Monday, 26 August 2013

Mealshake untuk seisi keluarga

Entry kali ni tini sangat suka sebab nak share tentang satu makanan tambahan terbaik untuk seisi keluarga!Allahurabbi..sangt bijak skang ni.semua dah ada.
Bayangkan dalam Mealshake sebagai makanan tambahan mengandungi 24 vitamin. Kepelbagaian vitamin yang terkandung dalam mealshake menjadikan ia makanan tambahan dan alternatif terbaik bagi mereka yang mahukan vitamin dalam bentuk serbuk.Nak minum pun senang just shake je dengan air..:).MUDAH SANGAT

Antara keistimewaan Mealshake ialah rasanya yang sedap kerana punya perisa vanila dan baunya memang harum. Bercerita tentang mealshake pastinya kita tak sabar kan nak tau apakah kelebihan kandungan mealshake ni..:)..Kita tengok lebih detail ye..xasabar ni nak share ngan sahabat2 semua.

    * Indeks glisemik yang rendah..jangan risau ye.xjadi obesiti kita ni kalau amik mealshake!!
    * tersangatlah sesuai untuk yang ada kencing manis dan darah tinggi (HEBAT!)
    * rendah lemak
    * riada pengawet, perisa tambahan apa lagi pewarna tambahan
    * rendah kolesterol
    * rendah sodium
    * kaya dengan antioksida (berupaya melawan penyakit)
    * lengkap dengan asid amino - untuk kecantikan ni U!
MACAM MANA NAK AMBIL MEALSHAKE?OK TINI SHARE VIDEO NI YE
http://www.youtube.com/watch?v=PHddkWFGE8U




http://sihatmacamyaya.blogspot.com/2013/06/mealshake-sarapan-untuk-seisi-keluarga.html

Jangan lupa pm/whatsapp saya:
kartini; 971615
013-9924660

Saturday, 24 August 2013

KASIH SAYANG ITU BUKTI KITA BERSAUDARA..
Bismillahirrohmanirrohim..
Sudah sebulan saya membiarkan blog ni..Ramdhan yang datang juga sudah berlalu pergi. Alhamdulillah sempurna sebulan ramadhan kita dengan izin Allah kerana kasih sayangnya kita masih mampu menikmati indahnya hari-hari dalam bulan Syawal.

Saat Malaysia berdentum dengan mercun dan bunga api, saat ini juga saudara-saudara kita dikejutkan dengan dentuman senjata dari pihak lawan. Lihat saja dalam media sosial, gambar-gambar dan video yang menyentuh hati saat saudara-saudara kita di Syria, Mesir, Palestin yang dibom tanpa mengenal usia.

Saat kita bertakbir di pagi Syawal mereka pula bermandi darah. Saat kita sedang menikmati juadah raya di hadapan mata, saudara-saudara kita menikmati mayat-mayat saudara mereka yang pergi menghadap Ilahi. Saat kita solat lima waktu mereka pula terpaksa bersolat untuk enam waktu setiap hari apabila solat jenazah dilakukan setiap waktu solat.

Kita bukan siapa-siapa. Cuma seorang saudara jauh dari Malaysia. Tetapi saat kita menadah tangan membaca doa, titipkan jua doa yang bersungguh-sungguh untuk saudara-saudara kita di sana. Biar kita belas melihat anak-anak yang nyawa-nyawa ikan bergelut untuk hidup. Sayu melihat seorang ibu atau bapa sedang menangisi anak-anak yang pergi. Pedih terasa apabila anak-anak berdepan dengan mayat ibu bapa sendiri. Kita tidak cukup kuat untuk menentang mereka. Tetapi doa senjata terkuat yang Allah bekalkan untuk kita.

Ayuh sahabat, bekalkan doa untuk saudara-saudara kita. Di mana pun mereka, jadikan diri kita prihatin, Jadikan mereka kuat dan teguh dengan doa kita. Semoga Allah memberi kebaikan untuk mereka dan kita semua.