Wednesday, 23 April 2014

vitamin C dan kulit anda

Assalamualaikum dan selamat petang semua.Menjengah blog di petang hari sementara menunggu suami kesayangan pulang dari kerja.hihi

Pagi tadi seperti biasa rutin tini sejak mengandung ni ialah menelan sumber asid folik dan juga vitamin C. Merenung lama pada botol vitamin C menjadikan tini terfikir untuk berkongsi kebaikan vitamin C ni.Sejak tini amalkan vitamin C, esp, mealshake dan b kompleks semasa hamil ni tini memang perasan jerawat yang dulu begitu banyak di wajah sejak disahkan mengandung dah mula berkurangan.

Pernah juga dulu tini bertanya misi tentang masalah jerawat yang tak surut-surut sejak disahkan hamil.Misi cuma kata ini mungkin antara alahan yang tini hadapi dan perkara biasa juga yang berlaku pada sesetengah ibu hamil. Jadi, tini abaikan mutiara-mutiara jerawat tu menghiasi wajah sebab tini ingat ia memang perkara biasa.

Alhamdulillah, sejak kandungan empat bulan, tini dah mampu menelan semua suplement shaklee tanpa rasa loya dan tini perasan jerawat di muka berkurang. Tambah best lagi bila wajah jadi lebih cerah dan berseri!!Hehe..dah macam iklan fair & lovely pulak.

Vitamin C atau dikenali juga sebagai asid askorbik merupakan adalah antara faktor terpenting penghasilan kolagen secara semulajadi dalam badan.Pembentukan kolagen ini membantu pertumbuhan sel baru serta salur darah yang menjadikan kulit lebih sihat dan tegang!!!

Vitamin C juga merupakan sumber antioksidan yang memperlahankan tindak balas radikel bebas di mana ia dapat melambatkan proses penuaan pada kulit.WOW!!!hebat kan vitamin C.

Vitamin C Shaklee juga menawarkan fungsi yang sama di mana vitamin C dihasilkan dari sumber semulajadi yang dijamin kualiti dan keberkesanannya. Jadi kerana itu juga tini yakin dan percaya pengambilan vitamin C yang tini amalkan sejak 2 bulan lepas adalah faktor kepada kulit berseri yang tini rasa sekarang.

Jom order vitamin C sekarang!!!

kartini-971615
0139924660

konsultasi sacara percuma juga disertakan dengan setiap pembelian produk Shaklee..

No comments:

Post a Comment