Thursday, 14 November 2013

JUMAAT PENGHULU HARI

Assalamualaikum dan selamat malam semua.Doa tini semoga kita semua dalam keadaan sihat dan kuat.

Malam ni tini nak share sesuatu yang sangat berguna.Sempena malam Jumaat yang mulia bertepatan dengan 10 Muharam 1435 H yang jatuh pada hari ni. Apa salahnya kita refresh balik apa yang pak ustaz kita pernah ajar dulu kan..

Malam ni kita tinggalkan seketika tentang produk-produk Shaklee kita ye.Tini teringin nak share sesuatu yang boleh sama-sama kita amalkan yang boleh jadi peringatan buat tini sendiri dan anda semua.

Memang kita dah sedia maklum bahawa Jumaat adalah penghulu sekelian hari.Di dalamnya terkandung 1001 rahsia untuk membantu kita menambahkan pahala dan amal kita.Antara amalan-amaln yang boleh kita kongsikan bersama ialah:-

  • amalan membca surah Al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat
"Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada siang hari Jumaat, akan bersinar baginya cahaya antara dirinya dan Baitul Haram"- (Riwayat al-Baihaqi dalam asy-Syu'ab) 

  • Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata, " Hari Juamat ialah hari ibadah" - kerana itu kita digalakkan memperbanyakkan amalan pada hari Jumaat.Apa sahaja amalan kebaikan akan tetap dihisab oleh Allah
  • Disunatkan membaca selawat untuk junjunga besar nabi Muhammad S.A.W. 
Nabi S.A.W bersabda;
     "Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling afdhal adalah hari Jum'at. Pada hari itu Adam diciptakan dan       diwafatkan, dan pada hari itu juga ditiup sangkakala dan akan terjadi kematian seluruh makhluk. Oleh               karena itu perbanyaklah shalawat di hari Jum'at, karena shalawat akan disampaikan kepadaku."
                                                                                                     (Aus bin Aus Radiyallahu)


  • memperbanyakkan doa di hujung hari Jumaat. Sesungguh di penghujung Jumaat itu ada ruang masa di mana doa akan diangkat.tetapi sela masa adalah sangat singkat.Jadi, kita boleh sama-sama menadah tangan berdoa banyak-banyak kan..
Tini rasa cukup setakat ini amalan yang kita boleh sama-sama amalkan.Biarpun kita nampak sedikit je kan..tapi jika dilakukan secara istiqamah tetap akan menjadi hitungan besar di sisi Allah.Insya Allah


Sayang anda semua.semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita..Kita jumpa lagi esok ye..Bagi yang nak order Shaklee tini tinggalkan details kat bawah ye..Assalamualaikum.

# tini- 971615
# order Shaklee :- sms/whatsapp  - 013 9924660


No comments:

Post a Comment