Thursday, 23 October 2014

mengapa bayi menangis di waktu malam

assalamualaikum.malam ni baby azra saya tidur tak lena.Bila saya dodoikan, dia tidur elok je. tapi pas saya letakkan atas katil dia mula terjaga.kalau terjaga elok takpe, tapi baby azra ni dah terjaga terus menangis.

Bila dah kerap sangat terjaga mestilah kita risau kan.Tidur kita pun asyik terganggu je. Yang paling tak best bila tak cukup tidur badan mesti penat & tak bertenaga.Nak lebih bertenaga ibu2 kena jaga kesihatan diri sendiri.Ibu sihat, baru lah boleh jaga anak dengan lebih baik.

Bila tini review pendapat Dr Zubaidi ada beberapa sebab kenapa baby kita terganggu tidurnya.

1. bayi kelaparan.Ini adalah sebab paling common untuk baby menangis.Jadi, pastikan anak- anak kita mendapat susu sekurang- kurangnya 2 jam sekali.
2. bayi anda mungkin juga sangat ingin  dimanjai.Kadang2 walaupun bayi kita minum susu formula, luangkan sedikit masa untuk memeluk bayi anda.Biarkan bayi merasa selesa dan disayangi
3.bayi rasa panas dan tidak selesa. Pastikan bilik tidur baby kita tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
4. bayi kembung. Biasakan menyapu bayi dengan minyak telon dan sebagainya di perut,tapak kaki dan betis bayi.

ok, selamat mencuba tips dari Dr. Zubaidi.Semoga menjadi panduan buat ibubapa.

Shaklee ID;971615
kartini jusoh
0139924660

Wednesday, 22 October 2014

Kasih ibu

Hai semua..entri kali ni tini tak nak la menyahut cabaran berblog.Sekadar nak berkongsi cerita tentang kami.(layan perasaan pas susukan anak sendiri)

Hari ni anak dara aku dah berusia 76 hari.Seronok melihat dia membesar dan sekarang dia dah pandai mengajuk bila kita bercakap. Alhamdulillah, melihat anak yang makin membesar menjadikan hati ni rasa berbunga-bunga.Ini lah nikmat menjadi ibu kan.

Doa dari ummi dik, semoga membesar dengan sihat.Menjadi anak yang solehah, beriman dan bertanggungjawab. Kenapa lak aku feeling pepagi ni.Menlis sambil melihat dia yang kekenyangan pas menyusu tadi sambil2 senyum kat ummi dia ni..huhu buat aku mengerti kenapa rasa rindu ini bergelora untuk arwah ibu. Berkat susu ibu yang menjadi darah daging kita ni menjadikan kita sentiasa ingatkan ibu kan..

Inilah keluarga kecil daku.Huhu.Salam sayang daripada Kartini Jusoh untuk semua

Shaklee ID: 971615
fon/whatsapp:0139924660


Tuesday, 21 October 2014

Cabaran hari keenam: makanan kegemaran saya!!

Alhamdulillah, malam ni entry yang sangat menarik ye.hihi.Aku ni jenis yang makan semua tolak batu atau kayu je agaknya,hihi. Tapi dalam banyak-banyak makanan yang aku makan, aku memang tak boleh tolak kalau orang ofer sup.Tak kisahla mee sup ke bihun sup ke atau kueyteow sup.Semua aku bedal.Tapi kalau sup ayam biasa yang kita makan ngan nasi tu aku tak de la excited sangat.

Aku pun tak pasti nape aku suka sangat sup ni,Nak dikatakan gilanya aku dengan sup ni sampai orang ajak dating pun aku suh bawak aku makan sup.muahaha..Kalau korang tambahkan lada jeruk atau cili jeruk dalam sup tu..pergh..lagi lah best.mahu terangkat tangan beb!!


Pheww..meleleh air liur ni hah menengok mee sup di tengah malam.Perasaan apakah yang sedang terbuku dalam hati ku ini.OO..mahu makan mee sup!!
Biasanya kalau aku kuar makan ngan kawan-kawan, ini lah yang selalu aku order.

Teringat kenangan di Marudi, kalau kuar g kedai Bojeng, menu mana lagi yang aku pilih, nilah mee sup atau bihun sup atau kueyteow sup.hihi.Kalau kat Bojeng selalu sup tulang la yang jadi pilihan aku.Terangkat wei kesedapannya.Tapi tu cter zaman-zaman muda, Sekarang ni dah jarang kuar makan sebab encik suami tak suka sangat makan kat luar.

Terima kasih buat rakan-rakan di Marudi yang selalu bersama meronggeng di Bojeng untuk order sup tulang Bojeng.Semoga kita semua dalam rahmat Allah. Jumpa lagi semua untuk entry akan datang.


Shaklee ID:971615
KARTINI BINTI JUSOH
0139924660

Monday, 20 October 2014

Cabaran berblog hari kelima: Resipi anda

Aiyok..tengok tajuk pada cabaran hari ni buat aku termenung.tau tak nape?hihi.sah-sah aku ni tak pandai masak sangat.Biasanya kalau nak masak mesti rujuk internet dulusebagai panduan.Tapi dek kerana cabaran hebat hari ni aku gagahkan jugak mengingat resipi yang aku belajar dari sahabat di Sarawak dulu.

Ok, nama resipi yang aku pilih ni ialah Daging Masak Hitam Sarawak.
Bahan-bahan:
1. daging yang dipotong
2. serai
3. halia
4 .kicap manis
5. kicap masin
6. bawang merah
7. bawang besar dimayang
8. bawang putih
10. sos cili/tomato
11. sos tiram

Untuk sukatan korang boleh la agak2 ye.tapi biasanya resipi lebihkan sikit serai supaya umpphhh nya bertambah.hihi

Cara memasak

1. kisar bawang merah, bawang besar,serai dan halia
2. Masukkan semua bahan kisar ke dalam satu bekas yang agak besar .
3. Kemudian masukkan daging yang telah dipotong ke dalam bekas bersama bahan kisar ye.
4. Kacau bahan kisar dan daging dan kemudian tambahkan kicap manis dan kicap masin untuk perapan lebih baik pada daging
5. Biarkan hasil perapan lebih kurang 15 minit dan kemudian sedia untuk dimasak
6. Masukkan semua bahan perapan tadi ke dalam kuali dan biarkan air mendidih untuk melembutkan daging. Proses ni biasanya tini ulang2 selalusekurang-kurangnya tiga kali daging tu mendidih.Bukan apa kan, nak mudahkan daging tu lembut.
7. Apabila bahan perapan bersama daging tadi serasi, tambahkan sos cili dan sos tomato dan juga bawang besar yang dimayang
8. Kalau nak rasa masam-masam sikit kita boleh tambhakna asam keping atau asam jawa.(Tapi yang ni tak ada dalam resipi daging hitam Sarawak ye.hihi)
9. Bila dah mendidih dan kelihatan sekata, dah boleh rasa ye.Kalau sedap boleh la angkat.Kalau tak, boleh tambahkan garam gula mengikut selera masing-masing.
10.Nak lagi best aromanya tini selalu masukkan daun limau purut supaya aromanya lebih sedap.

Taraaa..dah siap.gambar ehsan encik gugel ye.Sedap kalau dimakan dengan nasi putih yang panas-panas wei. So kalau korang berminat, boleh la try.Semoga nada berjaya!!

Shaklee ID-971615
kartini jusoh
0139924660

Sunday, 19 October 2014

Cabaran berblog hari 4: Produk pertama bersama Shaklee

Hoyeh..sudah hari keempat cabaran berblog dengan tajuk Produk pertama bersama Shaklee.Kalau nak bercerita tentang produk Shaklee yang pertama dicuba mahu tersenyum lebar aku ni.Kenapa??Aku mula dengan Shaklee selepas hati aku teringin nak mencuba esp.Masa tu aku memang nekad nak beli esp sebab nak hilangkan parut-parut di muka ni.hihi.Kebetulan pulak ye, promo untuk bulan ni ialah ESP.mm..mahu berkoyan-koyan yang order ESP ni.

Sebenarnya ESP ialah produk paling laris atau 'hot stuff' tau. Lagipun esp ni memang mempunyai banyak sangat kelebihan untuk dimanfaatkan oleh semua orang sama ada muda, tua lelaki mahupun perempuan.Nak tahu lebih kebaikan ESP?Sila baca di sini

Selepas berkira-kira nak beli esp ni, aku pun kontek la upline aku skang yang aku panggil Jaja.Pas dia consult itu ini akhirnya aku terus join jadi ahli.so dapat la harga esp tu dengan harga ahli.Yang menariknya selepas itu aku terus dengan Shaklee dan setia sebagai pengguna Shaklee.

lagi nak bagitau, pas dua minggu amik esp, tu pun takde la konsisten tiap2 hari, dah ada kawan yang tegur perubahan pada muka aku.huhu.Berhasil nampaknya percubaanku bersama esp.Alhamdulillah.
So untuk anda yang masih berkira-kira nak try esp, tak payah tunggu lama-lama.InsyaAllah akan puas hati selepas anda mencuba sendiri ye.Sementara promosi ESP masih berjalan bulan ni ayuh rembat cepat2 tau.

Salam Maal hijrah untuk semua.Jom pekena esp dulu.bye

Shaklee Id:971615
KARTINI JUSOH





Saturday, 18 October 2014

Cabaran Hari Ketiga: Apa ada dalam beg anda

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Cabaran berblog selama selama sebulan. Dengan tajuk menarik iaitu apa yang ada dalam beg anda. Hihi.Macam tak sesuai je tajuk ni ngan aku.Sebab tini ni jarang-jarang bawak handbag.

Tapi bila sebut dalam beg ni perkara wajib ada ialah buku nota kecil, listik, bedak dan pen.Tu perkara asas yang mesti ada dalam handbag.

Untuk kulit macam tini ni muka memang cepat sangat berminyak.Sebab tu la bedak memang selalu ada dalam handbang.Dalam banyak-banyak  harta dalam beg aku ni lipstik la yang paling jimat. Lipstik ni dah setahun duk ngan aku la.Tak susut-susut pun lagi sebab lisptik ni bukan banyak pun yang nak kena tenyehkan,

Adoi...rasanya tu je yang wajib ada dalam handbag aku. Mata pun dah melayu ni.Sementara anak ngah tidur ni, bolehla umi nya rehat dulu kan.

Shaklee ID: kartini bt jusoh
0139924660

Friday, 17 October 2014

CABARAN BERBLOG ; PERCUTIAN IMPIAN

HARI KEDUA CABARAN

Hari kedua cabaran diteruskan dengan tajuk pilihan ialah percutian impian. Erm..aku ni tak de la pernah terfikir nak bercuti jauh-jauh sampai kena buat pasport bagai.mesti ada antara korang yang teringin nak main salji ke atau nak ke mana-mana kan.

Aku ni jenis yang simple je. Tapi dalam hati ni walaupun tak delah teringin nak ke Jepun ke mana ke, aku cuma  teringinnya nak menikmati pemandangan matahari yang sedang terbenam. So kalau boleh bercuti bersama keluarga kat chalet tepi pantai mesti best kan??ada bunyi romantik2 tak?hihi


Mungkin suatu hari nanti, ada rezeki lebih bolehla ke negeri di bawah bayu ke kan semata-mata nak tengok matahari terbenam.huhu.So sementara waktu ni, aku tengok je la dalam internet ni gambar2 pemandangan di waktu senja. hihi

Ok, sampai ketemu lagi untuk cabaran hari ketiga.

KARTINI JUSOH
Shaklee ID; 971615

Thursday, 16 October 2014

CABARAN BERBLOG BERSAMA MENTOR SAYA; PENGENALAN DIRI

HARI PERTAMA:
Hari pertama cabaran blog saya ialah pada hari yang ke-16 bulan Oktober.tak pe lah agak ketinggalan dari yang lain tapi yang penting saya mencuba!!Hari pertama bermula dengan pengenalan diri saya sendiri.

Namaku ialah Kartini binti Jusoh, anak kepada pasangan Jusoh bin Ali dan Wan Kalthum Hj Muhammad. Saya ni dah jadi anak yatim sejak tiga tahun lepas selepas ibu kembali ke rahmatullah pada Syawal tiga tahun lepas.huhu.sedih ingatkan mok!!!Mak lahirkan aku di Besut, Terengganu pada 14 mac 1983.Dulu-dulu beranak kat umah je ye..hihi.

Ini adalah gambar-gambar terakhir arwah mak dengan ayah semasa umrah Mac 2011.Arwah mak pulak meninggal pada September tahun yang sama.huhu.bermula 2011 aku memang dah jadi yatim selepas mak pergi hanya kerana sakit perut sahaja.Dah janji Allah kan, sakit perut pun jadi asbab kuat untuk kita kembali menghadap Yang Esa.

Alhamdulillah, mak pergi semasa aku masih lagi bercuti di kampung.Jadi semasa mak meninggal aku masih di sisi beliau, belum lagi berangkat pulang ke Sarawak.Dulu 6 tahun lebih aku berkelana di Bumi Miri, Sarawak kerana tugas sebagai pendidik. Alhamdulillah, selepas kahwin ni, rezeki beralih ke Jerantut pulak. Boleh la tinggal sama-sama dengan suami.Ni gambar terbaru kami sekeluarga semasa Raya Aidiladha yang lepas.


Ini keluarga kecil aku.Anak baru sorang ni, Nama anak dara aku ni ialah Nur Azra Khalishah bt Azman.baru berusia 2 bulan lebih, Anugerah terindah dari Allah untuk kami suami isteri.

Anak dah lama tidur ni, kena kejut tuk minum susu dulu.So itu sahaja tentang diri saya.Nantikan saya untuk cabaran hari kedua esok!!!

Kartini Jusoh
SID Shaklee:971615