Assalamualaikum semua.
Tini baru je balik dari rumah ayah di Besut.Terasa juga penat tapi teringat janji nak mengemaskini blog ni. Tak pe lah penat sikit je kan, yang penting tini boleh berada bersama-sama anda semua hari ni.:)
Teringat seorang kawan tini, bila dia beli alfalfa dengan tini tempoh hari, tini ingatkan dia supaya minum air kosong paling kurang 3 liter sehari.Bukan main terkejut kawan tini ni.hehe. Maklumla dia ni jenis yang liat minum air kosong.Bayangkan sehari dia cuma boleh habiskan lebih kurang 500ml je sehari itu pun dah termasuk air manis bukan air kosong!hihi.
Kenapa ye tini selalu ingatkan kawan-kawan semua supaya minum banyak air kosong? Sebenarnya badan manusia ni terdiri daripada 60% kandungan air bagi manusia lelaki dan 55% ialah kandungan air bagi wanita.Ada perbezaan sikit kan bagi kandungan air antara lelaki dan wanita. Itu kerana perbezaan struktur badan antara lelaki dan wanita.
Air kosong ni memang penting utnuk kesihatan dan kecergasan badan seorang manusia.
1. Kita sedia maklum bahawa oksigen larut dalam air. Jadi apabila seseorang minum air kosong, tanpa disedari oksigen yang larut dalam air turut disalurkan ke badan dan seterusnya dihantar ke otak. Oksigen yang mencukupi untuk otak akan membantu melancarkan fungsi otak. Ini secara tidak langsung boleh mengelakkan rasa mengantuk terutamanya di kalangan pelajar. Maka pelajar kita memang sangat digalakkan minum lebih banyak air kosong supaya tidak mengantuk dan tidak hilang fokus semasa proses pembelajaran.
2. Air juga adalah medium penting untuk mengangkut hasil pencernaan terutamanya hasil pencernaan karbohidrat, protein dan lemak untuk diserap oleh badan.Sel badan yang menerima air yang mencukupi akan dapat menjalankan fungsi sel dengan lebih baik
3. Air juga adalah medium penting semasa proses perkumuhan dalam ginjal(buah pinggang). Kehadiran air akan membantu penyingkiran toksin dalam badan untuk mengelakkan pengumpulan toksin. Kehadiran toksin yang berlebihan dalam badan akan mendatangkan kemudaratan dan ginjal akan gagal menjalankan fungsi dengan lebih baik.
Jadi dah yakin betapa pentingnya air dalam badan kita kan? Maka jangan teragak-agak untuk menyukat kandungan air yang anda ambil setiap hari. 3 liter sehari air kosong adalah yang terbaik!!!
Salam kesihatan dari tini.Semoga kita semua dilindungi Allah.Bye, Assalamualaikum.
Hubungi tini untuk mendapatkan produk Shaklee yang sesuai dengan anda.Harga menarik kepada anda sepanjang November ini!!!
TINI- 013 9924660
Fb : https://www.facebook.com/tini.kartini.140
Page: https://www.facebook.com/pages/Teachers-Vitamin-Life/606703826028377?ref=hl
No comments:
Post a Comment