Tuesday, 26 May 2015

Bertungku Kaedah Semulajadi Yang Jimat Untuk Kekal Sihat

Bertungku memang sebenarnya sinonim dan sangat dekat dengan Masyarakat Melayu. Sebut je tungku memang fokus kita mesti kata untuk orang dalam pantang kan?Ye la, macam tini ni hah, hanya semasa berpantang la pandai bakar tungku sendiri dan bertungku untuk jam-jam tertentu. Sebenarnya bertungku adalah kaedah semulajadi yang jimat untuk kekal sihat tau. Yang tak bestnya kita ni mana la ada kerajinan nak bertungku lama-lama walaupun memang dah tahu bertungku memang kaedah semulajadi untuk kekal sihat. Sudahnya memang kena marah kaw-kaw dengan kakak yang jaga tini semasa berpantang tu. ish..seronok gak bila ingat balik time berpantang. Ada sape-sape yang belum tahu ke kaedah bertungku ni kaedah yang jimat untuk kita kekal sihat? Jom kita share sama-sama.

Bertungku pada zaman dulunya menggunakan batu sungai, iaitu batu-batu yang boleh kita ambil di sungai. Atau kita boleh gunakan apa sahaja medium yang boleh menyerap haba dan haba tu pulak boleh tahan lama untuk diserap oleh badan kita. Ada juga yang menggunakan tungku besi sebagai medium untuk bertungku. Tapi apa pun medium yang anda guna untuk bertungku, yang penting anda bertungku dan sedar bahawa bertungku adalah kaedah semulajadi yang jimat untuk kekalkan kesihatan.



Tahu tak apa kita boleh dapat dari kaedah bertungku? Dah memang bertungku ni satu kaedah semulajadi untuk kekal sihat antaranya, bertungku berupaya memecahkan lemak-lemak di badan. Haba yang diserap ke bahagian tertentu seperti perut, peha dan pinggul memang mempunyai lemak yang banyak. Jadi, penyerapan haba yang baik di bahagian tersebut membantu memecahkan lemak di bahagian tersebut. Kira macam exercise jugak ye.

Selain itu, mengecutkan rahim dan mengembalikan kedudukan rahim ke tempat asal. Dulu tini tak faham juga istilah mengecutkan rahim. Sebenarnya sebagai wanita kita berdepan dengan risiko yang sangat besar jika rahim kita tidak mengecut dengan sempurna. Selepas melahirkan anak, memang doktor masukkan ubat supaya rahim kita cepat mengecut. Ada kes yang rahim tidak mengecut dengan baik walaupun uri dah terkeluar sepenuhnya boleh menyebabkan pendarahan yang sangat banyak. Biasanya wanita melahirkan akan kehilangan darah sebanyak 2-3 liter kan? Tapi untuk kes rahim yang tak mengecut sempurna ni, pendarahan berlaku berterusan sehingga ada wanita yang terpaksa dibuang rahimnya untuk menyelamatkan nyawa mereka. So, hati-hati ye kawan-kawan. Seriau tau kalau citer bab ni.Tapi ni memang realiti berlaku.Jadinya, bertungku lah sebab bertungku adalah satu kaedah semulajadi yang jimat untuk kekal sihat.

Bertungku dengan kaedah tertentu juga boleh mengekalkan kedudukan rahim agar sentiasa berada pada tempat yang betul. Pengalaman tini sendiri, tini berdepan dengan masalah buang angin yang tak henti-henti selepas 4-5 bulan melahirkan anak sulung. Badan pulak memang jadi sangat penat. Tini usahakan juga jumpa mak bidan, dan katanya kedudukan rahim tini jatuh sikit dan menekan salur tertentu sampai angin tak henti-henti keluar. So, mak bidan pesan rajin-rajin lah bertungku macam dalam p0antang tu supaya rahim sentiasa berada di tempat yang betul. Erm.. kan dah terbukti bertungku adalah kaedah semualajadi yang jimat untuk kekal sihat.

Untuk anda yang mencari suplement Shaklee untuk buang angin, kita mengesyorkan anda mengamalkan Ginger peppermint plus.



KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.KARTINI JUSOH


No comments:

Post a Comment