Malam ni tini berkesempatan mendengar ceramah dan makan-makan di surau berhampiran. Dalam banyak-banyak peringatan ustaz ni, tini terkesan dengan satu pesan ustaz. Kata ustaz, "amalan solat wajib lima waktu ni adalah amalan wajib kita. Tapi kalau kita nak bagi diri kita untung lebih, amalan solat sunat tu lah yang boleh jadi makanan rohani kita.Secara tak langsung amalan sunat ni lah yang menambahkan kesihatan rohani kita.Alhamdulillah, tini harap kita semua akan dapat manfaat dari pesan ustaz ni. Tapi malam ni tini nak fokus tentang makanan kesihatan atau suplemen ye.sebab bab amalan rohani ni bukan kepakaran tini..hehe
Sebenarnya kenapa kita perlukan suplemen atau supplement atau makanan tambahan ye?Jom kita kaji antara sebab-sebabnya.Kita sama-sama fahaminya ye.Macam yang ustaz pesan, amalan sunat sebagai amalan tambahan boleh meningkatkan kesihatan rohani kita. Suplemen ni ibarat amalan sunat kita la kan??:)
Kenapa perlukan suplemen??
- Keadaan persekitaran yang semakin panas, alam sekeliling yang mengalami kerosakan akibat penebangan pokok, pembalakan haram, pembuangan sisa toksid atau sampah sarap menyebabkan kita terdedah dengan pencemaran alam yang teruk. Keadaan ini menyumbang kepada penurunan fungsi sel dalam badan. Jadi suplemen membantu memperbaiki serta meningkatkan fungsi sel dan sistem imun tubuh,
- Badan kita memerlukan dos yang tinggi untuk sesetengah nutrien. Sesetengah vitamin dan mineral yang diperlukan badan tidak dihasilkan secara semulajadi dalam tubuh. Oleh itu, suplemen membantu melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh
- Gaya hidup dan amalan pemakanan tidak sihat. Kesibukan kebanyakan kita sekarang ini menyebabkan masa makan kita selalu berubah-ubah. Tuntutan kerja yang menuntut masa yang lebih menyebabkan semua orang memerlukan waktu yang singkat untuk waktu makan. Maka fast food atau makanan segera menjadi pilihan.Sedangkan kajian sudah membuktikan makanan segera adalah penyumbang kepada masalah obesiti di negara. Sesetengah suplemen yang diambil boleh membantu mengatasi masalah berat badan dan sebagainya.
- Gangguan penyerapan nutrien dalam makanan. Keadaan tubuh yang lemah akibat kesibukan kerja, keletihan, dan stress menyebabkan gangguan semasa penyerapan makanan. Maka suplemen atau makanan tambahan atau vitamin diperlukan untuk mengatasi hal ini.
kontek tini untuk maklumat lanjut dan anda layak untuk menerima diskaun dari kami.
TINI- 013 9924660
Fb : https://www.facebook.com/tini.kartini.140
Page: https://www.facebook.com/pages/Teachers-Vitamin-Life/606703826028377?ref=hl

No comments:
Post a Comment