki.Mungkin kerjaya sebagai cikgu ni buat kita banyak berjalan dan naik turun tangga.Apa yang tini ingat tini takkan tinggalkan osteomatrix 4 biji sehari setiap malam sebelum tidur.Tambahan pulak, tini ni memang kurang minat minum susu.

dua minggu lepas, tini terpaksa attend sekolah walaupun cuti bujung minggu.Sekolah kami terpilih untuk dihadiri barisan pencetus ummah dari pihak astro.Jadual program yang padat menjadikan tini terkejar-kejar untuk membantu persiapan untuk majlis tersebut.Walaupun dalam keadaan berbadan dua dan kaki ni dah terasa macam tak boleh nak diangkat lagi, tapi tini gagahkan juga membantu kawan-kawan guru yang bertungkus-lumus sepanjang program berlangsung.

Malam Ahad tu, sebelum tidur tini rasa macam kaki ni dah nak membengkak.Suami pun dah tolong urutkan.Lenguh kaki sampai ke peha.Tapi dalam masa yang sama, tini memang tak lupa untuk telan 4 biji ostematrix sebelum melelapkan mata.Kalau esoknya tini masih tak larat, tini memang ingat nak ambil MC je sebab sangat-sangat penat.

Alhamdulillah, bangun pagi esok, lenguh dan kebas kaki memang dah berkurang dan tini boleh bangun dengan senang.Terasa macam tak percaya.Masa bangun tu rasa nak jerit-jerit nama suami nak bagitau kaki tini dah tak penat.hehe.

Alhamdulillah, walaupun tini tau semuanya dengan izin Allah, tapi tini tetap yakin Allah bagi pun sebab usaha tini yang amalkan ostematrix secara berterusan.Dan tini memang tak ragu-ragu lagi dengan kehebatan ostematrix sebagai pembekal kalsium terbaik ni.Anda semua pun boleh cuba sendiri tau.BERBALOI!!!

jom order Shaklee dengan tini-
kartini jusoh
971615
0139924660