Bismillahirrohmanirrohim..
Ramadhan mulia dah masuk hari ke 17, membuatkan tini sayu dan rindu untuk berterawih ramai-ramai. Boleh berselawat beramai-ramai. Tadarus sama-sama dan moreh bersama-sama.Sejak ada anak kecil ni, rasa rindu pulak dengan suasana terawih beramai-ramai. Tapi insyaAllah, semoga dengan menjaga anak kecil ni akan memberikan tini peluang pahala seolah-olah berterawih beramai-ramai. Malam ni tini nak sharekan cara nak solat terawih sendirian.
Alhamdulillah, jika berkesempatan, tini gagahkan juga diri untuk solat terawih sendirian. Sementara anak tidur lena di sisi, tini berusaha menghabiskan 8 rakaat solat sunat terawih. Walaupun dilakukan bersendirian, sekurang-kurangnya dapat juga tini berterawih di bulan mulia ni. Kalau diikutkan penat badan boleh je tini tidur terus kan, tapi terasa sayang sebab ramadhan hanya sebulan kan..
BAGAIMANA NAK SOLAT TERAWIH SENDIRIAN DI RUMAH?
Sebenarnya solat terawih sendirian di rumah bukanlah terlalu susah. 1. Apa yang penting niat solat tu mesti untuk solat terawih. Dah tau macam mana niat untuk solat terawih?Ok, tini share kan ye
"Sahaja aku solat terawih dua rakaat kerana Allah Taala"
Selepas takbir dan niat boleh terus solat seperti biasa.
2. Bacaan dalam rakaat
NAK BACA APA SETIAP RAKAAT?
Sebenarnya kita boleh baca seperti dalam solat sunat yang lain jugak. Contohnya; rakaat pertama baca surah Al Fatihah dan Surah Al-Kafiruun
Manakala rakaat kedua boleh baca surah Al Fatihah dan Al-Ikhlas. Kemudian, selesaikan solat seperti biasa.
3. Selepas salam, boleh teruskan solat terawih untuk menggenapkan rakaat sebanyak 8 rakaat, 16 rakaat dan 20 rakaat.
PERLU KE BACAAN SELAWAT JIKA SOLAT BERSENDIRIAN?
Sebenarnya boleh je selawat sendiri. Tetapi kalau tak nak baca selawat selepas setiap kali solat terawih pun tak apa.Bukan suatu tuntutan pun.
4. Salam dan doa. Doa tu boleh je baca doa masing-masing tak payah hafal doa yang panjang.Jiamtkan space memory.,hihi.
Ok, kan dah selesai?senang je kan. Cuma kita je mampu ke tak mampu nak habiskan solat terawih sehingga ke minggu terakhir.
BADAN PENAT DAN LETIH SAMPAI TAK BOLEH TERAWIH?
Biasanya kalau customer tini menghadapi masalah seperti di atas, tini akan consult customer untuk dapatkan b kompleks, vitalea dan Ostematrix..
InsyaAllah masalah penat tu akan segera diatasi..InsyaAllah.
Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa tinggalkan komen anda
KARTINI BINTI JUSOH
971615
myself140383@yahoo.com
Blog ini adalah untuk berkongsi setiap kebaikan yang saya dapat dari produk Shaklee.Jika anda ingin mendapatkan set kecantikan,set pelangsing,set bersalin,set berpantang,set menyusu dan kesihatan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, jom bersama-sama saya merasai kebaikan bersama produk Shaklee
Saturday, 4 July 2015
Friday, 3 July 2015
Tanda Anak Kenyang dan Cukup Susu Ibu
Bismillahirrohmanirrohim..Assalamualaikum..
Hari ni tini teringin nak share kan satu persoalan penting yang selalu berlegar dalam fikiran ibu-ibu terutamanya yang pertama kali menjadi ibu.Pernah tak semasa kita menyusukan anak kita, dan kita terfikir sama ada anak kita kenyang atau tidak minum susu kita.Atau adakah susu badan kita ni cukup dan boleh buat dia kenyang.Tini dulu pun sama jugak. bagi anak minum susu dan fikir cukup ke susu ni untuk anak umi.Jadi, jom kita kongsikan tanda-tanda yang anak kita kenyang dan dapat susu ibu yang cukup.
TANDA-TANDA ANAK KENYANG DAN CUKUP SUSU
1. Bayi menyusu untuk lapan hingga sepuluh kali sehari
2. Buah dada anda terasa lembut dan tidak tegang selepeas menyusukan
3. Kelihatan bayi menelan semasa menyusu
4. Kita menukar lampin sebanyak enam hingga lapan kali sehari
5. Pipi bayi tegang dan 'berminyak' atau nampak basah kerana cukup minum
6. Najis bayi anda berwarna gelap atau kuning gelap
AWAS!!!JIKA ANDA MERASAKAN BAYI ANDA KURANG MENDAPAT SUSU APABILA:
1. Bayi anda tidak mendapat berat badan yang lebih banyak dari berat lahirnya
2. Bayi anda selalu meragam dan cepat penat
3. Buah dada anda tidak merasa lembut selepas penyusuan
4. Anda tidak perlu menukar lampin sebanyak enam hingga lapan kali sehari
5. Muka bayi anda semakin kuning dan kelihatan tidak bermaya
6. Kulit bayi anda tetap berkerut walaupun selepas seminggu dilahirkan
APA PERLU ANDA BUAT JIKA BAYI ANDA TIDAK CUKUP SUSU
1. Apa yang penting, ibu mesti selalu menyusukan anak secara terus dari buah dada. Sentuhan terus antara mulut dan puting ibu akan merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak.
2. Sediakan jadual mengepam yang teratur dan konsisten setiap hari.Pastikan jadual tersebut diikuti!!
3. Banyakkan minum air suam sekurang-kurangnya 2liter sehari
4. Makan dengan banyak sumber karbohidrat, protein dan sebagainya untuk mempercepatkan penghasilan susu badan ibu
5. Dapatkan suplement untuk mengatasi masalah kurang susu.
Untuk anda yang menghadapi masalah kekurangan susu badan walaupun pelbagai usaha di atas telah diamalkan, jangan abaikan pesan say ni, Dapatkan suplement dari mana-mana kedai yang boleh merangsang pengeluran susu ibu. Shaklee menawarkan set menyusu premium iaitu set menyusu lengkap untuk menampung keperluan susu anak
Untuk mendapatkan set menyusu lengkap Shaklee, sila hubungi tini seperti di bawah
KARTINI BINTI JUSOH
971615
myself140383@yahoo.com
Fb: Tini kartini

Thursday, 2 July 2015
Bau harum bayi saya; pengalaman menjaga bayi pertama
Bayi dan bau nya memang diakui sangat menenangkan hati. Saya pun dah rindu dengan bau harum bayi. Maklum lah anak saya dah hampir setahun sekarang.Bau masam cukup kuat sekarang ni sebab asyik main dan berpeluh-peluh je. :)..Tapi saya tetap tenang melihat wajahnya.Tanpa sedar bau harum bayi saya makin jauh dari saya. Hampir setahun berlalu selepas kelahiran Azra, maka hampir setahun juga anakanda saya membesar dengan saya. Pengalaman pertama menjaga bayi sendiri masih sangat segar di memori saya. Saya hanya mampu tersenyum, kerana mengingati detik menjaga bayi pertama penuh rasa kekok, terkial-kial dan kepenatan yang melampau.
Sehari selepas dilahirkan, saya terus dibenarkan keluar dari hospital memandangkan anakanda saya tidak mempunyai apa-apa masalah. Kali pertama juga saya diajar menyusukan anak, pastikan latching yang betul untuk anak menyusu dan memegang anak sepanjang perjalanan balik dari hospital ke Besut untuk berpantang. Terasa seperti baru je berlaku semalam. Betullah kata orang, bila dah ada bayi, kita mesti nak cium dan cium mereka. Itu jugak yang saya selalu buat.Kenapa ye, bau harum bayi saya dan bayi anda selalu buat kita sebagai ibu menjadi tenang? Agaknya betul lah kata orang, bau bayi tu berasal dari syurga. Sangat menyenangkan.
Bermula pantang di Besut, saya dah mula berjaga malam. Menyusu tak kira masa. Bila dia tersedar je, saya suakan susu badan sebab saya rasa dia asyik nak susu je.hihi. :)
Bermula episod masa tidur saya yang tak menentu. Azra pun memang nak dipeluk je masa tu.Mungkin suasana dunia yang sangat berbeza berbanding alam perut sahaja. Yang lagi best, nak pegang bayi pun masih kekok. Nak ambil bayi mesti dari tangan kanan je. Kalau sua bayi tangan kiri kompem tak berambik Azra ni.
Bila saya mula mandikan anak pertama saya? Selepas 2 bulan Azra lahir. 2 bulan sebelum tu, kakak saya akan mandikan. bayi pun memang kecil dan nak pegang sendiri terasa nya kekok.Itu belum cerita kalau Azra lapar ke, mengantuk ke..semua diberitahu melalui tangisan. So saya memang kena kenal bunyi-bunyi yang anak saya lagukan..Hihi.Semuanya merupakan satu proses pembelajaran dan pengalaman yang tak ternilai untuk kita.
Setiap hari, tiada hari yang berlalu tanpa bauan harum anak syurga saya. Dan setiap hari saya makin yakin untuk mempelbagaikan posisi saya semasa mendukung Azra. Perlahan-lahan juga saya cuba memahami Azra untuk setiap tangisan dan gerak balas badannya. Miracle..
ni antara gambar yang menjadi rujukan saya semasa berpantang. Senang nak agak bayi saya cukup susu atau tak. Alhamdulillah, berpantang di zaman moden ni memang best. Semua maklumat di hujung jari je. Alhamdulillah, sekarang Azra dah makin membesar dengan sihatnya.tak larat dah nak dukung dik..
Untuk anda yang sedang berpantang dan mencari supliment yang sesuai untuk mereka yang berpantang sama ada nak cari penyelesaian masalah sembelit, penat, tak cukup tidur, tambah susu badan, boleh pm terus dengan ti ni ye.
KARTINI JUSOH
971615
013 9924660
Bagaimana nak solat bila anak kecil menangis?
Selalu saya dengar kawan- kawan yang bercerita susah nak solat bila anak kecil mereka menangis.Saya tahu mereka bukan merungut, tapi biasa lah perempuan ni mesti nak share perasaan dengan kawan-kawan.I know lah..perempuakan.hihi.Tapi betul ke susah nak bersolat bila anak kecil menangis? Nak berhenti solat ke? Nak teruskan je dan biarkan anak kecil menangis ke? mmmh..tapi saya tahu, hati ibu memang mudah tersentuh tambah2 plak bab anak nangis ni.
Tahu tak kita ada kemudahan yang diberi Allah untuk bersolat apabila anak kecil kita menangis.
Comel tak baby yang ada dalam dukungan ibunya tu?Tu ialah gambar di mana ibu bayi ni sebenarnya tengah solat tau.Walaupun sedang memangku bayi, tapi kita masih dalam solat.
BAGAIMANA NAK SOLAT BILA ANAK KECIL KITA MENANGIS?
Abu Qatadah Al Ansari r.a menyampaikan hadis nabi Muhammad s.a.w
Pada suatu hari aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjadi imam kepada orang ramai sambil mendukung Umamah binti Abu al-‘Ash di atas bahu beliau. Umamah ialah cucu beliau, anak kepada Zainab. Apabila beliau rukuk maka beliau meletakkan bayi itu, dan apabila beliau bangun dari sujud beliau mengembalikannya (di tempat asal ia didukung).” Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim. Hadis seumpama ini juga dilaporkan oleh Imam al-Bukhari dan al-Nasa'i.
Bermakna ada hadis yang menyatakan kemudahan yang boleh diambil oleh ibu-ibu untuk solt dengan cara mendukung anak kecil supaya anak kecil berhenti menangis.
PENERANGAN:-
Anak kecil yang menangis sewaktu kita solat menyebabkan kita dalam dilema sama ada meneruskan solat atau berhenti solat untuk menenangkan anak kecil kita. Sebenarnya ibu boleh megambil anak untuk berada dalam dukungan apabila anak kecil mula menangis.Apabila kita berada dalam keadaan qiam, anak akan berada dalam dukungan kita.Apabila kita mahu sujud, anak kecil itu mesti diletakkan dahulu.
Selamat beramal ye ibu-ibu. InsyaAllah selepas ini akan dimudahkan anak-anak kita pulak untuk rajin solat.
Ada yang perlukan vitamin penambah tenaga?
Jom roger sama2 ye

Berikut adalah panduan yang lebih mudah untuk difahami.
Ada yang perlukan vitamin penambah tenaga?
Jom roger sama2 ye
KARTINI JUSOH
971615
013 9924660
Subscribe to:
Comments (Atom)