Saturday, 22 August 2015

Nutriwhite Untuk Kulit bersih Mulus dan Bebas Jerawat dan Jeragat?

Assalamualaikum dan salam merdeka sehati sejiwa. Tagline paling glamer Ogos ni ialah sehati sejiwa.Alhamdulillah.

Sebenarnya malam ni tini nak sharekan satu rangkaian produk kecantikan kulit yang Shaklee perkenalkan khas untuk wajah yang bebas dari sebarang masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan kulit kusam. Nutriwhite sebenarnya satu jenama yang mempunyai rangkaian produk yang sangat baik dan memberi kesan yang terbaik untuk kulit kita. 

APA YANG MEMBEZAKAN NUTRIWHITE DENGAN PRODUK KECANTIKAN LAIN

  • Dibangunkan oleh saintis dan pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat
  • Mengambil masa tiga tahun untuk membanngunkan produk ini
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah dan diperolehi dari 16 buah negara
  • Menjalani ujian klinikal secara menyeluruh
  • Ramuan yang memberi kesan optimum kepada pengguna
  • Selamat dan berkesan
  • Gabungan 16 nutrien botani
  • Membantu menghasilkan kulit yang lebih putih, lebih cerah dan berseri
KANDUNGAN UTAMA RANGKAIAN PRODUK NUTRIWHITE

1. BEARBERRY- mengurangkan keradangan
2. KACANG SOYA - mencerah, melembut, melembab dan mengurangkan tompok
3. SKULLCAP - meringankan dan mengurangkan keradangan
4. BEECH TREE - meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
5. STRAWBERRY BEGONIA - mencerahkan dan memudarkan pigmentasi
6. MULBERRY - mencegah kerosakan kulit akibat cahaya matahari dan melembabkan kulit
7. PEONY- mencerahkan, melembabkan dan mengurangkan keradangan
8. ROSEMARY - mengetatkan, merangsang dan mengurangkan keradangan
9. ALOE VERA - melegakan, melembapkan dan keradangan
10. MOUNTAIN ARNICA - mengurangkan keradangan
11. CAT'S CLAW - menegangkan dan menyegarkan 
12. KUDZU LEAF & ROOTS - Menegang dan mengurangkan kerangan
13. LINDEN - menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalam
14. MARSHMALLOW - melembapkan dengan tanin
15. SEAWEED - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan
16. GREEN ALGAE - Menyahtoksin dan melembapkan



BAGAIMANA NUTRIWHITE MEMBERI KESAN EFEKTIF KEPADA KULIT KITA

1. MENGHALANG
- Nutriwhite mampu melindungi dan memberi pencegahan kepada kulit daripada sinar UV dan cahaya matahari yang boleh merosakkan dan menjadikan kulit gelap.

2. BERKURANGAN
Mengurangkan pigmwntasi atau bintik hitam pada wajah dan memberikan kesan kulit yang cerah dan bercahaya. Bahkan kulit berseri tanpa cela.

3. MENYEKAT
Rangkaian nutriwhite juga boleh menghalang pembentukan tompok-tompok hitam yang boleh mencacatkan kemulusan kulit anda. 

4. MENCERAH
Perlindungan dari melanin boleh membawa kepada wajah yang mempunyai warna sekata dan cerah

5. MEMPERBAHARUI
Sel-sel kulit mati akan dikeluarkan dan mencegah pori yang tersumbat. Kesannya wajah lebih cerah dan berseri


RANGKAIAN PRODUK NUTRIWHITE


1. NUTRIWHITE ACTION MAKE UP REMOVER
2. NUTRIWHITE GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER
3. NUTRIWHITE SOOTHING RADIANCE WHITENING ESSENCE'
4. NUTRIWHITE DAILY DEFENSE WHITENING ESSENCE
5. NUTRIWHITE SPOT WHITENING TREATMENT
6. NUTRIWHITE DAYTIME WHITENING LOTION
7. NUTRIWHITE OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM

Antara testimoni pengguna Nutriwhite:





Untuk mendapatkan set Nutriwhite, hubungi tini seperti di bawah. Berita baik untuk anda, free consultation akan diberi sepanjang anda mengamalkan semua produk Shaklee yang dibeli terus melalui tini..

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660
myself140383@yahoo.com





Saturday, 4 July 2015

Bagaimana Nak Terawih Sendirian di Rumah.

Bismillahirrohmanirrohim..

Ramadhan mulia dah masuk hari ke 17, membuatkan tini sayu dan rindu untuk berterawih ramai-ramai. Boleh berselawat beramai-ramai. Tadarus sama-sama dan moreh bersama-sama.Sejak ada anak kecil ni, rasa rindu pulak dengan suasana terawih beramai-ramai. Tapi insyaAllah, semoga dengan menjaga anak kecil ni akan memberikan tini peluang pahala seolah-olah berterawih beramai-ramai. Malam ni tini nak sharekan cara nak solat terawih sendirian.

Alhamdulillah, jika berkesempatan, tini gagahkan juga diri untuk solat terawih sendirian. Sementara anak tidur lena di sisi, tini berusaha menghabiskan 8 rakaat solat sunat terawih. Walaupun dilakukan bersendirian, sekurang-kurangnya dapat juga tini berterawih di bulan mulia ni. Kalau diikutkan penat badan boleh je tini tidur terus kan, tapi terasa sayang sebab ramadhan hanya sebulan kan..




BAGAIMANA NAK SOLAT TERAWIH SENDIRIAN DI RUMAH?

Sebenarnya solat terawih sendirian di rumah bukanlah terlalu susah. 1. Apa yang penting niat solat tu mesti untuk solat terawih. Dah tau macam mana niat untuk solat terawih?Ok, tini share kan ye


     "Sahaja aku solat terawih dua rakaat kerana Allah Taala"

Selepas takbir dan niat boleh terus solat seperti biasa.

2. Bacaan dalam rakaat
NAK BACA APA SETIAP RAKAAT?

Sebenarnya kita boleh baca seperti dalam solat sunat yang lain jugak. Contohnya; rakaat pertama baca surah Al Fatihah dan Surah Al-Kafiruun
Manakala rakaat kedua boleh baca surah Al Fatihah dan Al-Ikhlas. Kemudian, selesaikan solat seperti biasa.

3. Selepas salam, boleh teruskan solat terawih untuk menggenapkan rakaat sebanyak 8 rakaat, 16 rakaat dan 20 rakaat.

PERLU KE BACAAN SELAWAT JIKA SOLAT BERSENDIRIAN?


Sebenarnya boleh je selawat sendiri. Tetapi kalau tak nak baca selawat selepas setiap kali solat terawih pun tak apa.Bukan suatu tuntutan pun.

4. Salam dan doa. Doa tu boleh je baca doa masing-masing tak payah hafal doa yang panjang.Jiamtkan space memory.,hihi.

Ok, kan dah selesai?senang je kan. Cuma kita je mampu ke tak mampu nak habiskan solat terawih sehingga ke minggu terakhir.

BADAN PENAT DAN LETIH SAMPAI TAK BOLEH TERAWIH?

Biasanya kalau customer tini menghadapi masalah seperti di atas, tini akan consult customer untuk dapatkan b kompleks, vitalea dan Ostematrix..


InsyaAllah masalah penat tu akan segera diatasi..InsyaAllah.
Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa tinggalkan komen anda

KARTINI BINTI JUSOH

971615

myself140383@yahoo.com

Friday, 3 July 2015

Tanda Anak Kenyang dan Cukup Susu Ibu

Bismillahirrohmanirrohim..Assalamualaikum..

Hari ni tini teringin nak share kan satu persoalan penting yang selalu berlegar dalam fikiran ibu-ibu terutamanya yang pertama kali menjadi ibu.Pernah tak semasa kita menyusukan anak kita, dan kita terfikir sama ada anak kita kenyang atau tidak minum susu kita.Atau adakah susu badan kita ni cukup dan boleh buat dia kenyang.Tini dulu pun sama jugak. bagi anak minum susu dan fikir cukup ke susu ni untuk anak umi.Jadi, jom kita kongsikan tanda-tanda yang anak kita kenyang dan dapat susu ibu yang cukup.



TANDA-TANDA ANAK KENYANG DAN CUKUP SUSU

1. Bayi menyusu untuk lapan hingga sepuluh kali sehari
2. Buah dada anda terasa lembut dan tidak tegang selepeas menyusukan
3. Kelihatan bayi menelan semasa menyusu
4. Kita menukar lampin sebanyak enam hingga lapan kali sehari
5. Pipi bayi tegang dan 'berminyak' atau nampak basah kerana cukup minum
6. Najis bayi anda berwarna gelap atau kuning gelap

AWAS!!!JIKA ANDA MERASAKAN BAYI ANDA KURANG MENDAPAT SUSU APABILA:

1. Bayi anda tidak mendapat berat badan yang lebih banyak dari berat lahirnya
2. Bayi anda selalu meragam dan cepat penat
3. Buah dada anda tidak merasa lembut selepas penyusuan
4. Anda tidak perlu menukar lampin sebanyak enam hingga lapan kali sehari
5. Muka bayi anda semakin kuning dan kelihatan tidak bermaya
6. Kulit bayi anda tetap berkerut walaupun selepas seminggu dilahirkan

APA PERLU ANDA BUAT JIKA BAYI ANDA TIDAK CUKUP SUSU

1. Apa yang penting, ibu mesti selalu menyusukan anak secara terus dari buah dada. Sentuhan terus antara mulut dan puting ibu akan merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak.
2. Sediakan jadual mengepam yang teratur dan konsisten setiap hari.Pastikan jadual tersebut diikuti!!
3. Banyakkan minum air suam sekurang-kurangnya 2liter sehari
4. Makan dengan banyak sumber karbohidrat, protein dan sebagainya untuk mempercepatkan penghasilan susu badan ibu
5. Dapatkan suplement untuk mengatasi masalah kurang susu.


Untuk anda yang menghadapi masalah kekurangan susu badan walaupun pelbagai usaha di atas telah diamalkan, jangan abaikan pesan say ni, Dapatkan suplement dari mana-mana kedai yang boleh merangsang pengeluran susu ibu. Shaklee menawarkan set menyusu premium iaitu set menyusu lengkap untuk menampung keperluan susu anak


Untuk mendapatkan set menyusu lengkap Shaklee, sila hubungi tini seperti di bawah

KARTINI BINTI JUSOH
971615
myself140383@yahoo.com
Fb: Tini kartini


Thursday, 2 July 2015

Bau harum bayi saya; pengalaman menjaga bayi pertama

Bayi dan bau nya memang diakui sangat menenangkan hati. Saya pun dah rindu dengan bau harum bayi. Maklum lah anak saya dah hampir setahun sekarang.Bau masam cukup kuat sekarang ni sebab asyik main dan berpeluh-peluh je. :)..Tapi saya tetap tenang melihat wajahnya.Tanpa sedar bau harum bayi saya makin jauh dari saya. Hampir setahun berlalu selepas kelahiran Azra, maka hampir setahun juga anakanda saya membesar dengan saya. Pengalaman pertama menjaga bayi sendiri masih sangat segar di memori saya. Saya hanya mampu tersenyum, kerana mengingati detik menjaga bayi pertama penuh rasa kekok, terkial-kial dan kepenatan yang melampau.


Sehari selepas dilahirkan, saya terus dibenarkan keluar dari hospital memandangkan anakanda saya tidak mempunyai apa-apa masalah. Kali pertama juga saya diajar menyusukan anak, pastikan latching yang betul untuk anak menyusu dan memegang anak sepanjang perjalanan balik dari hospital ke Besut untuk berpantang. Terasa seperti baru je berlaku semalam. Betullah kata orang, bila dah ada bayi, kita mesti nak cium dan cium mereka. Itu jugak yang saya selalu buat.Kenapa ye, bau harum bayi saya dan bayi anda selalu buat kita sebagai ibu menjadi tenang? Agaknya betul lah kata orang, bau bayi tu berasal dari syurga. Sangat menyenangkan.

Bermula pantang di Besut, saya dah mula berjaga malam. Menyusu tak kira masa. Bila dia tersedar je, saya suakan susu badan sebab saya rasa dia asyik nak susu je.hihi. :) 
Bermula episod masa tidur saya yang tak menentu. Azra pun memang nak dipeluk je masa tu.Mungkin suasana dunia yang sangat berbeza berbanding alam perut sahaja. Yang lagi best, nak pegang bayi pun masih kekok. Nak ambil bayi mesti dari tangan kanan je. Kalau sua bayi tangan kiri kompem tak berambik Azra ni.

Bila saya mula mandikan anak pertama saya? Selepas 2 bulan Azra lahir. 2 bulan sebelum tu, kakak saya akan mandikan. bayi pun memang kecil dan nak pegang sendiri terasa nya kekok.Itu belum cerita kalau Azra lapar ke, mengantuk ke..semua diberitahu melalui tangisan. So saya memang kena kenal bunyi-bunyi yang anak saya lagukan..Hihi.Semuanya merupakan satu proses pembelajaran dan pengalaman yang tak ternilai untuk kita.

Setiap hari, tiada hari yang berlalu tanpa bauan harum anak syurga saya. Dan setiap hari saya makin yakin untuk mempelbagaikan posisi saya semasa mendukung Azra. Perlahan-lahan juga saya cuba memahami Azra untuk setiap tangisan dan gerak balas badannya. Miracle..

ni antara gambar yang menjadi rujukan saya semasa berpantang. Senang nak agak bayi saya cukup susu atau tak. Alhamdulillah, berpantang di zaman moden ni memang best. Semua maklumat di hujung jari je. Alhamdulillah, sekarang Azra dah makin membesar dengan sihatnya.tak larat dah nak dukung dik..

Untuk anda yang sedang berpantang dan mencari supliment yang sesuai untuk mereka yang berpantang sama ada nak cari penyelesaian masalah sembelit, penat, tak cukup tidur, tambah susu badan, boleh pm terus dengan ti ni ye.

KARTINI JUSOH

971615

013 9924660


Bagaimana nak solat bila anak kecil menangis?

Selalu saya dengar kawan- kawan yang bercerita susah nak solat bila anak kecil mereka menangis.Saya tahu mereka bukan merungut, tapi biasa lah perempuan ni mesti nak share perasaan dengan kawan-kawan.I know lah..perempuakan.hihi.Tapi betul ke susah nak bersolat bila anak kecil menangis? Nak berhenti solat ke? Nak teruskan je dan biarkan anak kecil menangis ke? mmmh..tapi saya tahu, hati ibu memang mudah tersentuh tambah2 plak bab anak nangis ni.
Tahu tak kita ada kemudahan yang diberi Allah untuk bersolat apabila anak kecil kita menangis.

Comel tak baby yang ada dalam dukungan ibunya tu?Tu ialah gambar di mana ibu bayi ni sebenarnya tengah solat tau.Walaupun sedang memangku bayi, tapi kita masih dalam solat.

BAGAIMANA NAK SOLAT BILA ANAK KECIL KITA MENANGIS?

Abu Qatadah Al Ansari r.a menyampaikan hadis nabi Muhammad s.a.w

 Pada suatu hari aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjadi imam kepada orang ramai sambil mendukung Umamah binti Abu al-‘Ash di atas bahu beliau. Umamah ialah cucu beliau, anak kepada Zainab. Apabila beliau rukuk maka beliau meletakkan bayi itu, dan apabila beliau bangun dari sujud beliau mengembalikannya (di tempat asal ia didukung).” Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim. Hadis seumpama ini juga dilaporkan oleh Imam al-Bukhari dan al-Nasa'i.

Bermakna ada hadis yang menyatakan kemudahan yang boleh diambil oleh ibu-ibu untuk solt dengan cara mendukung anak kecil supaya anak kecil berhenti menangis.

PENERANGAN:-
Anak kecil yang menangis sewaktu kita solat menyebabkan kita dalam dilema sama ada meneruskan solat atau berhenti solat untuk menenangkan anak kecil kita. Sebenarnya ibu boleh megambil anak untuk berada dalam dukungan apabila anak kecil mula menangis.Apabila kita berada dalam keadaan qiam, anak akan berada dalam dukungan kita.Apabila kita mahu sujud, anak kecil itu mesti diletakkan dahulu.

Berikut adalah panduan yang lebih mudah untuk difahami.

 Selamat beramal ye ibu-ibu. InsyaAllah selepas ini akan dimudahkan anak-anak kita pulak untuk rajin solat.


Ada yang perlukan vitamin penambah tenaga?
Jom roger sama2 ye

KARTINI JUSOH
971615
013 9924660

Monday, 22 June 2015

Resipi pemanis mulut semasa berbuka puasa; Puteri Mandi.

Assalamualaikum semua. Setiap kali ramadhan datang, mesti akan ada keinginan tini untuk berbuka dengan kuih Puteri Mandi. Entahlah kenapa. Mungkin inilah kuih yang wajib ada dalam keluarga kami setiap kali Ramadhan datang. Bukan sahaja Puteri mandi, kuih Onde-Onde atau Buah Melaka pun memang sangatlah dekat dengan kami sekeluarga.

Sempena berbuka puasa hari keempat, tini dah set untuk menu Puteri Mandi ni. So dah pesan awal-awal dengan suami untuk belikan kelapa parut kat kedai. Kelapa muda sikit dan mesti dimesin cantik-cantik. Demand pulak kan?hihi.

Alaa..tak pernah dengar kuih Puteri Mandi ye? Famili kami panggil kuih Teri mandi je..keh2..unik kan?


Cantik tak kuih Puteri Mandi?Hehe..Jangan tertipu, itu gambar download dari Encik Google ye. Yang tini masak biasa-biasa je.Janji dapat suap ke mulut je..haha.

RESIPI PUTERI MANDI

untuk buat puteri ( biji)

1. tepung pulut - 2 cawan
2. tepung beras - 1/4 cawan
3. air
4. pewarna

untuk isi kelapa 

1. kelapa parut
2. gula
3. gula melaka (nisan)
4. garam
5. air
6. daun pandan

CARA MEMBUAT
1. Untuk mebuat kuihnya. Mula-mula masukkan tepung pulut ke dalam satu bekas. Kemudian tuang tepung beras ke dalam bekas yang sama. Gaul sekata.(saya lebih suka guna tangan)
2. Masukkan air masak sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung sambil menggaul adunan sehingga adunan tidak melekat ke tangan.Agak-agak ye sayang2. sebab tak boleh cair sangat nanti susah kita nak gentel. 
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(jika nak letak kaler yang berwarna warni. saya buat satu kaler je.So xpayah nak asing adunan). Masukkan pewarna yang anda sukai.
4. Kemudian, gentel bulat-bulat dan comel kemudian picit bahagian tengah supaya kuih kita dalam bentuk dwicekung. (eh betul ke bentuk tu nmanya cenggitu)..hehe
5. Rebus air dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan gentelan anda tadi ke dalam periuk. Apabila kuih anda timbul di permukaan air, maknanya puteri anda dah sedia untuk diangkat. 
6. Angkat menggunakan penapis santan atau penapis teh(atau apa-apa lah yang boleh keluarkan air) dan masukkan dalam semangkuk air sejuk supaya kuih puteri anda tak melekat antara satu sama lain

CARA MEMBUAT KELAPA

1. masukkan kelapa parut(kelapa jangan tua tau) ke dalam periuk yang berisi sedikit air, gula melaka dan gula. Kemudian campak sehelai atau dua helai daun pandan untuk membangkitkan bau yang best.Daun pandan ni simpul la dulu ye sebelum masuk dalam periuk. Gula Melaka tini masukkan 1 je. Kemudian tini tambah sikit je gula untuk bagi rasa manis sikit-sikit je. Kemudian tini tambah secubit je garam.
2. Kacau-kacau sehingga sebati dan kelapa nampak layu.
3. Tini sejatkan kuih puteri tadi dan masukkan ke dalam kelapa parut yang dah sedia masak..

Taraa..ni lah kuih yang tini masak. Guna pinky kaler gitu. Tapi tak cantik la sebab malas nak buat kaler yang bagai-bagai tu..hihi

Selamat mencuba..



Nak dapatkan produk Shaklee?? jom hubungi tini untuk harga menarik dan spesel tau

KARTINI JUSOH
971615
013 9924660

Sunday, 21 June 2015

Vitamin Cantik Untuk Kulit Cantik Berseri di Hari Raya

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua. Kata orang, wanita dan kecantikan tak boleh dipisahkan. Tapi itu kata orang dulu-dulu.Sekarang ni tak kisah dah lelaki ke perempuan ke semua mementingkan penampilan diri yang baik. Apatah lagi dah dekat nak raya ni mesti semua nak kulit cantik dan berseri kan. Sama la macam tini jugak..hihi.Rajin tau I makan vitamin cantik sekarang ni untuk kulit berseri di hari raya. Tau tak vitamin cantik yang boleh buat kulit kita cantik berseri di hari raya? Jap ye nak upload gambar yang comel ni.


Vitamin cantik yang tini maksudkan ialah VITAMIN E dan VITAMIN C.
Dulu tini dah pernah kongsikan tentang vitamin E dan vitamin C ni. Untuk refresh balik cuba sayang-sayang semua klik kat link yang tini sertakan ni.

1. Vitamin C dan Kulit anda. Sila KLIK 
2. Kebaikan vitamin E. Sila KLIK 


Sempena bulan Ramahdan yang mulia ni, promosi berganda untuk semua yang ingin kulit yang bebas jerawat serta putih berseri di hari raya tau. Pembelian vitamin E dan vitamin C dengan harga promosi serta penjimatan yang berlipat kali ganda tau. InsyaAllah vitamin Cantik ni akan bantu capai impian anda untuk dapatkan kulit cantik berseri di hari raya.

Di sini, tini nak sertakan bersama antara testimoni pengguna tegar Vitamin C dan Vitamin E. Apa yang penting, kena rajin dan konsisten untuk ambil setiap hari.









Hubungi tini jika berminat mendapatkan vitamin cantik untuk kulit cantik berseri di hari raya.Tini ada sesuatu yang istimewa untuk anda untuk setiap pembelian vitamin cantik di bulan ramadhan ni.


KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Thursday, 18 June 2015

Cergas sepanjang hari berpuasa semasa mengandung

Selamat menyambut ramadhan Kareem semua. Dah meniti hari kedua berpuasa kan?Sekejap je masa berlalu. Ok, hari ni tini nak share bagaimana cergas sepanjang hari berpuasa semasa mengandung. Kisah best tentang seorang pengguna Produk Shaklee yang tegar dan sangat konsisten sepanjang kehamilan beliau sehingga beliau mampu cergas sepanjang hari berpuasa semasa mengandung..Yang best lagi korang kena dengar sendiri efek terbaik bukan sahaja pada beliau tetapi juga pada bayi beliau. Hebat tau.



Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.

Tak semestinya kita hamil, kita akan jadi lemah dan lembik tak bermaya tau. Yang penting pengambilan produk Shaklee mesti konsisten. Bagi mereka yang berada dalam fasa pertama dan selalu muntah akibat alahan, jangan tunggu lama-lama untuk mendapatkan produk Shaklee. Pastikan badan sentiasa sihat sepanjang fasa alahan kita ni. Pastikan kita sentiasa cergas sepanjang hari berpuasa semasa mengandung.

Tini sertakan gambar set produk anda dapat cergas sepanjang hari berpuasa semasa mengandung.




Hubungi tini untuk mendapatkan set cergas sepanjang hari semasa mengandung

KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Thursday, 4 June 2015

GASTRIKS DAN CARA MENGATASINYA

Gastrik atau sakit dalam perut yang melampau berlaku disebabkan oleh kekalutan jadual makan anda setiap hari. Jika anda gagal untuk mematuhi jadual waktu yang teratur untuk sehari sahaja mungkin anda tidak merasai sakit gastrik tersebut. Namun, proses untuk gastrik itu berlaku mungkin sudah berlaku setiap hari kepada anda jika jadual makan anda selalu caca merba tau.

BAGAIMANA GASTRIK BERLAKU

Gastrik berlaku disebabkan oleh hakisan pada dinding perut akibat tindak balas jus gaster dan asid hidroklorik yang terdapat dalam perut. Jika anda skip makanan pada masa makan anda, asid yang berada dalam perut yang sepatutnya bertindak ke atas makanan bertindak ke atas dinding perut anda. Disebabkan makanan tersebut tiada dalam perut, maka asid tersebut bertindak balas ke atas dinding perut. Sebab tu lah kita duk asyik sakit perut kalau tak makan apa-apa kan? Jaqdi, lepas ni tak payah nak malas-malas makan lagi ye.

SIMPTOM-SIMPTOM GASTRIK

Bagi anda yang nak tahu apakah tanda-tanda atau simptom bagi pesakit gastrik, tini berikan beberapa tanda ye.

 * sakit pada ulu hati
 * rasa mual
 * kembung perut
 * muntah

BOLEHKAH DIRAWAT?

Jika anda ingin merawat gastrik, satu syarat yang paling penting ialah normalkan kembali masa makan anda. Jika anda terlalu sibuk, jangan abaikan masa makan kita. sampai masa makan, makan lah dengan segera sebelum masa makan anda tamat.

Jangan risau, gastrik masih bole dirawat dengan cara tertentu. Bahkan mengikut pengalaman tini masa tini di sekolah rendah.tini dibekalkan dengan ubat penahan sakit gastrik yang warna putih seperti susu tu. Itu lah alkali yang dibekalkan kepada pesakit gastrik untuk meneutralkan asid yang terdapat dalam perut.

Selain itu, Shaklee turut merasai kesakitan anda dan menawarkan satu set untuk mengatasi masalah gastrik.


terdapat tiga produk terbaik yang dicadangkan

 # b kompleks
 # ESP
 # ostematrix

         
Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.


KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Wednesday, 27 May 2015

Pantang Yang Menyeksakan. Usah sembelit lagi

Berpantang adalah tempoh masa di mana ibu-ibu yang baru melahirkan bayi akan berehat panjang kan? Dengan trauma di bilik bersalin semasa melahirkan, proses berpantang adalah satu proses merehatkan minda kita dari trauma jugak sebenarnya. Alhamdulillah, tengok je muka baby kita, sakit beranak terus hilang kan? Tu lah ajaibnya dunia kita sebagai wanita kan?Hihi. Tapi ada juga ibu-ibu yang menghadapi masalah sembelit sebaik sahaja melahirkan di mana mereka menghadapi kesukaran membuang air besar. Pengalaman tini sendiri kan, selepas bersalin nak membuang air besar pun rasa takut. Seriau bila teringat jahitan yang terpaksa diterima di bahagian bawah untuk melahirkan anak.Nak membuang air besar pun mengadu ngan kakak sebab takut kan proses nak mengeluark najis boleh menyakitkan kita.Saya sangat takut untuk melalui pantang yang menyeksakan dengan masalah sembelit. Huhu.

Alhamdulillah, selepas mendengar sendiri video yang saya dapat ni, saya sangat yakin untuk mencuba Set bersalin Shaklee yang terdiri daripada, Zink Kompleks, Vitamin C, B Kompleks, Vitalea dan saya ambil tambahan ESP.




Alhamdulillah, saya memang tak menghadapi masalah sembelit. Walaupun untuk cuba membuang air besar buat kali pertama selepas bersalin tu memang agak menakutkan saya tapi selepas berjaya menahan bersungguh-sungguh selama tiga hari, nak tak nak terpaksa juga saya keluarkan. Haha. Sungguh sadis saat itu bila dikenang. Alhamdulillah, selepas proses pertama saya lalui dengan lancar, barulah saya yakin bahawa saya memang tidak menghadapi masalah sembelit. Mungkin kerana saya amalkan set berpantang Shaklee tu secara konsisten maka saya tak berdepan dengan masalah sembelit. Jom kita dengar apa kata pengguna set berpantang Shaklee yang berjaya mengatasi sembelitnya.


Jika anda berminat untuk mencuba set berpantang Shaklee yang hebat ini, jangan lupa dan segan untuk mkenghubungi tini.Konsultasi percuma untuk semua pelanggan tini sepanjang anda mengamalkan produk Shaklee.

KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Tuesday, 26 May 2015

Bertungku Kaedah Semulajadi Yang Jimat Untuk Kekal Sihat

Bertungku memang sebenarnya sinonim dan sangat dekat dengan Masyarakat Melayu. Sebut je tungku memang fokus kita mesti kata untuk orang dalam pantang kan?Ye la, macam tini ni hah, hanya semasa berpantang la pandai bakar tungku sendiri dan bertungku untuk jam-jam tertentu. Sebenarnya bertungku adalah kaedah semulajadi yang jimat untuk kekal sihat tau. Yang tak bestnya kita ni mana la ada kerajinan nak bertungku lama-lama walaupun memang dah tahu bertungku memang kaedah semulajadi untuk kekal sihat. Sudahnya memang kena marah kaw-kaw dengan kakak yang jaga tini semasa berpantang tu. ish..seronok gak bila ingat balik time berpantang. Ada sape-sape yang belum tahu ke kaedah bertungku ni kaedah yang jimat untuk kita kekal sihat? Jom kita share sama-sama.

Bertungku pada zaman dulunya menggunakan batu sungai, iaitu batu-batu yang boleh kita ambil di sungai. Atau kita boleh gunakan apa sahaja medium yang boleh menyerap haba dan haba tu pulak boleh tahan lama untuk diserap oleh badan kita. Ada juga yang menggunakan tungku besi sebagai medium untuk bertungku. Tapi apa pun medium yang anda guna untuk bertungku, yang penting anda bertungku dan sedar bahawa bertungku adalah kaedah semulajadi yang jimat untuk kekalkan kesihatan.



Tahu tak apa kita boleh dapat dari kaedah bertungku? Dah memang bertungku ni satu kaedah semulajadi untuk kekal sihat antaranya, bertungku berupaya memecahkan lemak-lemak di badan. Haba yang diserap ke bahagian tertentu seperti perut, peha dan pinggul memang mempunyai lemak yang banyak. Jadi, penyerapan haba yang baik di bahagian tersebut membantu memecahkan lemak di bahagian tersebut. Kira macam exercise jugak ye.

Selain itu, mengecutkan rahim dan mengembalikan kedudukan rahim ke tempat asal. Dulu tini tak faham juga istilah mengecutkan rahim. Sebenarnya sebagai wanita kita berdepan dengan risiko yang sangat besar jika rahim kita tidak mengecut dengan sempurna. Selepas melahirkan anak, memang doktor masukkan ubat supaya rahim kita cepat mengecut. Ada kes yang rahim tidak mengecut dengan baik walaupun uri dah terkeluar sepenuhnya boleh menyebabkan pendarahan yang sangat banyak. Biasanya wanita melahirkan akan kehilangan darah sebanyak 2-3 liter kan? Tapi untuk kes rahim yang tak mengecut sempurna ni, pendarahan berlaku berterusan sehingga ada wanita yang terpaksa dibuang rahimnya untuk menyelamatkan nyawa mereka. So, hati-hati ye kawan-kawan. Seriau tau kalau citer bab ni.Tapi ni memang realiti berlaku.Jadinya, bertungku lah sebab bertungku adalah satu kaedah semulajadi yang jimat untuk kekal sihat.

Bertungku dengan kaedah tertentu juga boleh mengekalkan kedudukan rahim agar sentiasa berada pada tempat yang betul. Pengalaman tini sendiri, tini berdepan dengan masalah buang angin yang tak henti-henti selepas 4-5 bulan melahirkan anak sulung. Badan pulak memang jadi sangat penat. Tini usahakan juga jumpa mak bidan, dan katanya kedudukan rahim tini jatuh sikit dan menekan salur tertentu sampai angin tak henti-henti keluar. So, mak bidan pesan rajin-rajin lah bertungku macam dalam p0antang tu supaya rahim sentiasa berada di tempat yang betul. Erm.. kan dah terbukti bertungku adalah kaedah semualajadi yang jimat untuk kekal sihat.

Untuk anda yang mencari suplement Shaklee untuk buang angin, kita mengesyorkan anda mengamalkan Ginger peppermint plus.



KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.KARTINI JUSOH


Sunday, 24 May 2015

Kenapa Makan Shaklee Tapi tiada Kesan?

Pemakanan vitamin Shaklee atau sebarang suplement bergantung kepada badan setiap individu. Keberkesanan setiap vitamin dan suplement bergantung kepada cara pengambilan yang tepat serta kesedaran pengguna untuk mengamalkan suplement dan vitamin mengikut amalan yang baik.Di sini tini ingin sangat berkongsi dengan kawan-kawan kenapa makan Shaklee tapi tiada kesan positif yang berlaku.

Shaklee telah melakukan kajian secara berterusan dalam usaha meningkatkan kualiti dan menjamin peningkatan keberkesanan produk Shaklee terhadap semua pengguna. Sejumlah peruntukan yang sangat besar dilaburkan untuk kajian, pembinaan kawasan ujikaji dan penghasilan bahan yang terbaik sepanjang pembuatan setiap produk Shaklee. Apa yang menjadi keutamaan Shaklee adalah supaya semua pengguna Shaklee akan mendapat kebaikan dari setiap produk yang dibeli dan diamalkan.

Antara penyebab Shaklee tidak berkesan kepada anda ialah:

1. Ambil Shaklee tapi tak ikut aturan
Setiap produk Shaklee yang dibekalkan oleh pengedar Shaklee perlu disertakan dengan tips pengguinaan yang lengkap. Sesetengah produk Shaklee mempunyai beberapa aturan yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan kesan yang optimum. Sebagai contoh, Alfalfa TIDAK BOLEH diambil bersama vitamin E dan GLA. Vitamin E akan menghalang penyerapan alfalfa. GLA juga mengandungi vitamin E yang tinggi, maka GLA juga tidak boleh diambil bersama Alfalfa.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mendapatkan produk Shaklee daripada distributor yang tepat agar anda dapat dibimbing sepanjang pengambilan Shaklee.

2. Ambil Shaklee tapi minum kopi dengan kerap
Pengambilan vitamin atau suplement adalah digalakkan diambil dalam tempoh masa yang jauh dengan sebarang minuman berkafein seperti nescafe, kopi dan sebagainya. Pengambilan vitamin Shaklee bersama minuman berkafein menghalang penyerapan vitamin yang baik  ke dalam badan.

3. Ambil Shaklee tapi tak nak minum air kosong
Pengamal Shaklee digalakkan untuk minum air kosong dengan banyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Pengambilan air kosong yang banyak membantu menyingkirkan toksin dalam badan sekaligus mempercepatkan proses penyerapan nutrien dalam makanan tambahan yang kita ambil. Jadi, jangan skip ye minum air kosong dengan banyak!!

4. Ambil Shaklee tapi Tak konsisten
Sayang-sayang semua, kalau dah beli suplement jangan malas amal tau. Adoi..asyik makan skip2 mana aci. Mana nak dapat kesan.hihi. Dulu masa tini amik Zink kompleks untuk kurangkan keguguran rambut, tini selalu curi tulang.amik 3,4 ari pastu lupa nak makan.Maklum la kena amik masa perut kosong.Mana tini ingat kalau dah kelam kabut siapkan anak ke rumah pengasuh pagi-pagi kan. Lupa, memang tak makan la.Pastu mula komplen rambut tetap gugur.Siap msg kawan bagitau.Sib baik kawan tini ni memang tau dah perangai tini.terus kena tembak, "Ko mesti makan skip2 kan?Biasanya ko ni malas bab makan suplemen ni."..kah-kah, nampak sangat la aku ni suka skip ubat ye.Sib baik vitamin C ngan b kompleks rajin telan, sebab pas breakfast terus telan. Jadi, kawan-kawan jangan skip telan vitamin ye. 

Ok, untuk anda yang baru nak berjinak-jinak ngan Shaklee, percayalah lambat atau cepat memang akan ada kesan positif untuk setiap vitamin yang anda ambil kecuali jika anda memang tergolong di kalangan mereka yang mengamalkan perkara di atas ye. So, selamat berShaklee dengan panduan yang betul ye. 
Untuk anda yang mencari-cari produk Shaklee, jangan segan utnuk hubungi tini ye.


KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Wednesday, 6 May 2015

TIPS ANAK PINTAR DAN SIHAT

TIPS ANAK PINTAR DAN SIHAT?? Pagi tadi di sekolah kami bercerita tentang anak-anak kami yang ada pada pelbagai peringkat usia. Sebagai ibu, memang kita mengharapkan anak kita membesar dengan sihat, pintar  dan berkebolehan. Rentetan cerita pagi tadi, malam ni tini nak share kan tips untuk anak kita membesar dengan pintar dan sihat.

Tetapi tips anak pintar dan sihat ini hanya akan kekal tanpa fungsi jika kita sendiri tidak menyebarkan ilmu ini kepada semua. 

TIPS ANAK PINTAR DAN SIHAT

1. Perbanyakkan ruang masa untuk kita bermesra dengan anak secara berkualiti
Anak yang mempunyai masa luang yang berkualiti bersama ibu bapa merupakan anak yang stabil emosinya, mudah reda kemarahannya serta seorang anak yang sangat pintar dari segi emosinya.

2. Bekalkan anak-anak dengan makanan yang seimbang dan berkhasiat
Anak-anak sangat memerlukan protein yang tinggi dalam tumbesaran mereka. Pengambilan protein serta zat makanan yang lain secara seimbang membantu pertumbuhan sel baru serta penggantian sel yang rosak. Ini sekaligus menjadikan anak kita sentiasa sihat dan bertenaga

3. Galakkan anak minum air kosong
Air kosong sebenarnya membantu dalam proses pengangkutan darah ke seluruh badan. Pengangkutan darah yang efektif akan membawa oksigen ke seluruh badan sehingga ke otak. Oksigen yang cukup untuk badan sebenarnya menyebabkan otak kita menjadi cerdas dan pintar.

4. Doa amalan harian
Pengamalan doa-doa dari ayat suci Al-Quran membantu melembutkan hati anak-anak dan membantu membentuk sahsiah diri.

5. Bekalkan vitamin yang sesuai
Pengambilan vitamin dan makanan tambahan lain turut membantu melengkapkan keperluan nutrien yang tidak mencukupi dalam badan. sekaligus dapat mengatasi masalah kekurangan nutrisi dalam badan.

Shaklee menawarkan satu set lengkap untuk anak-anak pintar dan sihat ini.




Di bawah ini pula adalah set bajet bagi anak pintar dan sihat.

Terpulang kepada anda untuk mencuba sendiri set yang sesuai untuk anak-anak pengarang hati. Untuk makluman lanjut, jangan lupa untuk menghubungi tini di talian-0239924660



KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Thursday, 30 April 2015

cara menghadapi pelajar malas belajar

Sebagai guru, tini tak dapat lari dari menghadapi masalah pelajar yang malas belajar.Baru semalam, terasa kecewa dengan pelajar kelas sendiri yang tidak hadir ke kelas tambahan.

Menghadapi pelajar yang malas belajar bermakna kita berdepan dengan pelajar yang datang ke sekolah tetapi tidak membawa buku teks dan buku tulis ke sekolah, hadir ke kelas tetapi tidak membawa alat tulis ke sekolah. Bahkan ada yang hadir ke sekolah tetapi hanya datang untuk berkawan dan bermain dengan rakan-rakan. Sebagai guru, pastinya kita mengharap pelajar yang berada di hadapan kita untuk mnyiapkan kerja rumah, membawa buku dan bersedia untuk belajar serta memberi perhatian semasa kita mengajar. Saya sangat stress bila dengar pelajar saya yang tak bawa buku dan alat tulis.Hua!!!.bukan takat stress tp sangat stress.

APA SAYA SELALU BUAT BILA MASUK KELAS MEREKA

Dulu bila stress saya suka makan.hihi.tpi bila memikirkan tahap metabolisme yang makin menurun sejak penambahan usia ni tini rasa perlu ada satu cara lebih berkesan untuk menghadapi pelajar saya yang malas belajar.

1. saya dah biasakan diri untuk tidak meletakkan harapan sangat tinggi pada mereka. cobtohnya bila saya bagi sepuluh soalan sebagai kerja rumah, jika mereka jawab untuk beberapa soalan dah dikira baik.

2. saya sediakan alat tulis untuk mereka sekurang- kurangnya sekotak pensel, gam dan pemadam.sekotak pensel? ye, dan saya pastikan mereka pulangkan balik selepas digunakan.

3. saya sediakan fotostat soalan daripada buku kepada mereka. jadi mereka tak perlu salin banyak- banyak untuk menjawab soalan.

4. saya mengelakkan diri dari stress dengan cara- cara di atas. lagipun saya tak mampu nak ubah sikap pelajar saya 100%, tetapi saya berusaha mendidik mereka sebaik mungkin dan dalam masa yang sama saya tidak mahu menjadikan diri saya stress.

5. namun demikian, tini stress jugak bila kadang-kadang bila ada sesuatu yang unexpected berlaku kan. tapi tini bersyukur rakan- rakan di sini memang saling menyokong.

Dalam marah, jelingan tetap terselit doa agar pelajar2 tini akan terus gigih berusaha.Itulah doa tini dalam marah- marah sayang pada pelajar-pelajar kita..

Oh ye kalau tini stress, tini selalu amalkan b kompleks.Kalau ada kawan- kawan yang nak cuba b kompleks boleh hubungi tini ye.






KARTINI JUSOH
0139924660