Sunday, 1 September 2013

KENALI JANTUNG KITA

Assalamualaikum sahabat-sahabat tini semua.semoga dalam kesejahteraan dari Allah. Di samping melayari kehidupan harian kita yang sememangnya sibuk, jangan lupa untuk menitipkan doa buat saudara-saudara kita yang sedang berjuang di bumi Palestin, Syria, Mesir dan di seluruh dunia.

ok, hari ni kita kenali jantung kita yang menjadi watak utama dalam jasad kita. Jantung kita terdiri daripada satu struktur yang sangat unik. Jantung dibahagikan kepada dua ruangan besar yang kita panggil sebagai aurikel dan ventrikel. Aurikel ialah ruangan di bahagian atas manakala ventrikel adalah ruangan bawah.rumit jugak kan?Inilah keunikan ciptaan Ilahi..ok, tini letakkan satu struktur jantung di sini ye..

Wah..macam ni rupa jantung kita kan? tapi sebenarnya saiz jantung kita hanya lah sebesar satu penumbuk kita je..hihi.Gambar yang tini post kat atas tu dah dibesarkan saiznya ye..

Atrium dan ventrikel ni pulak dibahagikan lagi kepada aurikel atau ventrikel kanan dan kiri. Menjadikan jantung kita yang kecil ni mempunyai empat ruangan kecil yang mempunyai fungsi yang berbeza.
Ruangan kiri sebenarnya membawa darah beroksigen iaitu darah yang sangat kaya dengan oksigen yang mengalir dari paru-paru selepas proses respirasi.Darah beroksigen ini akan mengalir dari paru-paru masuk ke aurikel kiri seterusnya ke ventrikel kiri dan dipam ke seleuruh badan bagi memenuhi keperluan bahagian badan yang memerlukan oksigen.

Manakala ruangan sebelah kanan akan mengepam darah terdeoksigen (mengandungi karbon dioksida yang tinggi) untuk membebaskan karbon dioksida keluar dari badan. Darah terdeoksigen ini akan mengalir dari anggota badan ke jantung sebelah kiri iatu aurikel kiri seterusnya ke ventrikel kiri dan dipam keluar ke paru-paru. Karbon dioksida akan disingkirkan apabila tiba di paru-paru untuk digantikan pula dengan oksigen yang akan dibawa kembali ke aurikel kiri. Seterusnya proses ini akan terus berulang selagi mana kita menjaga kesihatan jantung kita agar ia cukup kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan..:)

Maka, sayangi jantung kita agar kesihatan jantung akan sentiasa lestari..:)

Hubungi tini jika anda ingin mengetahui bagaimana mahu menjaga jantung dengan baik. Kenali CoQ10 sebagai makanan terbaik untuk jantung anda..



kontek tini: ID :971615
sama ada call/sms/whatsapp: 0139924660

No comments:

Post a Comment