Sunday, 13 April 2014

Jom jadi ahli shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...selamat pagi!!!

Alhamdulillah, hari ni tini sempat pulak menulis di pagi hari. Sebab malam tadi tidur awal sangat sebab kepenatan di sekolah. So hari ni tini menulis pagi la plak.kita ganti yang semalam..hihi.Dan sebab tidur awal sangat sebab penat, tini tak larat nak menelan ostematrix semalam.Kesannya tapak kaki memang terasa berat hari ni.Malam karang tini tak nak lupa lagi..terasa sangat lain bila terlupa telan ostematrix ni.

Pagi ni tini nak bercerita tentang keahlian Shaklee.Ramai yang kata saya bukan nak meniaga pun, beli untuk diri sendiri je.Ini lah persepsi yang salah dari kita.Walaupun yuran keahlian hanya rm 65 plus rm 10 untuk bayaran pos di semenanjung dan rm 20 untuk pos ke sarawak tapi sangat berbaloi.Kenapa?Kalau kita ni memang pembeli tegar Shaklee setiap bulan, keahlian yang kita perolehi adalah seumur hidup selagi kita aktif menggunakan nombor keahlian kita.Tak kira lah kita beli produk Shaklee untuk diri sendiri atau pun untuk kawan-kawan dan ahli keluarga.

Lagi pun, harga yang ditawarkan adalah jauh berbeza antara harga ahli dan harga bukan ahli.Jadi memang tak kan rugi kalau kita join keahlian Shaklee.Kadang-kadang dengan harga keahlian ni, kita lebih senang nak beli produk Shaklee tanpa berkira. Bukan aje beli untuk diri sendiri kadang-kadang untuk mak ayah pun tini dah tak teragak-agak pun nak belikan suplement Shaklee pada mereka.

So, sape kata join Shaklee tak berbaloi...Nex time tini cerita keahlian untuk meniaga pulak ye..lagi menarik tau.Hubungi tini untuk suplement Shaklee anda!!!




HUBUNGI TINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT..
KARTINI JUSOH
0139924660





Saturday, 12 April 2014

migrain dan shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni seharian di sekolah sebab bersama-sama meraikan semua tetamu jemputan pencetus umah astro yang sudi berkampung di sekolah kami.Yang seronoknya semua yang datang memang ramah dan baik-baik belaka.

Beberapa hari ni juga tini update blog dengan story-story migrain dan malam ni adalah kemuncaknya.hihi..mungkin ada lagi sambungan nya akan datang.kita tunggu dan lihat ok..

So malam ni sekali lagi tini perkenalkan dalam mengatasi maslah migrain, anda dinasihatkan untuk mengenalpasti punca kesakitan kepala melampau anda.Jika disebabkan oleh stress, maka jangan lupa untuk selalu bertenang dan menghadapi hari dengan lebih ceria.Masalah memang akan selalu datang dan pergi tapi hanya kita sahaja yang boleh mengawal masalah.Tapi jika disebabkan oleh pemakanan, awasi pemakanan kita dengan baik. Amalkan juga makanan tambahan yang boleh membantu mengatasi migrain anda.


Di pihak Shaklee, kami menawarkan dua makanan tambahan atau vitamin terbaik untuk anda.iaitu gabungan b-kompleks dan ostematrix.Dengan harga ostematrix yang sedang dalam promosi ini, pastinya sangat menguntungkan jika kita mendapatkan ostematrix dengan harga lebih murah.Pembelian enam ostematrix akan memberi anda peluang untuk memiliki keahlian shaklee percuma, free sebotol lagi ostematrix dan cashback pada bulan Mei akan datang!!!


HUBUNGI TINI UNTUK MENDAPATKAN VITAMIN TERBAIK ANDA..
TINI-0139924660

Friday, 11 April 2014

Bagaimana ostematrix membantu mengatasi migrain.



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Frust rasanya bila semalam tak sempat nak update blog tini ni.Semalam internet betul-betul tak bersimpati dengan saya, langsung tak dapat dibuka.huhu.

Tapi malam ni tini nak sambung lagi bagaimana ostematrix boleh mengatasi masalah migrain.Apa yang terkandung dalam ostematrix ni sehingga begitu istimewa untuk semua terutamanya kepada yang menghadapi masalah migrain.

Salah satu nasihat pakar bagi mengatasi masalah migrain adalah rehat yang cukup dan elakkan stress.So bagaimana ostematrix membantu kita?Kandungan utama ostematrix ialah Kalsium, Magenesium dan vitamin D.Kalsium seperti yang kita tahu sememangnya bagus untuk tulang kita.Namun, ostematrix didatangkan dengan Vitamin D yang akan membantu meningkatkan lagi kadar penyerapan kalsium dalam badan dengan sangat baik.Hasilnya anda akan tidur dengan lena pada waktu malam dan pastinya mendapat rehat yabg secukupnya bahkan keperluan tidur yang dipenuhi sempurna akan mengelakkan kita dari maslah stress.

Manakala Magnesium yang hadir turut mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang kita.Maka ostematrix dijamin dapat meningkatkan kekuatan tulang kita.

Pengalaman tini sendiri yang mengamalkan ostematrix sepanjang kehamilan ni akan meyakinkan anda.Tini menghadapi masalah kebas pada tapak kaki hampir sepanjang masa.Tambahan pula dengan usia kandungan yang makin meningkat.4 biji ostematrix setiap malam sebelum tidur menjadikan badan tini lebih cergas untuk bangun pagi dan yang palin penting kebas di kaki berkurang.Memang ada perbezaan jelas kalau tini terlupa nak telan ostematrix pada waktu malamnya.

Sempena promosi sepanjang bulan ini, jangan lepaskan peluang untuk memiliki ostematrix ye.bukan sebotol tapi boleh beli berbotol-botol untuk simpanan kita.Jom PEKENA OSTEMATRIX SEBELUM TIDUR!!

Hubungi tini untuk mendapatkan ostematrix anda!!!

tini jusoh- 0139924660

Wednesday, 9 April 2014

migrain dan punca-puncanya

Assalamualaikum gojes-gojes semua..

Jam dah berdetik ke pukul 11.17 malam.Malam ni pun masih terasa panas.Tapi suasana dah sunyi sepi.Alhamdulillah, ada lagi ruang masa untuk tini berkongsi cerita di sini.

Semalam dah sentuh sikit tentang migrain. Tapi disebabkan rasa cam tak cukup puas je dengan maklumat yang tini share malam tadi tini sempat lagi menambah pengetahuan dengan melayari punca-punca utama migrain ni.Migrain atau sakit pada bahagian sebelah kepala yang sangat kuat pastinya menyebabkan kita menjadi sangat tidak selesakan?

Migrain, seperti yang dibincangkan semalam adalah kerana keadaan salur darah pada otak yang mengembang dan mengecut dengan tidak sekata.Otak akan menjadi sangat sensitif terhadap beberapa rangsangan tertentu seperti cahaya dan bau yang sangat kuat.

Satu kajian yang lebih kuat menyatakan biasanya migrain dihadapi oleh wanita.Hampir 2/3 pesakitnya terdiri daripada wanita. Laporan pakar kuat menyatakan bahawa perubahan hormon yang berlaku ke atas wanita antara punca utama sakit kepala yang sangat kuat ini. Mengikut kajian juga wanita akan mengalami migrain apabila menghadapi tempoh kematangan atau akil baligh dan semakin berkurang sehinggalah ke tempoh menopaus.

Namun demikian, antara punca-punca lain juga ialah akibat tekanan yang melampau, aturan makan yang tidak tetap sehingga menyebabkan kelaparan, perubahan pada corak tidur dan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat dan tidak seimbang.

Mungkin jika kita melakukan perunahan dengan menjalani gaya hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan, senaman dan hidup dengan tenang dan lapang boleh mengurangkan masalah migrain yang dihidapi.

Apa pun usaha yang kita lakukan, jangn lupa untuk berdoa dengan Allah agar dikurniakan kesihatan yang baik dan menjadikan hambaNya yang sihat untuk melaksanakan ibadah kepada Allah.

# hidup sihat dengan Shaklee# hubungi tini# 0139924660


Tuesday, 8 April 2014

migrain dan tips mengatasinya

Assalamualaikum dan selamat malam semua..

Siang tadi tini berbual-bual dengan kawan-kawan.Tapi bila dah terpacul perkataan sakit kepala dari mulut seorang teman terfikir pulak pulak nak berkongsi sedikit maklumat tentang migrain.So malam ni kita bincang sama-sama ok.

Tini teringat seorang sahabat senior semasa di sekolah dulu.Dia memang ada migrain yang teruk.Painkiller pill memang xboleh tinggal.Tapi memang kesian sangat tengok.Kadang-kadang dia hentak kepala ke dinding sebab tak tahan sangat sakit kepala.

So malam ni jom kita share sikit antara punca-punca masalah migrain ni.Dan tini alu-alukan sebarang petua yang boleh dikongsi bersama untuk mengatasi masalah migrain ni.Mana tau dengan petua anda tu boleh menambahkan pahala kita bersama kan.

Satu artikel yang tini baca, migrain ni sebenarnya berlaku apabila berlakunya pengembangan dan pengecutan pada salur darah sehingga merembeskan bahan kimia tertentu pada sel otak.Namun punca sebenar memang masih dikaji dan biasanya migrain ini akan dirujuk sebagai penyakit warisan iaitu dari genetik keluarga terdekat.

Sehubungan itu, pakar memutuskan bahawa walaupun punca utama secara saintifik tidak dapat dikenalpasti dengan tepat namun pesakit migrain boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan beban penyakit migrain mereka.

Antara langkah-langkah yang disyorkan ialah:-

  • memastikan tidur dan rehat yang mencukupi.Kekurangan atau terlebih tidur boleh menyumbang kepada masalah sakit kepala.
  • ambil makanan secukupnya dengan mengelakkan perut terlalu lapar atau terlalu kenyang.
  • elakkan dari sinaran lampu yang sangat terang, bunyi yang sangat bising atau bau yang terlalu kuat
  • elakkan pengambilan alkohol dan kafein yang berlebihan.
  • bagi wanita, semasa kitar haid perubahna hormon yang berlaku juga boleh menjadi sebab sakit kepala yang amat.
Selain itu, Shaklee juga menawarkan produk rangkain untuk mengatasi masalah migrain ini. Kami mencadangkan anda untuk mencuba sendiri B-kompleks dan juga ostematrix. Sempena promosi April ni, ostematrix boleh diperolehi dnegan harga lebih lumayan.




HUBUNGI TINI SEGERA..
kartini jusoh
0139924660





Monday, 7 April 2014

Promosi APRIL ini!!!OSTEMATRIX

PRAY FOR MH370

Assalamualaikum sayang-sayang semua.
Berbulan tini bercuti semata-mata alahan mengandung yang teruk dengan pelbagai lagi cabaran kehidupan.Alhamdulillah, ALlah beri kekuatan untuk menulis malam ni.tini sudah sangat rindu untuk menulis..yeah!!!

Sebenarnya tini teruja sangat bila tahu promo bulan ni ialah ostematrix.Ini vitamin wajib tini ni dan memang tini syorkan untuk semua wanita yang sayangkan diri masing-masing untuk cuba ostematrix ni.

Kenapa tini kata patut cuba?Allah..sebiji ostematrix ni bersamaan dengan kalsium yang ada dalam segelas susu tau!Tini mengaku tini pun dah sangat muak asyik minum susu tiap-tiap malam kan.Tapi dengan mengambil 4biji ostematrix setiap malam sebelum tidur, dah cukup memenuhi keperluan kalsium untuk badan kita.

Anda mengandung????Jangan risau, ostematrix ni lah antara vitamin wajib yang kami syorkan.InsyaAllah kebas-kebas di kaki akan mudah lega dengan pengamalan ostematrix setiap malam.
Jadi, kami syorkan ibu-ibu hamil untuk rebut peluang keemasan ni sempena promosi ostematrix bulan ini.


PROMOSI HEBAT!!!!OSTEMATRIX!!!
BELI 6 PERCUMA 1; ANDA JUGA LAYAK MENJADI AHLI SHAKLEE SECARA AUTOMATIK DENGAN PEMBELIAN SEMASA PROMOSI NI.ITU JE??ADA LAGI...ANDA JUGA LAYAK UNTUK DAPAT CASHBACK PADA BULAN DEPAN..

jom hubungi tini untuk maklumat lanjut ye..
tini jusoh-013 9924660

Wednesday, 8 January 2014

Kembali dengan Shaklee

Assalamualaikum semua..

Doa tini semoga kita semua sihat dan dalam lindungan Allah.Dah terlalu lama tidak menjenguk blog sendiri.Sejak doktor sahkan kehamilan tini beberapa minggu lepas keadaan kesihatan memang tidak mengizinkan. Mungkin alahan ibu mengandung kali pertama memang teruk sikit kan.

Alhamdulillah, walaupun masih alahan, tapi sekurang-kurangnya tini dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan semasa memandangkan dah masuk 9minggu usia kandungan ni.

Cukup kuat rupanya ibu-ibu yang terpaksa menghadapi alahan kali pertama ni apa lagi berjauhan dengan suami.Kekuatan mental dan fizikal memang satu cabaran kan?Apa pun tini bersyukur kerana sokongan suami dan rakan-rakan di sini banyak membantu tini menghadapi keadaan semasa.

Semoga Allah bagi tini kekuatan untuk teruskan perjuangan dalam Shaklee walaupun keadaan diri yang masih lemah.Luv u all

KARTINI JUSOH
SHAKLEE ID: 971615
FON:013 9924660