Wednesday, 27 May 2015

Pantang Yang Menyeksakan. Usah sembelit lagi

Berpantang adalah tempoh masa di mana ibu-ibu yang baru melahirkan bayi akan berehat panjang kan? Dengan trauma di bilik bersalin semasa melahirkan, proses berpantang adalah satu proses merehatkan minda kita dari trauma jugak sebenarnya. Alhamdulillah, tengok je muka baby kita, sakit beranak terus hilang kan? Tu lah ajaibnya dunia kita sebagai wanita kan?Hihi. Tapi ada juga ibu-ibu yang menghadapi masalah sembelit sebaik sahaja melahirkan di mana mereka menghadapi kesukaran membuang air besar. Pengalaman tini sendiri kan, selepas bersalin nak membuang air besar pun rasa takut. Seriau bila teringat jahitan yang terpaksa diterima di bahagian bawah untuk melahirkan anak.Nak membuang air besar pun mengadu ngan kakak sebab takut kan proses nak mengeluark najis boleh menyakitkan kita.Saya sangat takut untuk melalui pantang yang menyeksakan dengan masalah sembelit. Huhu.

Alhamdulillah, selepas mendengar sendiri video yang saya dapat ni, saya sangat yakin untuk mencuba Set bersalin Shaklee yang terdiri daripada, Zink Kompleks, Vitamin C, B Kompleks, Vitalea dan saya ambil tambahan ESP.




Alhamdulillah, saya memang tak menghadapi masalah sembelit. Walaupun untuk cuba membuang air besar buat kali pertama selepas bersalin tu memang agak menakutkan saya tapi selepas berjaya menahan bersungguh-sungguh selama tiga hari, nak tak nak terpaksa juga saya keluarkan. Haha. Sungguh sadis saat itu bila dikenang. Alhamdulillah, selepas proses pertama saya lalui dengan lancar, barulah saya yakin bahawa saya memang tidak menghadapi masalah sembelit. Mungkin kerana saya amalkan set berpantang Shaklee tu secara konsisten maka saya tak berdepan dengan masalah sembelit. Jom kita dengar apa kata pengguna set berpantang Shaklee yang berjaya mengatasi sembelitnya.


Jika anda berminat untuk mencuba set berpantang Shaklee yang hebat ini, jangan lupa dan segan untuk mkenghubungi tini.Konsultasi percuma untuk semua pelanggan tini sepanjang anda mengamalkan produk Shaklee.

KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Tuesday, 26 May 2015

Bertungku Kaedah Semulajadi Yang Jimat Untuk Kekal Sihat

Bertungku memang sebenarnya sinonim dan sangat dekat dengan Masyarakat Melayu. Sebut je tungku memang fokus kita mesti kata untuk orang dalam pantang kan?Ye la, macam tini ni hah, hanya semasa berpantang la pandai bakar tungku sendiri dan bertungku untuk jam-jam tertentu. Sebenarnya bertungku adalah kaedah semulajadi yang jimat untuk kekal sihat tau. Yang tak bestnya kita ni mana la ada kerajinan nak bertungku lama-lama walaupun memang dah tahu bertungku memang kaedah semulajadi untuk kekal sihat. Sudahnya memang kena marah kaw-kaw dengan kakak yang jaga tini semasa berpantang tu. ish..seronok gak bila ingat balik time berpantang. Ada sape-sape yang belum tahu ke kaedah bertungku ni kaedah yang jimat untuk kita kekal sihat? Jom kita share sama-sama.

Bertungku pada zaman dulunya menggunakan batu sungai, iaitu batu-batu yang boleh kita ambil di sungai. Atau kita boleh gunakan apa sahaja medium yang boleh menyerap haba dan haba tu pulak boleh tahan lama untuk diserap oleh badan kita. Ada juga yang menggunakan tungku besi sebagai medium untuk bertungku. Tapi apa pun medium yang anda guna untuk bertungku, yang penting anda bertungku dan sedar bahawa bertungku adalah kaedah semulajadi yang jimat untuk kekalkan kesihatan.



Tahu tak apa kita boleh dapat dari kaedah bertungku? Dah memang bertungku ni satu kaedah semulajadi untuk kekal sihat antaranya, bertungku berupaya memecahkan lemak-lemak di badan. Haba yang diserap ke bahagian tertentu seperti perut, peha dan pinggul memang mempunyai lemak yang banyak. Jadi, penyerapan haba yang baik di bahagian tersebut membantu memecahkan lemak di bahagian tersebut. Kira macam exercise jugak ye.

Selain itu, mengecutkan rahim dan mengembalikan kedudukan rahim ke tempat asal. Dulu tini tak faham juga istilah mengecutkan rahim. Sebenarnya sebagai wanita kita berdepan dengan risiko yang sangat besar jika rahim kita tidak mengecut dengan sempurna. Selepas melahirkan anak, memang doktor masukkan ubat supaya rahim kita cepat mengecut. Ada kes yang rahim tidak mengecut dengan baik walaupun uri dah terkeluar sepenuhnya boleh menyebabkan pendarahan yang sangat banyak. Biasanya wanita melahirkan akan kehilangan darah sebanyak 2-3 liter kan? Tapi untuk kes rahim yang tak mengecut sempurna ni, pendarahan berlaku berterusan sehingga ada wanita yang terpaksa dibuang rahimnya untuk menyelamatkan nyawa mereka. So, hati-hati ye kawan-kawan. Seriau tau kalau citer bab ni.Tapi ni memang realiti berlaku.Jadinya, bertungku lah sebab bertungku adalah satu kaedah semulajadi yang jimat untuk kekal sihat.

Bertungku dengan kaedah tertentu juga boleh mengekalkan kedudukan rahim agar sentiasa berada pada tempat yang betul. Pengalaman tini sendiri, tini berdepan dengan masalah buang angin yang tak henti-henti selepas 4-5 bulan melahirkan anak sulung. Badan pulak memang jadi sangat penat. Tini usahakan juga jumpa mak bidan, dan katanya kedudukan rahim tini jatuh sikit dan menekan salur tertentu sampai angin tak henti-henti keluar. So, mak bidan pesan rajin-rajin lah bertungku macam dalam p0antang tu supaya rahim sentiasa berada di tempat yang betul. Erm.. kan dah terbukti bertungku adalah kaedah semualajadi yang jimat untuk kekal sihat.

Untuk anda yang mencari suplement Shaklee untuk buang angin, kita mengesyorkan anda mengamalkan Ginger peppermint plus.



KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.KARTINI JUSOH


Sunday, 24 May 2015

Kenapa Makan Shaklee Tapi tiada Kesan?

Pemakanan vitamin Shaklee atau sebarang suplement bergantung kepada badan setiap individu. Keberkesanan setiap vitamin dan suplement bergantung kepada cara pengambilan yang tepat serta kesedaran pengguna untuk mengamalkan suplement dan vitamin mengikut amalan yang baik.Di sini tini ingin sangat berkongsi dengan kawan-kawan kenapa makan Shaklee tapi tiada kesan positif yang berlaku.

Shaklee telah melakukan kajian secara berterusan dalam usaha meningkatkan kualiti dan menjamin peningkatan keberkesanan produk Shaklee terhadap semua pengguna. Sejumlah peruntukan yang sangat besar dilaburkan untuk kajian, pembinaan kawasan ujikaji dan penghasilan bahan yang terbaik sepanjang pembuatan setiap produk Shaklee. Apa yang menjadi keutamaan Shaklee adalah supaya semua pengguna Shaklee akan mendapat kebaikan dari setiap produk yang dibeli dan diamalkan.

Antara penyebab Shaklee tidak berkesan kepada anda ialah:

1. Ambil Shaklee tapi tak ikut aturan
Setiap produk Shaklee yang dibekalkan oleh pengedar Shaklee perlu disertakan dengan tips pengguinaan yang lengkap. Sesetengah produk Shaklee mempunyai beberapa aturan yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan kesan yang optimum. Sebagai contoh, Alfalfa TIDAK BOLEH diambil bersama vitamin E dan GLA. Vitamin E akan menghalang penyerapan alfalfa. GLA juga mengandungi vitamin E yang tinggi, maka GLA juga tidak boleh diambil bersama Alfalfa.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mendapatkan produk Shaklee daripada distributor yang tepat agar anda dapat dibimbing sepanjang pengambilan Shaklee.

2. Ambil Shaklee tapi minum kopi dengan kerap
Pengambilan vitamin atau suplement adalah digalakkan diambil dalam tempoh masa yang jauh dengan sebarang minuman berkafein seperti nescafe, kopi dan sebagainya. Pengambilan vitamin Shaklee bersama minuman berkafein menghalang penyerapan vitamin yang baik  ke dalam badan.

3. Ambil Shaklee tapi tak nak minum air kosong
Pengamal Shaklee digalakkan untuk minum air kosong dengan banyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Pengambilan air kosong yang banyak membantu menyingkirkan toksin dalam badan sekaligus mempercepatkan proses penyerapan nutrien dalam makanan tambahan yang kita ambil. Jadi, jangan skip ye minum air kosong dengan banyak!!

4. Ambil Shaklee tapi Tak konsisten
Sayang-sayang semua, kalau dah beli suplement jangan malas amal tau. Adoi..asyik makan skip2 mana aci. Mana nak dapat kesan.hihi. Dulu masa tini amik Zink kompleks untuk kurangkan keguguran rambut, tini selalu curi tulang.amik 3,4 ari pastu lupa nak makan.Maklum la kena amik masa perut kosong.Mana tini ingat kalau dah kelam kabut siapkan anak ke rumah pengasuh pagi-pagi kan. Lupa, memang tak makan la.Pastu mula komplen rambut tetap gugur.Siap msg kawan bagitau.Sib baik kawan tini ni memang tau dah perangai tini.terus kena tembak, "Ko mesti makan skip2 kan?Biasanya ko ni malas bab makan suplemen ni."..kah-kah, nampak sangat la aku ni suka skip ubat ye.Sib baik vitamin C ngan b kompleks rajin telan, sebab pas breakfast terus telan. Jadi, kawan-kawan jangan skip telan vitamin ye. 

Ok, untuk anda yang baru nak berjinak-jinak ngan Shaklee, percayalah lambat atau cepat memang akan ada kesan positif untuk setiap vitamin yang anda ambil kecuali jika anda memang tergolong di kalangan mereka yang mengamalkan perkara di atas ye. So, selamat berShaklee dengan panduan yang betul ye. 
Untuk anda yang mencari-cari produk Shaklee, jangan segan utnuk hubungi tini ye.


KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Wednesday, 6 May 2015

TIPS ANAK PINTAR DAN SIHAT

TIPS ANAK PINTAR DAN SIHAT?? Pagi tadi di sekolah kami bercerita tentang anak-anak kami yang ada pada pelbagai peringkat usia. Sebagai ibu, memang kita mengharapkan anak kita membesar dengan sihat, pintar  dan berkebolehan. Rentetan cerita pagi tadi, malam ni tini nak share kan tips untuk anak kita membesar dengan pintar dan sihat.

Tetapi tips anak pintar dan sihat ini hanya akan kekal tanpa fungsi jika kita sendiri tidak menyebarkan ilmu ini kepada semua. 

TIPS ANAK PINTAR DAN SIHAT

1. Perbanyakkan ruang masa untuk kita bermesra dengan anak secara berkualiti
Anak yang mempunyai masa luang yang berkualiti bersama ibu bapa merupakan anak yang stabil emosinya, mudah reda kemarahannya serta seorang anak yang sangat pintar dari segi emosinya.

2. Bekalkan anak-anak dengan makanan yang seimbang dan berkhasiat
Anak-anak sangat memerlukan protein yang tinggi dalam tumbesaran mereka. Pengambilan protein serta zat makanan yang lain secara seimbang membantu pertumbuhan sel baru serta penggantian sel yang rosak. Ini sekaligus menjadikan anak kita sentiasa sihat dan bertenaga

3. Galakkan anak minum air kosong
Air kosong sebenarnya membantu dalam proses pengangkutan darah ke seluruh badan. Pengangkutan darah yang efektif akan membawa oksigen ke seluruh badan sehingga ke otak. Oksigen yang cukup untuk badan sebenarnya menyebabkan otak kita menjadi cerdas dan pintar.

4. Doa amalan harian
Pengamalan doa-doa dari ayat suci Al-Quran membantu melembutkan hati anak-anak dan membantu membentuk sahsiah diri.

5. Bekalkan vitamin yang sesuai
Pengambilan vitamin dan makanan tambahan lain turut membantu melengkapkan keperluan nutrien yang tidak mencukupi dalam badan. sekaligus dapat mengatasi masalah kekurangan nutrisi dalam badan.

Shaklee menawarkan satu set lengkap untuk anak-anak pintar dan sihat ini.




Di bawah ini pula adalah set bajet bagi anak pintar dan sihat.

Terpulang kepada anda untuk mencuba sendiri set yang sesuai untuk anak-anak pengarang hati. Untuk makluman lanjut, jangan lupa untuk menghubungi tini di talian-0239924660



KARTINI JUSOH

971615

0139924660( SMS/WHATSAPP)

http://cikgudanvitamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/tini.kartini.140