Wednesday, 27 November 2013

Resdung dan kesannya pada kulit wajah yang cantik-part 1

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua.

Alhamdulillah, dipanjangkan usia untuk kita bersama kan.Malam ni ada sedikit laksa terengganu yang dibawa pulang oleh mak mentua tini. Sedapnya dengan kuah nya yang pekat, sambal cili kering + cili padi dan belacan!!!

Hoho..sebut belacan je terus rasa idung ni kembang kempis.Tau tak nape?Orang macam tini ni memang alahan dengan belacan. Bukan belacan je, budu makanan laut dan macam-macam lagi.Kadang sakit hati gak tau sebab orang lain makan ok je tapi kalau kita makan mula la gatal sana gatal sini.

So selepas join Shaklee, selain ESP, tini memang setia ngan set alergik shaklee memandangkan kecintaan tini yang tinggi pada budu, belacan dan ikan tongkol!!!huhu.

Kat atas ni ialah gambaran bagaimana struktur hidung kita. Jom kita lihat apa sebenarnya resdung? Awalnya resdung ialah singkatan kepada 'Resah Hidung' yang dialami seseorang akibat jangkitan bakteria dalam hidung atau rongga hidung.
Atau pun keradangan yang berlaku pada kulit akibat jangkitan bakteria pada rongga hidung.

Simptom atau tanda-tanda resdung ialah

  • mudah bersin setiap pagi dan petang
  • gatal-gatal pada hidung, muka dan mata menjadi merah
  • gatal-gatal tekak dan batuk-batuk
  • hidung sentiasa berhingus.
Dua bakteria yang paling kuat yang boleh menyebabkan resdung yang teruk ialah  
   *Streptococcus
  * Staphylococcus

Biasanya pesakit resdung sangat alah dengan debu dan habuk.Macam tini jugak la dan tini juga memang alah dengan makanan laut terutamanya ikan tongkol.Dah la tini ni suka nasi dagang!!!hoho..ikan tongkol memang wajib la.

Resdung jika tak dirawat dengan betul juga boleh menyebabkan keadaan yang teruk kepada pesakit. Macam tini, tini senang dengan set alergi Shaklee yang merangkumi B kompleks, Alfalfa dan vitamin C


Apa fungsi set alergi? tini akan terangkan dalam keluaran akan datang ok..:).. Tapi set ini merangkumi 3 komponen utama iaitu B kompleks, vitamin C dan Alfalfa.

sangat selesa tau tini skang, makan ikan tongkol tadi & pas tu terus telan alfalfa, boleh la kurangkan kegatalan yang bermaharaja  lela kat muka tini. walaupun tini 'ratah' ikan tongkol arini, kurang sikit gatal di muka ni.

Jom, sape yang nak try set alergi boleh hubungi tini k.Harga menarik untuk anda yang terus hubungi melalui telefon sama ada sms atau whatsapp..Bye-bye..

tini-013 9924669

Tuesday, 26 November 2013

Kebaikan Ostematrix untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dan selamat malam semua.Wah..hari ni tini balik umah ayah jap.Petang baru sampai pulak umah mertua.penat juga.terasa gak kebas-kebas kaki tini ni.Bila dah jadi macam ni memang rasa nak telan ostematrix je.telan supaya kebas ni cepat lega dan esok lebih senang bangun pagi.Sangat memberikan kebaikan kepada ibu-ibu hamil ni.

Erm..jom kita lihat kepentingan ostematrix ni terutamanya pada ibu-ibu hamil kan.


  1. Ostematrix membantu menguatkan tulang- kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan gigi, kuku, tulang rangka dan juga baik untuk saraf.
  2. memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas. Ini yang selalu ibu hamil hadapi kan?Kadang-kadang terasa kaki ni kebas-kebas je bila bangun pagi sampai kekejangan dulu. So, untuk pengetahuan, pengambilan 600 mg kalsium boleh menghilangkan kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis
  3. meringankan stress- Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, penenang saraf, memperbaiki mood dan membantu membuang air kecil
  4. memperbaiki masalah haid- kajian telah membuktikan dengan pengambilan 100mg kalsium dan magnesium secara serentak boleh meringankan sakit waktu haid.
  5. pengalkalian tubuh- Sebagai mineral alkalin, ia berkesan menyeimbangkan pH tubuh
  6. memperbaiki sakit perut dan gastrik
  7. mempunyai kandungan vitamin D yang sangat tinggi


Fakta penting untuk anda ok,=
1 tablet kalsium tinggi dalam ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam

So kawan boleh refer di sini ye untuk penjelasan yang lebih lebar.
http://teachervitalife.blogspot.com/2013/07/osteomatrix.html

SAYANGI DIRI KITA; MENUJU KESELESAAN HIDUP  
KARTINI
SMS/WHATSAPP:0139924660
 ID:971615

Sunday, 24 November 2013

BEBAS PARUT DENGAN VITAMIN E SHAKLEE

Assalamualaikum dam selamat malam semua. Masih berjaga?Tini pun masih berjaga menyiapkan sedikit tugasan sebelum masuk beradu di pembaringan.:)

Tapi tini terasa sangat nak share tentang vitamin E. Pagi tadi selepas pos vitamin dan ESP ke Melaka, teringin pula hajat hati ni nak bercerita tentang vitamin E.Vitamin E adalah salah satu vitamin larut lemak selain vitamin A,D dan K. Kebanyakan vitamin E mampu bertindak sebagai antioksidan, iaitu keupayaannya untuk bertindakbalas dengan oksigen dan memusnahkan radikel bebas.

Vitamin E shaklee juga berfungsi sebagai antioksidan dan menyahtoksinkan logam berat seperti kadmium dan raksa. Keistimewaan vitamin E shaklee adalah ia dilengkapi dengan 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap vitamin E seterusnya akan meningkatkan keupayaan vitamin E berfungsi.


MANFAAT DAN KEBAIKAN VITAMIN E


  • melindungi jantung- pengambilan 800 IU vitamin E boleh mencegah penyakit jantung.
  • meningkatkan kemampuan reproduktif- Lelaki yang mengambil 600-800 IU mampu memulihkan keupayaan reproduktif dengan meningkatkan kiraan sperma
  • Awet muda- 1 vitamin E shaklee mampu mengurangkan kedutan, melambatkan penuaan dan memulihkan tekstur kulit
  • Anti oksidan yang kuat- Pengambilan 1200 IU vitamin E boleh juga membantu melawan kanser dan mengukuhkan sistem imun badan
  • mengekalkan tenaga-
  • memperbaiki artritis- meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran haid,buasir dan lain-lain.
  • menghalang keguguran-
  • memperbaiki parut- boleh diletakkan terus pada parut untuk meningkatkan keupayaan menghilangkan parut.
                          1 kapsul vitamin E = 400IU
Vitamin E juga terdapat dalam set cantik bebas parut 

Berminat??Boleh hubungi tini dengan tawaran harga yang terbaik!!!

retail price: RM 149

TINI- ID : 971615
PHONE- 013 9924660

Saturday, 23 November 2013

KATAKAN TIDAK PADA SEMBELIT ANAK-ANAK.MEALSHAKE THE BEST

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Seronok hari ni kalau anda boleh bersama-sama tini mengatasi masalah sembelit anak2.Nak tau macam mana?mealshake jawapannya!!!hanya satu sudu teh 3 kali seminggu solusi terbaik untuk sembelit anak-anak.


1 canister mealshake ni mengandungi 544g mealshake.Boleh tahan berbulan-bulan untuk anak-anak kita. Tak percaya? Mealshake dengan kandungan 24 jenis mineral atau multivitamin dalam bentuk serbuk hanya perlu dimasukkan sesudu teh sahaja ke dalam susu anak-anak.Kemudian goncang dan berikan anak-anak minum. Tini yakin anak-anak akan suka sangat dengan mealshake.Tau kenapa?Perisanya ialah vanila.Anak-anak pun tak perasan kita masukkan mealshake dalam susu mereka.

Kesannya??Ini testimoni yang tini ada..



5% - 10% kanak-kanak akan mengalami masalah sembelit.sembelit atau kesukaran dalam proses membuang air besar atau kesakitan semasa membuang air besar adalah gejala yang boleh berlaku di kalangan kanak-kanak.Jika tidak dirawat, ia boleh menjadi masalah yang lebih besar sehingga berlaku pendarahan semasa membuang air besar.

So kawan-kawan, jom order mealshake untuk anak-anak tersayang!!!

tini-013-9924660
emel: myself140383@yahoo.com
https://www.facebook.com/tini.kartini.140

Friday, 22 November 2013

Kebaikan Alfalfa Kompleks

Assalamualaikum semua..

Beberapa minggu lepas, ada sahabat tini yang mengadu dia alami keputihan yang teruk. Ye lah, memang masalah biasa bagi wanita kan?So tini tanpa teragak-agak mencadangkan alfalfa complex. InsyaAllah dengan Alfalfa Shaklee akan membantu mengatasi masalah keputihan ni.Kita tengok sikit botol alfalfa ni.

Alfalfa ni ada dalam dua saiz. Yang botol besar ada 700 biji alfalfa dan yang botol kecil ada 330 biji. So kita boleh la pilih yang mana satu kita nak.Biasanya memang botol besar la jadi pilihan sebab kuantitinya yang lebih dan jimat.

Alfalfa kompleks sebenarnya berasal dari nama satu tumbuhan herba yang diberi nama saintifiknya Medicago Sativa dan ditanam meluas di California. Alfalfa memang sudah digunakan sejak lama dulu kerana kaya dengan pelbagai nutrisi. 

KEBAIKAN DAN MANFAAT ALFALFA:-
1. mencuci hati, darah dan usus- alfalfa adalah makanan beralkali yang boleh menormalkan badan , menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon dan darah serta mencantikkan kulit
2. melawan alahan- memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, badan, panau
3. memperbaiki masalah salur pengjadaman seperti kembung, terlebih berasid, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit
4. menyingkirkan lemak dan kolesterol
5.melawan tumor pengambilan - pengambilan berterusan dapat membantu melawan kanser.
6. melegakan keletihan
7. merawat artritis dan banyak lagi kebaikan-kebaikan lain. Kat bawah ni tini ringkaskan antara kebaikan Alfalfa complex ni..


ok, kita lihat satu testi berkaitan alfalfa
Jangan malu untuk kontek tini ok.harga istimewa menanti anda..
Tini-0139924660
emel:myself140383@yahoo.com

Thursday, 21 November 2013

LECITHIN UNTUK KURUS, SLIM DAN SIHAT

Assalamualaikum sahabat2 sayang.

Semalam dah bercerita tentang omega.Hari ni tini nak kongsi satu lagi kehebatan produk Shaklee..iaitu Lecithin.Lecithi adalah item yang paling laris tau.kenapa? Sebab ini adalah satu produk yang penting dalam set slim shaklee.Harga pun memang terbaik la..

Lecithin ni bukan sahaja boleh membantu dalam mengemulsi lemak dalam badan.tapi banyak lagi fungsi lain tau.
Jom kita studi sket kebaikan lecithin ni.dan kenapa agaknya dia menjadi pilihan utama dalam set menurunkan kolesterol badan


KEBAIKAN/MANFAAT LECITHIN

  1. menyerap vitamin larut lemak iaitu A,D,E dan K
  2. melindungi hati- menghalang enapan lemak di hati.
  3. memecahkan lemak dan kolesterol- pengambilan tambahan dan berterusan boleh mengemulsikan lemak atau memecahkan lemak 
  4. pelangsingan..pengambilan dalam kuantiti besar boleh mempercepatkan pembakaran lemak
  5. mencantikkan kulit- melembapkan dan menghaluskan kulit dan mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan
  6. menghalang tekanan darah tinggi-memperbaiki tekanan darah tinggi dan menghalang arteriosklerosis dan menggalakkan peredaran darah
  7. meringankan sembelit-bpelembut najis yang berkesan dan meleraikan toksin dengan berkesan dari usus
  8. memperbaiki alergi- halang platlet darah dari dari mengaktifkan tisu gegelung dalam salur darah dan mengurangkan elergi kulit
  9. memperbaiki prostat lelaki- masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan lecithin yang banyak
So pada sesiapa yang nak cuba sendiri lecithin untuk atasi masalah di atas, boleh hubungi tini ye.kita bincang2 dulu masalh.konsultasi adalah percuma. kalau yang berminat untuk dapatkan set memecahkan lemak untuk kurus dan langsing juga boleh menghubungi tini

tini- 0139924660

Wednesday, 20 November 2013

Omega Guard Shaklee untuk Rendahkan Kolesterol

Assalamualaikum dan selamat malam semua.Hujan mencurah-curah di bumi Setiu ni.Berselimut tebal la tini malam ni sambil menaip.hi2.Tapi spesel punya malam ni sebab tini nak tulis tentang minyak ikan.minyak ikan???hihi..Omega Guard Shaklee.


ok, ni rupa omega guard shaklee tau. Warna kekuningan emas.cantik!!Terhasil dari ekstrak ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel, herring yang banyak di perairan Jepun.

Kebanyakan omega atau minyak ikan diekstrak dari hati ikan.Berbeza dengan omega guard shaklee kerana omega merupakan minyak ikan yang 3 kali ganda lebih tumpat dari hati minyak ikan.

SIAPA yang perlukan Omega Guard?

  1. wanita yang ada masalah haid
  2. lelaki dan wanita yang mahu mencegah saluran darah tersumbat dan strok
  3. ibu mengandung yang mahukan perkembangan otak janin
  4. lelaki dan wanita yang nak kurangkan kolesterol dan kuruskan badan
  5. lelaki dan wanita yang boleh yang mahukan sistem respirasi terutamanya paru-paru sihat
  6. lelaki dan wanita yang berusaha mencegah kanser
  7. lelaki dan wanita yang menghidapi sakit sendi dan gout
  8. semua lapisan umur sama ada kanak-kanak, dewasa mahu pun orang tua
Jadi buat anda yang berminat untuk mendapatkan omega..boleh kontek tini ye.harga menarik menanti anda.Omega ni juaga ada dalam set menguruskan badan(bakar lemak).


tini-013 9924660( sms & whatsapp)
facebook: Tini Kartini
emel- myself140383@yahoo.com



Tuesday, 19 November 2013

KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLEMENT

Assalamualaikum wbt....sahabat2 yang dikasihi.Apa khabar dan apa cerita di malam ni ye..
Malam ni tini berkesempatan mendengar ceramah dan makan-makan di surau berhampiran. Dalam banyak-banyak peringatan ustaz ni, tini terkesan dengan satu pesan ustaz. Kata ustaz, "amalan solat wajib lima waktu ni adalah amalan wajib kita. Tapi kalau kita nak bagi diri kita untung lebih, amalan solat sunat tu lah yang boleh jadi makanan rohani kita.Secara tak langsung amalan sunat ni lah yang menambahkan kesihatan rohani kita.Alhamdulillah, tini harap kita semua akan dapat manfaat dari pesan ustaz ni. Tapi  malam ni tini nak fokus tentang makanan kesihatan atau suplemen ye.sebab bab amalan rohani ni bukan kepakaran tini..hehe

Sebenarnya kenapa kita perlukan suplemen atau supplement atau makanan tambahan ye?Jom kita kaji antara sebab-sebabnya.Kita sama-sama fahaminya ye.Macam yang ustaz pesan, amalan sunat sebagai amalan tambahan boleh meningkatkan kesihatan rohani kita. Suplemen ni ibarat amalan sunat kita la kan??:)
Kenapa perlukan suplemen??

  1. Keadaan persekitaran yang semakin panas, alam sekeliling yang mengalami kerosakan akibat penebangan pokok, pembalakan haram, pembuangan sisa toksid atau sampah sarap menyebabkan kita terdedah dengan pencemaran alam yang teruk. Keadaan ini menyumbang kepada penurunan fungsi sel dalam badan. Jadi suplemen membantu memperbaiki serta meningkatkan fungsi sel dan sistem imun tubuh,
  2. Badan kita memerlukan dos yang tinggi untuk sesetengah nutrien. Sesetengah vitamin dan mineral yang diperlukan badan tidak dihasilkan secara semulajadi dalam tubuh. Oleh itu, suplemen membantu melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh
  3. Gaya hidup dan amalan pemakanan tidak sihat. Kesibukan kebanyakan kita sekarang ini menyebabkan masa makan kita selalu berubah-ubah. Tuntutan kerja yang menuntut masa yang lebih menyebabkan semua orang memerlukan waktu yang singkat untuk waktu makan. Maka fast food atau makanan segera menjadi pilihan.Sedangkan kajian sudah membuktikan makanan segera adalah penyumbang kepada masalah obesiti di negara. Sesetengah suplemen yang diambil boleh membantu mengatasi masalah berat badan dan sebagainya.
  4. Gangguan penyerapan nutrien dalam makanan. Keadaan tubuh yang lemah akibat kesibukan kerja, keletihan, dan stress menyebabkan gangguan semasa penyerapan makanan. Maka suplemen atau makanan tambahan atau vitamin diperlukan untuk mengatasi hal ini.
Memang tidak dinafikan bahawa kita sudah mengambil makanan mengikut saranan doktor termasuk buah-buahan dan sayuran. Namun, vitamin atau suplemen yang diambil hanya lah sebagai tambahan untuk menambahkan keuntungan kita dari segi kesihatan.Jadi, apa tunggu lagi ye?Jom kita amalkan vitamin untuk tambahan makanan kita dalam tubuh.

   kontek tini untuk maklumat lanjut dan anda layak untuk menerima diskaun dari kami.

TINI- 013 9924660

Fb  : https://www.facebook.com/tini.kartini.140
Page: https://www.facebook.com/pages/Teachers-Vitamin-Life/606703826028377?ref=hl

Monday, 18 November 2013

KELEBIHAN B KOMPLEKS SHAKLEE

assalamualaikum semua.Jom kita cerita lagi tentang b kompleks shaklee ye. B kompleks Shaklee pastinya punya kelebihan tersendiri berbanding b kompleks yang lain tau.Yang ni la yang tini nak share dengan anda semua.

B complex Shaklee mengandungi asid folik semulajadi yang dicipta agar kadar serapan ke dalam tubuh menjadi lebih tinggi. Berbeza dengan folic acid yang sintetik kadar serapan dalam tubuh adalah rendah.

Selalu juga customer tini yang mengadu air kencing menjadi kuning dan sedikit berbau selepas mengamalkan b kompleks. Apa yang tini bagitau, ia adalah normal kerana b kompleks adalah vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita melakukan penyesuaian terhadap kadar penyerapan, namun tahap kekuningan akan mula berkurangan secara beransur-ansur.

Jadi, anda jangan risau ye jika mengalami masalah yang sama seperti di atas. Apa yang tini boleh cadangkan, b kompleks boleh disimpan dalam peti sejuk selepas dibuka untuk mengurangkan bau. Jangan lupa minum air banyak-banyak ye!!

Salam sayang untuk anda semua!! selamat beramal dengan B kompleks dengan jayanya!!!


Hubungi tini untuk harga b kompleks yang menarik!!!

TINI- 0139924660

Fb: Tini Kartini
Page: https://www.facebook.com/pages/Teachers-Vitamin-Life/606703826028377?ref=hl

Sunday, 17 November 2013

tambah tenaga dengan b kompleks shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat semua. Sepanjang hari perjalanan tini ke terenggganu hari ni dengan tujuan berziarah seorang sahabat yang baru kehilangan adiknya dalam kemalangan jalan raya. Kemudian kami ke hospital besar untuk menziarahi saudara yang berada di ICU. Lepas singgah makan tengah hari kami bergerak ke Giant Gong Badak, sekadar membawa anak-anak buah mencuci mata sekitar Giant.Maklumla dah cuti sekolah kan.

Malam ni pulak terasa penat. Mungkin pagi tadi tini terlupa nak ambil sebiji b kompleks selepas makan pagi tadi.Maklumla b kompleks ni boleh bantu tambah tenaga kita dengan cara menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga. So tini rasa malam ni tini nak cerita sikit tentang b-kompleks shaklee pulak ye.


Vitamin B kompleks terdiri daripada kumpulan vitamin B iaitu B1, B2, B3, B6, B12, asid folik dan biotin.
Kesemua vitamin ini mempunyai fungsi yang sangat baik untuk tubuh. Vitamin b kompleks juga adalah vitamin larut air. Ia tak disimpan dalam badan dan mesti diganti setiap hari.Vitamin ini juga sangat mudah rosak dan musnah semasa proses penghasilan dan penyediaannya.

KEBAIKAN B KOMPLEKS:

  • menukarkan makanan kepada tenaga- ia bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga
  • melawan tekanan- memberi kesihatan fungsi saraf, meredakan sakit kepala, kemurungan dan stress
  • membantu tumbesaran
  • rambut gugur dan beruban
  • baik untuk mata
  • mencegah anemia
  • meredakan senggugut
  • meredakan alahan 
Vitamin B kompleks shaklee juga mengandungi asid folik semulajadi yang mempunyai kadar serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. 

Baguskan b kompleks ni.Jadi untuk rakan-rakan yang nak merasai kehebatan b kompleks shaklee boleh hubungi tini untuk harga yang lebih istimewa

Saturday, 16 November 2013

Kepentingan Minum Air Kosong

Assalamualaikum semua.

Tini baru je balik dari rumah ayah di Besut.Terasa juga penat tapi teringat janji nak mengemaskini blog ni. Tak pe lah penat sikit je kan, yang penting tini boleh berada bersama-sama anda semua hari ni.:)

Teringat seorang kawan tini, bila dia beli alfalfa dengan tini tempoh hari, tini ingatkan dia supaya minum air kosong paling kurang 3 liter sehari.Bukan main terkejut kawan tini ni.hehe. Maklumla dia ni jenis yang liat minum air kosong.Bayangkan sehari dia cuma boleh habiskan lebih kurang 500ml je sehari itu pun dah termasuk air manis bukan air kosong!hihi.

Kenapa ye tini selalu ingatkan kawan-kawan semua supaya minum banyak air kosong? Sebenarnya badan manusia ni terdiri daripada 60% kandungan air bagi manusia lelaki dan 55% ialah kandungan air bagi wanita.Ada perbezaan sikit kan bagi kandungan air antara lelaki dan wanita. Itu kerana perbezaan struktur badan antara lelaki dan wanita.

Air kosong ni memang penting utnuk kesihatan dan kecergasan badan seorang manusia.
1. Kita sedia maklum bahawa oksigen larut dalam air. Jadi apabila seseorang minum air kosong, tanpa disedari oksigen yang larut dalam air turut disalurkan ke badan dan seterusnya dihantar ke otak. Oksigen yang mencukupi untuk otak akan membantu melancarkan fungsi otak. Ini secara tidak langsung boleh mengelakkan rasa mengantuk terutamanya di kalangan pelajar. Maka pelajar kita memang sangat digalakkan minum lebih banyak air kosong supaya tidak mengantuk dan tidak hilang fokus semasa proses pembelajaran.

2. Air juga adalah medium penting untuk mengangkut hasil pencernaan terutamanya hasil pencernaan karbohidrat, protein dan lemak untuk diserap oleh badan.Sel badan yang menerima air yang mencukupi akan dapat menjalankan fungsi sel dengan lebih baik

3. Air juga adalah medium penting semasa proses perkumuhan dalam ginjal(buah pinggang). Kehadiran air akan membantu penyingkiran toksin dalam badan untuk mengelakkan pengumpulan toksin. Kehadiran toksin yang berlebihan dalam badan akan mendatangkan kemudaratan dan ginjal akan gagal menjalankan fungsi dengan lebih baik.

Jadi dah yakin betapa pentingnya air dalam badan kita kan? Maka jangan teragak-agak untuk menyukat kandungan air yang anda ambil setiap hari. 3 liter sehari air kosong adalah yang terbaik!!!

Salam kesihatan dari tini.Semoga kita semua dilindungi Allah.Bye, Assalamualaikum.

Hubungi tini untuk mendapatkan produk Shaklee yang sesuai dengan anda.Harga menarik kepada anda sepanjang November ini!!!

TINI- 013 9924660

Fb  : https://www.facebook.com/tini.kartini.140
Page: https://www.facebook.com/pages/Teachers-Vitamin-Life/606703826028377?ref=hl

VIVIX Penawar kencing manis?

Assalamualaikum sayang-sayang semua.Allah tini dah tak sabar2 ni nak share lagi testimoni tentang vivix Shaklee.juga tentang penawar kencing manis.meh sini sayang-sayang.ni bukan dongeng tau

Betapa seronoknya sahabat kita ni bila mak dia dah makin sihat.Mata pun makin terang.Sebenarnya apa lagi yang kita harapkan untuk ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari kan.melainkan anugerah kesihatan dan kesejahteraan untuk ibu kan?

Jom kita gembirakan ibu kita dengan hadiahkan vivix buat ibu.Walaupun harga nya mungkin mahal sedikit, tapi jika hasilnya berbaloi tak mengapa kan?

Buat anda yang masih mencari-cari penawar kencing manis, boleh hubungi tini untuk dapatkan vivix dengan harga promo bulan ini..

Wassalam.

TINI- 013 9924660

Fb  : https://www.facebook.com/tini.kartini.140
Page: https://www.facebook.com/pages/Teachers-Vitamin-Life/606703826028377?ref=hl




Thursday, 14 November 2013

JUMAAT PENGHULU HARI

Assalamualaikum dan selamat malam semua.Doa tini semoga kita semua dalam keadaan sihat dan kuat.

Malam ni tini nak share sesuatu yang sangat berguna.Sempena malam Jumaat yang mulia bertepatan dengan 10 Muharam 1435 H yang jatuh pada hari ni. Apa salahnya kita refresh balik apa yang pak ustaz kita pernah ajar dulu kan..

Malam ni kita tinggalkan seketika tentang produk-produk Shaklee kita ye.Tini teringin nak share sesuatu yang boleh sama-sama kita amalkan yang boleh jadi peringatan buat tini sendiri dan anda semua.

Memang kita dah sedia maklum bahawa Jumaat adalah penghulu sekelian hari.Di dalamnya terkandung 1001 rahsia untuk membantu kita menambahkan pahala dan amal kita.Antara amalan-amaln yang boleh kita kongsikan bersama ialah:-

  • amalan membca surah Al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat
"Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada siang hari Jumaat, akan bersinar baginya cahaya antara dirinya dan Baitul Haram"- (Riwayat al-Baihaqi dalam asy-Syu'ab) 

  • Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata, " Hari Juamat ialah hari ibadah" - kerana itu kita digalakkan memperbanyakkan amalan pada hari Jumaat.Apa sahaja amalan kebaikan akan tetap dihisab oleh Allah
  • Disunatkan membaca selawat untuk junjunga besar nabi Muhammad S.A.W. 
Nabi S.A.W bersabda;
     "Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling afdhal adalah hari Jum'at. Pada hari itu Adam diciptakan dan       diwafatkan, dan pada hari itu juga ditiup sangkakala dan akan terjadi kematian seluruh makhluk. Oleh               karena itu perbanyaklah shalawat di hari Jum'at, karena shalawat akan disampaikan kepadaku."
                                                                                                     (Aus bin Aus Radiyallahu)


  • memperbanyakkan doa di hujung hari Jumaat. Sesungguh di penghujung Jumaat itu ada ruang masa di mana doa akan diangkat.tetapi sela masa adalah sangat singkat.Jadi, kita boleh sama-sama menadah tangan berdoa banyak-banyak kan..
Tini rasa cukup setakat ini amalan yang kita boleh sama-sama amalkan.Biarpun kita nampak sedikit je kan..tapi jika dilakukan secara istiqamah tetap akan menjadi hitungan besar di sisi Allah.Insya Allah


Sayang anda semua.semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita..Kita jumpa lagi esok ye..Bagi yang nak order Shaklee tini tinggalkan details kat bawah ye..Assalamualaikum.

# tini- 971615
# order Shaklee :- sms/whatsapp  - 013 9924660


Wednesday, 13 November 2013

PENGEDAR SHAKLEE DI JERANTUT

Assalamualaikum semua.
Apa khabar di sana ye? Semenjak dua menjak ni kita memang sudah dibanjiri dengan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan. Jadi, hari ni tini nak sangat kita fahami mengapa kami di Shaklee ingin berkongsi rahsia kesihatan, kecergasan dan kecantikan kami bersama anda.

Kesihatan adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kan?Tengok di sekeliling kita betapa perkembangan semasa yang berlaku dengan pantas telah menyumbang kepada gaya hidup yang kurang sihat. 
Pencemaran alam yang berlaku akibat pembangunan yang pesat memberi kesan kepada penurunan tahap kesihatan kita.
Kekangan masa juga menjadi faktor kepada kurangnya pengamalan gaya hidup sihat seperti kurangnya aktiviti riadah atau pengambilan makanan yang tidak seimbang mengikut waktu yang tetap.

Oleh sebab itu, kami tanpa ragu ingin sekali berkongsi segala kebaikan produk Shaklee dengan anda tidak kira di mana pun anda berada.Jika anda berada hampir dengan saya, di sekitar Jerantut, Kuala Krau, Temin dan kawasan sekitarnya saya sedia memberikan khidmat penghantaran secara terus kepada anda dengan tambahan kos yang berpatutan.

Tapi jika anda tidak berada di kawasan yang saya sebutkan di atas, anda jangan risau ye. Kami sangat prihatin dengan kesihatan anda. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui pos sama ada pos laju atau Gdex. 

Saya mahu anda yakin bahawa saya sememangnya berada di sekeliling anda.Jadi, anda tidak perlu risau walau di mana pun anda berada kerana anda boleh menghubungi saya melalui talian telefon, sms, whatsapp, facebook atau pun menerusi blog saya. Saya juga akan pastikan bahawa anda mendapat khidmat nasihat terbaik serta mendapat produk yang terbaik sesuai dengan keperluan anda. Paling penting servis saya adalah percuma bagi anda yang menjadi pelanggan saya.

Jangan ragu-ragu utnuk hubungi saya kerana saya yakin saya mampu berkongsi ilmu saya bersama anda.


Yang ikhlas bersamamu,
KARTINI JUSOH- 971615
sms/call/whatsapp: 013 9924660
PAGE: http://cikgudanvitamin.blogspot.com/



Tuesday, 12 November 2013

KENCING MANIS DAN VIVIX

Assalamualaikum semua..Apa khabar.Doa tini agar kita di Malaysia akan terus aman dan dilindungi Allah dengan keberkatannya.

Hari ni tini berkesempatan memanjangkan lagi diskusi tentang vivix ni.Sepanjang November ni promosi VIVIX akn tetap berlangsung tanpa gagal ye.Sebab vivix ni satu-satunya tonik hebat yang mampu mengatasi pelbagai masalah kesihatan tanpa perlu kita telan banyak2 ubat.Untuk malam ni tini memang nak share kehebatan vivix pada pesakit kencing manis ye.

Korang tau tak apa itu kencing manis?Kencing manis atau diabetis adalah satu penyakit yang akrab dengan rakyat Malaysia.Diabetis atau kencing manis bermaksud satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai kandungan gula(glukosa) yang tinggi dalam darah.

Bagaimana ia boleh berlaku ye?Hmm...Sebenarnya dalam badan kita terdapat satu hormon yang kita panggil insulin yang akan membantu gula/glukosa untuk menyerap masuk ke dalam sel melalui salur darah.Maka glukosa ini akan ditukarkan menjadi tenaga.Namun demikian, apabila sel badan gagal bertindak balas dengan sepatutnya pada hormon insulin menyebabkan gula/glukosa tidak dpat ditukarkan menjadi tenaga dan ini akan menyebabkan kandungan gula dalam darah semakin meningkat.Kegagalan sel badan berfungsi dengan baik terhadap hormon insulin dalam badan menyebabkan kelebihan glukosa dalam darah kita.

Tapi macam mana sebenarnya sel badan kita boleh gagal berfungsi kan?Erm..uniknya ciptaan Allah ni hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui.Sebenarnya fenomena di mana sel badan gagal berfungsi ini kita panggil sebagai 'rintangan insulin'.Punca masih lagi gagal dikenal pasti tetapi antara penyebabnya adalah akibat masalah obesiti(kegemukan melampau), kurang aktiviti luar yang cergas dan mereka yang berusia lebih dari 45 tahun.

Antara simptom-simptom bahawa seseorang itu adalah penghidap kencing manis ialah

  • kerap membuang air kecil
  • penurunan berat badan secara mendadak
  • sentiasa rasa lapar dan haus
  • pandangan makin kabur
  • sentiasa mudah letih
  • mudah rasa penat dan sakit kaki
So kat sini, tini share kan sket kebaikan atau testimoni bagi pengguna VIVIX yang dah berjaya atau menunjukkan kesan positif pada pesakit kencing manis




hubungi tini untuk maklumat lanjut ye..harga promo dengan hadiah menarik menanti pelanggan tini..:)

TINI- 013 9924660

Sunday, 10 November 2013

Syukur dalam nikmat Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pagi ni tini dapat berita sedih seorang sahabat kepada suami meninggal dunia.Sesungguhnya mati itu hampir kepada semua orang kan?Sebab kita tak pernah tahu saat kematian kita.

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia untuk meneruskan kehidupan kita dan yang paling penting bersyukur kerana masih diberi peluang menikmati kehidupan kita hari ini. Syukur pula terlalu luas maksudnya kan..Syukur kerana masih berpeluang beribadah pada Yang Esa.Syukur kerana kita masih diberi kesempatan melihat insan-insan ya g kita sayang.

Sebelum kalam pagi ini ditutup, tini ingin sekali mengingatkan diri tini dan rakan-rakan, saat ini adalah ruang waktu yang paling pantas untuk kita lalui.Jangan lupa untuk berbuat bakti pada orang di sekeliling kita kerana sedetik selepas ini kita tidak pasti adakah kita masih berpeluang.

Tini tinggalkan satu doa yang tini dapat dari google juga agar kita sama-sama mendapat manfaat.Doa agar dimatikan dalam iman

Wassalam semua ye..luv u all

Nak barangan Shaklee??hubungi tini
Shaklee ID: tini-971615
kontek: 013 9924660

Saturday, 9 November 2013

Kenapa Cepat Penat

Assalamualaikum semua.
Apa khabar semua malam ni?Malam ni tini sorang-sorang je sebab encik suami dah melayang entah ke mana dalam mimpi dia.Tak nak kacau dia tidur la.So tini datang balik ke blog sini.Share cter2 best dengan korang semua buat tini rasa hepi.

Petang tadi ada kawan share pengalam dia bercuti selama 3 hari ke Sabah.Aduii..tengok gambar-gambar dia melalui whatsapp ni buat tni kecur air liur.Tau x nape?dia share gambar udang, sotong, ikan bakar!semua fresh2.bestnya la..huhu.

Tapi yang tini nak share ngan korang jugak ialah pengalaman dia yang 3 hari tak amik ESP.Kawan tini ni dikira pelanggan tetap tini yang selalu consume ESP.Alkisahnya bila dia dan famili bercuti dan asyik kejar masa nak ke sana sini, sampai lupa dan tak sempat nak minum ESP. Malam ni dia komen kat fb yang dia rasa sangat penat dan rasa nak demam. So bila dah rasa tak sedap badan tu, cepat-cepat dia bancuh ESP dengan milo.Alhamdulillah, agaknya ESP ni memang serasi dengan dia dan badan dia lebih bertenaga pas minum ESP.Nanti tini share kan msg dia ye.Tapi korang tau tak kenapa cepat penat ye kita ni..Jom kita faham tentang protein ni dulu.



Sebenarnya bila kita cerita tentang asid amino yang membina protein ni, ada asid amino yang dapat dihasilkan oleh badan kita dan ada jugak asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita.Asid amino yang tidak dihasilkan oleh badan kita ni boleh kita dapati dari sumber makanan di sekeliling kita.Oleh itu, ESP sebenarnya mencukupkan asid amino ini untuk disalurkan ke dalam badan kita.

Apabila protein dibekalkan dengan secukupnya dalam badan kita, ia dapat membantu membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun kita. Sebab itu, pengguna ESP akan cepat rasa bertenaga dan mengelakkan kita dari mudah demam dan selesema.Ok, tini share kan pengalaman kawan tini ni ye..



Untuk melengkapkan set penambah tenaga ni, anda boleh dapatkan ESP, b-kompleks, osteomatrix dan vitalea.InsyaAllah lebih bertenga dan relax.

Nak dapat kan ESP dan set penambah tenga?
hubungi tini sama ada melalui sms atau whatsapp- 013 9924660
Kontek terus dengan tini melalui talian tini ni, anda layak untuk mendapat harga terbaik dan lentok habissss

Facebook: - https://www.facebook.com/tini.kartini.140
Page: - https://www.facebook.com/pages/Teachers-Vitamin-Life/606703826028377?ref=hl


Bagaimana Nak Kurangkan Jerawat dan Cantikkan Wajah

Assalamualaikum gojes-gojes semua.Jom layan entri arini dengan tini ye.Satu produk terbaik yang memang sentiaasaaaa hot!!!!kira HOT ITEM sangat2
ESP atau energizing soy protein adalah formulasi daripada kacang soya yang diekstrak secara semulajadi dengan pengawasan suhu yang rendah agar protein yang ada tidak musnah.

Protein merupakan zat makanan penting untuk tubuh kita.Tau tak tentang protein? Protein ni sebenarnya terdiri dari gabungan asid amino. Berdasarkan buku perubatan dari Perpustakaan Kebangsaan U.S, terdapat 20 jenis asid amino yang berbeza. Sebahagiannya tidak dapat dihasilkan secara semulajadi dalam badan kita.
Kat bawah ni tini selitkan sedikit bagaimana protein terbentuk dari gabungan asid amino.Kita perhatikan gambarajah di bawah bermula dari rantaian asid amino struktur pertama sampailah struktur rantaian asid amino ketiga sehingga akhirnya membentuk protein yang kompleks.

Tingkatan Struktur Protein (Image from wikipedia)

Kenapa tini kata protein penting?sebenarnya bukan tini yang kata tau.Ini dah dibuktikan secara klinikal, fungsi protein ialah membina sel baru dan menggantikan sel yang telah mati serta memperbaiki sel yang telah rosak.Oleh itu, protein merangsang pembentukan semula kulit dan otot dan mengembalikan radian kulit. Jadi, ESP yang mengandungi 30kg kacang soya semulajadi mampu mengembalikan keadaan kulit menjadi yang lebih baik serta mengurangkan kesan parut dan mengurangkan kedutan pada kulit wajah.

Pengalaman tini sendiri menggunakan ESP, tini memang sangat perasan kulit muka tini dah makin kurang berminyak.Harap-harap muka yang berjerawat ni akan makin baik pada masa akan datang.insyaAllah.

JOM ORDER ESP..kontek tini tau untuk harga yang sangat menarik. -013 9924660

TINI- shaklee distributor; 0139924660

https://www.facebook.com/tini.kartini.140

https://www.facebook.com/pages/Teachers-Vitamin-Life/606703826028377?ref=hl

Friday, 8 November 2013

nak kurus cepat dan meletop

Assalamualaikum dan salam Jumaat sayang-sayang semua. Alhamdulillah, selesai satu majlis bercukur anak buah baru tini. Pekena nasi dagang dengan pulut kuning..Allah..best sangat2sebab dah lama tak dapat makan puas-puas nasi dagang ni.Hmmh..tapi cakap-cakap dengan kakak-kakak dan anak-anak buah ni, topik paling hangat ialah bab nak kurus dan cun melecun.hi2..topik biasa kan di kalangan kita yang pompuan dan gojes ni kan..:)

Bagaimana sebenarnya nak kurus cepat kan. So, tini terpanggil nak share beberapa ilmu yang boleh sama-sama kita amalkan sementelah la tini pun teringin nak turunkan dalam 2, 3 kilo lagi ni.:).

So antara input yang tini dapat kan..

  • Banyakkan minum air dalam sehari 2.5-3 liter sehari supaya toksin dalam badan mudah disingkirkan.Toksin yang berketul dalam badan ni boleh melambatkan usaha dan hasrat murni kita untuk kurus dan cun melecun..Hihi
  • Jangan biarkan perut kita kelaparan.Maknanya jangan skip makan nasi sampai berhari-hari lamanya semata-mata nak kurus.Tini pun cuba tau kaedah ni, konon nak cepat kurus..Tau tak betapa lahapnya tini makan  semula selepas seminggu tak jumpa nasi..Hoho..tini dah tak nak cuba cara ni lagi.
  • Apa yang kita boleh buat ialah makan dalam kuantiti sedikit dengan melebihkan sayuran dalm pinggan kita dan makan lebih kerap.Ada orang kata, makan kerap ni boleh meningkatkan metabolisme kita tau.Bila metabolisme tinggi proses pembakaran lemak boleh berlaku dengan lancar.
  • Nak tau tak yang penting dalam usaha kita semasa proses slim kan bodi ni ialah kalau nak tinggikan metabolisme badan kita kena pastikan keperluan tenaga pada badan adalah tinggi.So kena aktifkan diri supaya tenaga bertambah
  • Jangan lupa untuk lakukan senaman.Kalaupun kita sangat busy, curi masa dengan  berjalan iaitu dengan mempercepatkan langkah supaya lebih tenaga digunakan.senangkan.kalau ada tangga jangan dipandang sepi je ye.rajin-rajinkan diri naik tangga tau..
  • Berani utnuk jauhkan makan makanan ringan, minuman ringan, kurangkan gula, garam, susu pekat dan makanan berlemak dan berminyak
  • Last sekali jangan putus asa kalau penurunan sangat sedikit. Sebab badan setiap orang berbeza.Teruskan usaha dengan gigih
Tini nak perkenalkan juga beberapa produk Shaklee untuk membantu usaha menurunkan berat badan kita.
   # Alfafa dan herb lax untuk detox keluar toksin dalam badan.Alfafa dan herb lax ni boleh bersihkan usus kita dari toksin dan memudahkan penyerapan supplement dalam badan
  # lecithin dan omega - membantu mambakar kalori dan menurunkan kandungan kalori dalam badan
  # Cinch Shake mix - membantu membina semula otot selepas penurunan berat badan dan mengelakkan badan kita menggeleber.

OK, itu sahaja untuk hari ni.Sebarang pertanyaan jangan lupa dan malu untuk hubungin tini- 0139924660
HARGA MENARIK MENANTI ANDA UNTUK SESIAPA YANG MENGHUBUNGI TINI TERUS MELALUI FON SAMA ADA SMS @ WHATSAPP- 013 9924660

facebook :- https://www.facebook.com/tini.kartini.140
page :- https://www.facebook.com/pages/Teachers-Vitamin-Life/606703826028377?ref=hl

Wednesday, 6 November 2013

sihat dengan amalan diet seimbang

Assalamualaikum..Apa khabar semua. Hari ni dah 7 Nov 2013 bersamaan 3 Muharam. Pagi yang ceria ni tini dah siap sediakan nasi lemak dengan teh O untuk buah hati pengarang jantung, Encik Azman. Request dari minggu lepas lagi.Hehe..So pagi ni berusaha lah bangun pagi untuk prepare bekfes untuk si dia walaupun cuaca sangat sejuk.

Alhamdulillah, dengan bantuan suami, siap lah nasi lemak.Bukan main berselera cik abang makan nasi lemak.Padahal nasi lemak kita tu biasa-biasa je dengan sambal tumis dan telur rebus je.tak pe la lain kali boleh try nasi lemak dengan resipi kuah kerang la..ayam berempah la..

Tapi bila kita cerita tentang nasi lemak ni, teringat juga satu artikel yang ditulis oleh Kevin Zahri, salah seorang nutritionist yang menyatakan kalori yang terdapat dalam satu hidangan nasi lemak yang lemak yang lengkap ialah 390 kalori..erm..tinggi kan??tapi nak buat macam mana dah memang selera cik abang saya.
bekfes aje dah ambil sampai 390 kalori ditambah lagi dengan lunch dan dinner..mahu juga mencecah 1000 kalori sehari..Adoi..pernah tak kawan-kawan kira kalori yang kita ambil untuk sehari?

Menurut Kevin Zahri juga kita perlukan 90 minit masa untuk berjogging untuk kita bakar semula 600 kalori makanan yang dah diambil..adoiii..sanggup tak kita nak berjongging selama 1jam 30 minit sehari hanya untuk bakar 600 kalori makanan yang kita ambil sehari???

So kita tengok jap ye sayang2 macam mana sebenarnya makanan yang sihat..
Piramid makanan kat atas ni adalah panduan kita dalam pengambilan makanan yang sihat. Bermula dengan piramid di bahagian bawah sekali ialah kelas makanan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga utama kita. Bahagian atas piramid pula adalah lemak, minyak, gula dan garam yang menunjukkan bahagian muncung piramid yang kecil. Ini menunjukkan keperluan yang sangat sedikit sahaja untuk hidangan kita setiap hari. Berani tak untuk amalkan cara pemakanan berdasarkan piramid makanan di atas?He2..tak cuba tak tau kan..Jom kita amalkan gaya hidup yang sihat.

# Hidup SIHAT, CERIA DAN CERGAS bersama SHAKLEE

 - Shaklee juga tawarkan satu produk pembakar lemak, iaitu lecithin. Lecithin ni berupaya memecahkan  lemak dan kolesterol makanan yang kita ambil. Pengambilan lecithin dalam kuantiti yang banyak boleh mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan..

# nak tahu lebih detail??? HARGA ISTIMEWA BAGI ANDA YANG MENGAMBIL SET PELANGSING dari tini..:)


sms/ whatsapp: 013 9924660
pm tini melalui fb: https://www.facebook.com/tini.kartini.140
lawati dan like page tini di FB: https://www.facebook.com/pages/Teachers-Vitamin-Life/606703826028377?ref=hl

VIVIX SI CILIK JELITA

Assalamualaikum sayang2 semua.dah habis minggu pertama kita dalam bulan november ni tapi tini baru berkesempatan update promo shaklee bagi Nov ni.mesti semua dah tahu kan promo bulan ni?tapi bagi sayang-sayang yang belum tahu, tini perkenalkan VIVIX si cilik jelita tau..jap tau tini share kan gambar si cilik ni.

Ni la dia si cilik jelita yang diformulasi daripada buah anggur.tengok colour vivix ni..cantik kan..dan rasa sedikit masam tapi sedap tau sebab ni bukan masam yang sangat masam tapi masam yang menyegarkan je..alaa..rasa masam-masam manja je tau..he2

Ok, PROMO nov memang dah sepakat memilih si jelita VIVIX ni. SO kita tengok dulu ramuan utama Vivix. Yang pasti, ramuan Shaklee mesti dari sumber semulajadi iaitu: 
 *muscadine grape- atau sejenis anggur yang mempunyai kepekatan resveratrol yang sangat tinggi. Ia juga sangat unik apabila memiliki satu set kromosom tambahan yang menjadikannya lebih senang untuk diserap oleh badan. Bahkan anggur ni juga mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria. Tapi yang paling best tau, yang pasti saya dan teman-teman suka, kajian lanjut dah buktikan ia berupaya bertindak secara unik untuk anti penuaan!!!sangat best tau..boleh jadi 10 tahun lebih muda ye!!!

*purple carrot -kita semua mesti ingat orang selalu cakap nak mata cantik atau nak mata terang mesti makan banyak carrot kan?carrot yang digunakan dalam vivix ni sangat unik sebab kaler dia purple dan mempunyai kandungan vitamin A yang sangat tinggi. Kandungan antioksidan pulak memang sangat tinggi. Kajian pun dah buktikan ia mampu mengurangkan diabetis yang disebabkan oleh pengambilan kopi yang tinggi.Dan juga boleh memberi kesan positif pada jantung, salur darah dan anti radang.

*Elderberry- sangat berkesan dalam rawatan pada flu sebab kandungan vitamin A, B dan C yang sangat tinggi serta meningkatkan sistem ketahanan pada tubuh.

*Polygonum Cuspidatum- sejenis tumbuhan dari Asia.tapi tini pun tak pernah dengar.nak sebut pun dah berbelit lidah kan??hihi.tapi ini lah tumbuhan terbaik yang menjadi sumber utama resveratrol!!ingat tak resveratrol?kan kat atas tu tini dah sebut..ok, tini ulang lagi tau, resveratrol ni adalah sumber utama untuk membantu menremajakan kulit kita.

Hebat kan ramuan utama si cilik ni.ingat senang ke nak buat si cilik ni.dah la semua semulajadi dan pastinya ia adalah berbaloi untuk kesihatan anda!!!

JOM ORDER VIVIX

Share VIVIX dengan kawan-kawan.Pembelian 6 botol vivix anda layak untuk DAPAT
     # free 1 botol vivix
     # free keahlian Shaklee
     # cash back RM 250.80 pertengah Disember depan
     # free 1 Co Q Health
     # free pos

   # anda juga boleh dapat hadiah misteri dari saya jika anda membeli VIVIX dengan saya pada november ini. Berminat??? jangan lupa hubungi TINI- 013 9924660

Tini: 013 9924660 ( sms/whatsapp)
ID: 971615