Thursday, 16 October 2014

CABARAN BERBLOG BERSAMA MENTOR SAYA; PENGENALAN DIRI

HARI PERTAMA:
Hari pertama cabaran blog saya ialah pada hari yang ke-16 bulan Oktober.tak pe lah agak ketinggalan dari yang lain tapi yang penting saya mencuba!!Hari pertama bermula dengan pengenalan diri saya sendiri.

Namaku ialah Kartini binti Jusoh, anak kepada pasangan Jusoh bin Ali dan Wan Kalthum Hj Muhammad. Saya ni dah jadi anak yatim sejak tiga tahun lepas selepas ibu kembali ke rahmatullah pada Syawal tiga tahun lepas.huhu.sedih ingatkan mok!!!Mak lahirkan aku di Besut, Terengganu pada 14 mac 1983.Dulu-dulu beranak kat umah je ye..hihi.

Ini adalah gambar-gambar terakhir arwah mak dengan ayah semasa umrah Mac 2011.Arwah mak pulak meninggal pada September tahun yang sama.huhu.bermula 2011 aku memang dah jadi yatim selepas mak pergi hanya kerana sakit perut sahaja.Dah janji Allah kan, sakit perut pun jadi asbab kuat untuk kita kembali menghadap Yang Esa.

Alhamdulillah, mak pergi semasa aku masih lagi bercuti di kampung.Jadi semasa mak meninggal aku masih di sisi beliau, belum lagi berangkat pulang ke Sarawak.Dulu 6 tahun lebih aku berkelana di Bumi Miri, Sarawak kerana tugas sebagai pendidik. Alhamdulillah, selepas kahwin ni, rezeki beralih ke Jerantut pulak. Boleh la tinggal sama-sama dengan suami.Ni gambar terbaru kami sekeluarga semasa Raya Aidiladha yang lepas.


Ini keluarga kecil aku.Anak baru sorang ni, Nama anak dara aku ni ialah Nur Azra Khalishah bt Azman.baru berusia 2 bulan lebih, Anugerah terindah dari Allah untuk kami suami isteri.

Anak dah lama tidur ni, kena kejut tuk minum susu dulu.So itu sahaja tentang diri saya.Nantikan saya untuk cabaran hari kedua esok!!!

Kartini Jusoh
SID Shaklee:971615

No comments:

Post a Comment