Monday, 20 October 2014

Cabaran berblog hari kelima: Resipi anda

Aiyok..tengok tajuk pada cabaran hari ni buat aku termenung.tau tak nape?hihi.sah-sah aku ni tak pandai masak sangat.Biasanya kalau nak masak mesti rujuk internet dulusebagai panduan.Tapi dek kerana cabaran hebat hari ni aku gagahkan jugak mengingat resipi yang aku belajar dari sahabat di Sarawak dulu.

Ok, nama resipi yang aku pilih ni ialah Daging Masak Hitam Sarawak.
Bahan-bahan:
1. daging yang dipotong
2. serai
3. halia
4 .kicap manis
5. kicap masin
6. bawang merah
7. bawang besar dimayang
8. bawang putih
10. sos cili/tomato
11. sos tiram

Untuk sukatan korang boleh la agak2 ye.tapi biasanya resipi lebihkan sikit serai supaya umpphhh nya bertambah.hihi

Cara memasak

1. kisar bawang merah, bawang besar,serai dan halia
2. Masukkan semua bahan kisar ke dalam satu bekas yang agak besar .
3. Kemudian masukkan daging yang telah dipotong ke dalam bekas bersama bahan kisar ye.
4. Kacau bahan kisar dan daging dan kemudian tambahkan kicap manis dan kicap masin untuk perapan lebih baik pada daging
5. Biarkan hasil perapan lebih kurang 15 minit dan kemudian sedia untuk dimasak
6. Masukkan semua bahan perapan tadi ke dalam kuali dan biarkan air mendidih untuk melembutkan daging. Proses ni biasanya tini ulang2 selalusekurang-kurangnya tiga kali daging tu mendidih.Bukan apa kan, nak mudahkan daging tu lembut.
7. Apabila bahan perapan bersama daging tadi serasi, tambahkan sos cili dan sos tomato dan juga bawang besar yang dimayang
8. Kalau nak rasa masam-masam sikit kita boleh tambhakna asam keping atau asam jawa.(Tapi yang ni tak ada dalam resipi daging hitam Sarawak ye.hihi)
9. Bila dah mendidih dan kelihatan sekata, dah boleh rasa ye.Kalau sedap boleh la angkat.Kalau tak, boleh tambahkan garam gula mengikut selera masing-masing.
10.Nak lagi best aromanya tini selalu masukkan daun limau purut supaya aromanya lebih sedap.

Taraaa..dah siap.gambar ehsan encik gugel ye.Sedap kalau dimakan dengan nasi putih yang panas-panas wei. So kalau korang berminat, boleh la try.Semoga nada berjaya!!

Shaklee ID-971615
kartini jusoh
0139924660

No comments:

Post a Comment